Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Minggu, 20 November 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


inspire yourself

Posted: 19 Nov 2011 01:59 AM PST

inspire yourself


Dosakah Kita?

Posted: 18 Nov 2011 03:52 PM PST

Kemarin ada yang curhat :
"Mas, mau Nanya ni. jadi gini kita berniat untuk meninggalkan sesuatu yang tidak dianjurkan dalam agama, dan berniat melakukan sesuatu yang baik yang dianjurkan agama, sedangkan qta ada janji sama seseorang, nah karena qta berniat meninggalkan sesuatu yang buruk itu, jadi qta g bsa menepati janji itu begitu, nah itu janjinya gmn ya mas? (janjinya bukan sesuatu yang buruk)? dosa ga ya"?


"hmm, mnurutku dosa atau ga tu masalah Alloh dia yg paling berhak menentukan :) , jadi serahkan pada DIA saja ya. DIA Maha Adil kog" Jawabku


Surga-Neraka sudah ditentukan oleh-Nya. Yang bisa kita lakukan adalah berusaha sekeras mungkin "memantaskan" diri kita agar layak mendapat SurgaNya. Dia-lah yang paling pantas menilai kita. setujuh!? 






nb : FREE!! TOURING & OUTBOND Sambut Senyum Youth Camp 2011| Kaliurang - Minggu, 20-11-2011 | Kumpul jam 06.00 WIB di Rumah Senyum. mau ikutan? :)

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 18 Nov 2011 08:10 PM PST

2DAYBLOGGER.COM


Malaysia vs Myammar 19 November 2011 – SEA Games 2011

Posted: 18 Nov 2011 03:46 PM PST

Petang nanti akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir yang akan menemukan pasukan Harimau Muda vs Myammar.Malaysia yang turun selaku juara kumpulan A akan menentang naib juara kumpulan B iaitu Myammar yang dikatakan boleh memberikan saingan kepada pasukan negara.

Mari kita lihat rentetan keputusan kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan.

Rentetan Perlawanan Malaysia hingga ke Separuh Akhir

  • Malaysia vs Singapore 0-0
  • Malaysia vs Thailand 2-1
  • Malaysia vs Kemboja 4-1
  • Malaysia vs Indonesia 1-0

Rentetan Perlawanan Myanmar hingga ke Separuh Akhir

  • Myanmar vs Loas 3-2
  • Myanmar vs Vietnam 0-0
  • Myanmar vs Brunai 4-0
  • Myanmar vs Filifina 5-0
  • Myanmar vs T.Leste 1-0

Pasukan Myammar juga dikatakan hebat kerana berjaya memberikan saingan kepada pasukan Vietnam di peringkat kumpulan.Kedua-dua pasukan ini begitu hebat sejak kebelakangan ini.Pasukan Malaysia harus berwaspada dan bermain lebih baik sekiranya ingin ke final.Insya-Allah.

Perlawanan separuh akhir ini boleh ditonton secara langsung di TV1, TV3 dan Astro Arena. Selain itu, perlawanan ini juga boleh diikuti secara online Live Streaming melalui 2 link dibawah.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan yang akan berlangsung pada petang ini?mampukah Malaysia menjinakkan Myammar??Agak-agak berapa kosong nanti?

152,182 Anak Luar Nikah Sepanjang 2008-2010,Apa Dah Jadi?

Posted: 18 Nov 2011 03:05 PM PST

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

“Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program ‘outreach’ yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

“Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. – Bernama

Youtube Maharaja Lawak Mega Minggu 4

Posted: 18 Nov 2011 12:23 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian…..

Saya baru sahaja nak layan video Maharaja Lawak Minggu Mega Ke 4 ini tetapi internet terlalu slow.Jadi saya share video youtube Maharaja Lawak Mega minggu ke-4 disini….Maaf sebab tak dapat nak bagi komen lagi kerana tidak melihat kesemua persembahan mereka.

Anda dah tengok persembahan mereka?So apa komen anda?persembahan mana yang terbaik hari ini??

Maharaja lawak mega 4-hiro

Maharaja lawak mega 4-adlin

Maharaja lawak mega 4-osbon

Maharaja lawak mega 4-syok

Maharaja lawak mega 4-boboi

Maharaja lawak mega 4-seahu

Maharaja lawak mega 4-3G

Maharaja lawak mega 4-bawel

Tidak ada komentar:

Posting Komentar