Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Kamis, 08 September 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


Cafe Bisnis Online

Posted: 07 Sep 2011 02:01 AM PDT

Cafe Bisnis Online


Mau bantu Ujicoba WP-Affiliasi 2.1?

Posted: 06 Sep 2011 04:54 AM PDT

Alhamdulillah… akhirnya saya berhasil menyelesaikan plugin wp-affiliasi 2.1. Sebenarnya fitur-fitur yang ada di dalamnya masih banyak yang perlu ditambahkan sih. Tapi karena ada beberapa bug yang harus segera di rilis, jadi fitur-fitur yang saya rencanakan itu insya Allah akan menyusul kemudian. Nah, sebelum resmi dirilis, karena saya sudah kadung memasukkan beberapa fitur baru, maka saya [...]

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 06 Sep 2011 07:05 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Diana Danielle Serius Dengan Farid Kamil

Posted: 06 Sep 2011 07:01 PM PDT

"Tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung tahun ini. Bagaimanapun, saya tidak menafikan yang kami ada juga berbincang soal kahwin. Sementelah hubungan kami yang semakin serius ini, sudah tentu saya tak mahu terhenti di sini saja.

"Namun kami tak mahu beriya-iya merancang dan menguar-uarkannya kerana kami takut hubungan ini tidak menjadi seperti yang diharapkan.

"Sudah banyak contoh yang kami lihat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang ada perancangan ke arah itu," ujar Diana serius.

Itu adalah kata-kata Diana Danielle yang dipetik dari Berita Harian.Bertuah Farid Kamil kerana berjaya memiliki hati pelakon yang cantik ini.Betul tak?

Keputusan Kelayakan Euro 2012 Kumpulan A,C,D,E,F,G,H,I

Posted: 06 Sep 2011 06:47 PM PDT

Kumpulan A
Azerbaijan 3 (Aliev 53, Shukyurov 62-pen, Javadov 68) Kazakhstan 2 (Ostapenko 20, Yevstigneyev 77)
Austria 0 Turki 0Kumpulan B Russia 0 Ireland 0Macedonia 1 (Ivanovski 59) Andorra 0
Slovakia 0 Armenia 4 (Movsisyan 57, Mkhitaryan 70, Ghazaryan 80, Sarkisov 90+1)

Kumpulan C
Estonia 4 (Vunk 28, Kink 32, Zenjov 59, Saag 90+3) Ireland Utara 1 (Piiroja 40-og)
Serbia 3 (Jovanovic 6, Tosic 23, Kuzmanovic 69) Faroes 1 (Benjaminsen 37)
Itali 1 (Pazzini 85) Slovenia 0

Kumpulan D
Luxembourg 2 (Bettmer 27, Joachim 78) Albania 1 (Bogdani 64)
Bosnia-Herzegovina 1 (Misimovic 87) Belarus 0
Romania 0 Perancis 0

Kumpulan E
Finland 0 Belanda 2 (Strootman 29, De Jong 90+3)
Moldova 0 Hungary 2 (Vanczak 7, Rudolf 83)
San Marino 0 Sweden 5 (Kallstrom 64, Wilhelmsson 70, 90+3, Olsson 81, Hysen 88)

Kumpulan F
Croatia 3 (Modric 47, Da Silva 55, 57) Israel 1 (Hemed 44)
Latvia 1 (Cauna 19) Greece 1 (Papadopoulos 84)
Malta 1 (Mifsud 25) Georgia 1 (Kankava 15)

Kumpulan G
England 1 (Young 35) Wales 0
Switzerland 3 (Shaqiri 45+2, 62, 90) Bulgaria 1 (Ivanov 9)

Kumpulan H
Denmark 2 (Bendtner 24, 44) Norway 0
Iceland 1 (Sigthorsson 5) Cyprus 0

Kumpulan I
Scotland 1 (Naismith 50) Lithuania 0
Sepanyol 6 (Negredo 34, 37, Xavi 44, Sergio Ramos 52, Villa 60, 79) Liechtenstein 0. – AFP

Buaya Seberat 1 Tan Berjaya di Tangkap di Manila

Posted: 06 Sep 2011 03:21 AM PDT

buaya 1 tan

 

MANILA – Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. – AP

Kekasih Mengaku Pernah Berzina Dengan Suami Orang

Posted: 05 Sep 2011 07:25 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Saya terbaca artikel ini di Hmetro dan agak tertarik dengan soalan yang diajukan oleh seorang hamba Allah ini.Soalannya berbunyi:-

SAYA mempunyai teman wanita dan kami sudah kenal lebih daripada dua tahun. Pernah kami bergaduh teruk dan dia terus mengaku berzina sekali di hotel dengan suami orang.

Dia juga selalu mengulangi cerita bahawa tidak semua anak dara apabila bersetubuh buat kali pertama akan keluar darah. Dia kata kakaknya tidak keluar darah pada malam pertama.

Selepas kami berbaik dia membuat pengakuan berzina itu hanya rekaan untuk sakitkan hati saya. Macam mana keadaan saya sekarang?

Adakah saya perlu mempercayai perlakuan zina itu benar atau tidak?

Dan dibawah ini pula adalah jawapan yang diberikan….

ZINA adalah dosa besar dan perbuatan jenayah dalam Islam. Pelakunya pula boleh dikenakan hukum hudud apabila ia sabit sama ada dengan keterangan saksi dan pengakuan penzina sendiri.

Pengakuan zina tidak boleh sekadar rekaan dan main-main kerana membabitkan hukum Islam dan maruah dan kehormatan seseorang. Islam melarang untuk berbuat demikian kerana ia juga membabitkan tuduhan zina (qazaf) kepada orang lain.

Semuanya mempunyai implikasi dan akibat sendiri dalam hukum Islam. Dalam kes pengakuan zina, seseorang itu dibenarkan menarik balik pengakuan itu selepas diberi peluang untuk menarik balik sebanyak empat kali menurut sebahagian ulama (Paizah Haji Ismail 1996: 189-91).

Sekiranya dia tidak menarik balik pengakuan itu, hukum zina dilaksanakan atasnya. Atas alasan ini, saudara boleh menerima penarikan balik pengakuan zina berkenaan.

Islam melihat bahawa maruah dan kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak timbul fitnah dan sebagai kepada individu Muslim.

p/s:Apa pendapat anda mengenai perkara ini?Perempuan mempermainkan hukum Islam….

Tidak ada komentar:

Posting Komentar