Diatas merupakan pengakuan yang dibuat oleh seorang pelajar UPSI yang berada di tempat kejadian.Kami tertarik dengan ayat ini:-
Mereka merusuh kerana agenda politik setelah beberapa orang politik PKR turut serta semalam.
Rasanya pelajar takkan membuat demo seumpana ini jika tidak ada back up dibelakang mereka.Dan semua yang dibuat ini bermotifkan politik.
Daripada apa yang dikatakan oleh Cahaya Hidayah @ Norhidayah Bt Harun,FRU telah memberikan peluang untuk ucapan talkin AUKU dan selepas itu mereka diminta untuk bersurai tetapi enggan berbuat demikian sebaliknya menjadi lebih agresif.
Pada pendapat saya memang wajar tindakan FRU bagi meleraikan demo berkenaan dan bagi mengelakkan pintu utama UPSI daripada dirobohkan.Saya masih bersetuju dengan sebilangan pembaca blog ini yang mengatakan bahawa ibu bapa hantar pergi ke universiti untuk belajar,jadi belajar sampai habis dulu sebelum nak berpolitik pun.
p/s:saya masih tercari-cari maksud kebebasan akademik??Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan akademik?Politik tu masuk dalam akademik juga ke?
Ini bukan soal politik. Ini soal maruah pelajar. Untuk makluman saya hanya pelajar, saya tidak suka istilah mahasiswa. Saya belajar dan diajar maka saya berhak komen atas pendapat saya. Saya hanya lihat video dan bukan berada ditempat kejadian. Analisis hanya pada video. Tidak semestinya tepat.
Di Jepun saya tidak pernah lihat ada politik di dalam kampus. Malah tiada istilah pilihanraya kampus. Masing-masing sibuk dengan hal belajar. Saya tidak pernah mengundi kecuali ketika di MRSM dahulu. Itupun tiada masalah disekat mana-mana pihak.
Saya tidak tahu apa itu AUKU. Apa yang diperjuangkan? Saya hanya 2 tahun di UTM melakukan persediaan. Bebas sahaja nak buat apa-apa. Tiada sekatan. Yang kena sekat pun pakai selipar dan baju tidak berkolar. Itu memang silap saya tidak suka pakai kasut dah baju berkolar. Kenapa tak boleh? Halang kebebasan ke? Dulu saya tidak tahu sebab apa dan hanya menyusahkan. Tapi bila saya pakai kasut dan berkolar, baru saya tahu saya ini hensem rupanya. Ramai awek-awek terpikat. Undang-undang dicipta bukan saja-saja.
Undang-undang agama kita kena patuh. Kalau Tuhan kata solat, kita solat. Ada kita bantah? Bisnes saya pun saya buat undang-undang sendiri. Kalau siapa yang tidak puas hati saya, jangan beli dengan saya.
Analisis saya terhadap video
1) Minit 0.27~1.00 peserta tidak ramai. Yang angkat tangan menyokong hanya sebilangan. Yang lain hanya menonton 2) Minit 3.30 Kami bukan penjenayah? Kenapa pecahkan klinik pada minit ke 5.15? Adakah itu dinamakan kebebasan? Kalau nak protest , halal nak rosakkan harta awam? Itukah bakal guru anak-anak generasi hadapan? 3) Minit ke 4.20 saya lihat ‘mahasiswa’ yang nak tumbuk polis. 4) Minit 4.47 saya tak nampak polis pukul ‘mahasiswa’ 5) Minit ke 6~ ada ‘mahasiswa’ berdarah tetapi tiada bukti polis yang buat
Rasanya tidak perlu nak banding dengan negara lain seperti saya bandingkan diatas. Jepun lain Malaysia lain. Masing-masing ada acuan sendiri. Kalau negara kita tak bagi politik terima sahaja. Tetapi ada negara lain bagi pinjaman untuk belajar? Ada negara yang hantar rakyat belajar luar negara? Yang saya tahu di Asia hanya malaysia yang berbuat demikian. Tidak dinafikan ada juga negara yang sediakan pendidikan percuma tapi tahukah disana kadar cukai makanan mencecah 27%?
Tidak mustahil suatu hari nanti pelajar tadika boleh lawan guru sebab tak puas hati undang-undang sekolah. Demi kebebasan. Ye la, nak lari kat koridor pon pun tak boleh. Nanti ketua kelas ambil nama. Sebab apa? Sebab taknak kasik jatuh je.
Jika benar polis buat keganasan jangan kita ikut. Pecahkan harta awam? Panjat pagar? Ingat sejauh mana baik niat kita, jangan campur dengan keganasan. Sama la dengan polis kalau niat polis nak amankan keadaan jangan guna keganasan. Baru orang respek! Saya pun tak berapa suka dengan sebahagian anggota polis yang rasuah, yang tak buat kerja, dan dia sendiri buat jahat.
‘Mahasiswa’ itu bakal cikgu. Dimasa akan datang kalau anak murid buat, dia akan beri alasan ‘ala cikgu hari tu boleh buat, saya tengok kat youtube muka cikgu’. ‘Saya pun nak kebebasan, sebab tu la fly panjat pagar.’
Jom belajar!!
Kalau malas belajar macam saya buat bisnes. Ada juga untung. Kalau pecahkan harta awam rugikan duit rakyat sahaja.
“Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri,” ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.
Tapi apa yang dispin oleh rangkaian social Facebook dan Twitter pembangkang ialah sebagai “tragedi berdarah” pelajar berkenaan cedera dipukul oleh pihak PDRM. Malah tuala yang penuh dengan darah digunakan sebagai simpati.
Mereka putar belitkan fakta agar rakyat membenci polis dan kerajaan, kononnya berlakunya keganasan dan kezaliman pihak polis.. Taktik ini sudah lama di kesan..
Sementara itu, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang yang di katakan nazak… kini dilihat sihat dan ok je…. Pergh! memang puak pembangkang ni suka besarkan isu.
Nampaknya masing-masing cuba nak jadi hero rupanya.Mungkin juga ini adalah hasil dari pertemuan Anwar bersama kumpulan pelajar di rumahnya pada minggu lepas..
Sekarang cuba perhatikan pula video dibawah ini,cuba lihat minit ke 5.20 bagaimana Mahasiswa berkenaan cedera.
Hahahahaha….sekarang macam mana?dah jelas dengan isu ini?siapa yang salah?adakah FRU yang memukul budak-budak itu?atau mereka sendiri yang mencederakan diri sendiri??Tepuk dada tanya akal =)
Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan telah mengandung dan beliau telah membuat pengumuman itu di Singapore National Television sempena persembahan ambang tahun baru 2012 di Singapura seperti yang dilaporkan melalui laman twitter @CARIMalay dan juga forum CARI.COM.
“Siti announced over Singapore national television yang dia mengandung selepas dia buat persembahan countdown di Singapore.”
Pihak 2dayblogger.com ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Siti kerana telah dikurniakan rezeki untuk menimbang cahaya mata.
Akhirnya,persoalan mengenai perkara ini sudah terjawap.Sekian.
Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.
Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L'Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di'gelar lelaki terkacak Malaysia.Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Jom tengok.
Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.
Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.
“Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.
“Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.
Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Janganjatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.
Kami doakan yang terbaik untuk Che Wan.Semoga Success selalu =)
Kami agak terkejut apabila melihat gambar-gambar pelajar UPSI yang tercedera.Difahamkan pada malam semalam,semasa orang ramai menyambut ketibaan tahun baru,pelajar UPSI telah membuat demo kebebasan akademik di UPSI.Demo yang dirancang secara aman tiba-tiba menjadi huru-hara apabila FRU didakwa membelasah sekumpulan mahasiswa yang berhimpun.
Adakah ia satu tindakan yang wajar oleh FRU kepada mahasiswa???Dan bagaimana keadaan sebenarnya ketika kejadian ini berlaku???Ada maklumat memberitahu,kejadian berlaku apabila ada sebilangan kecil mahasiswa yang membuat provokasi atau tidak mengikut arahan/amaran yang diberikan oleh FRU.Disebabkan itulah yang menyebabkan FRU hilang sabar dan bertindak membelasah mahasiswa berkenaan.
Adakah wajar FRU bertindak sedemikian rupa???Bukankah Malaysia adalah negara berperlembangaan dan memberikan kebebasan kepada rakyatnya bersuara dan berhimpun??Bagaimana perkara ini boleh berlaku?Adakah kerana kepentingan politik kita sanggup ketepikan undang-undang yang digubal?Ke bagaimana??
Perkara-perkara sebegini yang akan meningkatkan kebencian rakyat kepada pihak berkuasa dan dengan tindakan ini jugalah yang akan membuatkan rakyat memberontak dan mula membenci kerajaan.Adakah kerajaan ini perkara ini berteruskan dan membiarkan perkara ini menjadi lebih serius?Adakah kita ingin melihat Malaysia jadi seperti Mesir?Thailand?Mahukah kita??
Sama-samalah kita fikirkan permasalah ini.Kita mahukan keamanan dikekalkan bukannya keganasan atau ketidakstabilan keselamatan didalam negara kita.Cintailah keamanan yang kita lalui sekarang ini.Insya-Allah.
Si Anto tak bisa melihat si Budi dengan kasat mata, sedangkan si Budi bisa melihat si Anto dengan jelas. Jika si Anto berperang dengan si Budi, manakah yang menang diantara mereka berdua? Sederhana mengetahui jawabannya. Tentu si Budi yang menang, sebab si Budi bisa dengan jelas melihat si Aanto. Si Budi bisa dengan mudah dan [...]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar