Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Minggu, 02 Oktober 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Posted: 01 Oct 2011 07:27 AM PDT

Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Link to Belajar Ngeblog di BLOG

8 Widget yang Sebaiknya Ada di Blog

Posted: 30 Sep 2011 08:48 PM PDT

Ada banyak widget, dan kelihatannya semua menarik. Tapi ada beberapa widget yang sebaiknya ada di blog. Apa saja itu? Baik itu widget yang dipasang di sidebar atau post area. Tentunya dalam memasang widget tidak hanya memperhitungkan tampilan tapi yang lebih penting adalah harus mempertimbangkan fungsinya. Recent post, yaitu widget yang menampilkan tulisan-tulisan terbaru kita. Walau di halaman


Cafe Bisnis Online

Posted: 01 Oct 2011 01:31 AM PDT

Cafe Bisnis Online


Kesalahan Affiliasi: Tidak Mencoba Produk Terlebih Dulu

Posted: 30 Sep 2011 09:00 AM PDT

Salah satu kesalahan yang umum dilakukan oleh para affiliate pemula adalah tidak mencoba produk yang dipasarkan terlebih dulu. Entah karena terburu-buru ingin segera mendapatkan penghasilan dari bisnis online, mereka bersemangat mempromosikan produk tanpa mengetahui plus minusnya. Mereka berpikir semua bisa berjalan lancar hanya dengan mengandalkan nama brand yang dijual. Setiap prospek yang berada di bawah [...]

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 30 Sep 2011 07:59 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Kontroversi Namewee Maki Hamun Wartawan Utusan Malaysia.

Posted: 30 Sep 2011 04:30 PM PDT

Baru-baru ini wartawan Utusan Malaysia telah menulis satu artikel yang ditujukan khas untuk Namewee.Apa yang membuatkan saya kurang senang dengan kenyataan akhbar berkenaan adalah ia melihat ketidakprofesionalan seseorang wartawan media.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Disebabkan marah dengan tindakan yang dibuat oleh Wartawan Utusan Malaysia itu,Namewee telah membuat rakaman video mencaci dan memaki hamun kembali wartawan media itu.Video berkenaan boleh dilihat menerusi link yang diberikan dibawah:-

Manakala dibawah ini pula adalah artikel asal yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia itu:-

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem 'komedi sosial' yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik 'Melayu Balik Hutan Jadi Sakai'.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun 'perjalanan seni' anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak 'diberi muka' ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

Mengeluarkan kenyataan seumpama ini di surat khabar bukanlah satu tindakan yang bijak kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.Jika kita tidak suka kepada sesuatu perkara itu @ kita membencinya,adalah lebih baik kita mendiamkan diri kerana itu adalah sebaik-baiknya.Betul tak?

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Borang Permohonan Kemasukan Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012

Posted: 29 Sep 2011 09:02 PM PDT

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah membuka permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi program pengajian Sarjana Perubatan sesi akademik 2012/2013 mulai 26 September 2011.

Permohonan hanya terbuka kepada Pegawai Perubatan Kementerian Kesihata Malaysia (KKM) yang telah memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Bahagian Pengurusan Latihan, KKM melalui pengumuman tawaran yang telah dikeluarkan terdahulu.

IPTA yang terlibat dalam penyelarasan pengambilan ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan International Islamic University Malaysia (UIAM).

Permohonan

  • Pemohon perlu membaca dan meneliti panduan berikut yang boleh didapati di dalam Aplikasi Dalam Talian di atas bagi mendapatkan maklumat yang tepat supaya permohonan selamat diterima dan diproses untuk kemasukan ke IPTA :-
    • • Syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)• Program Sarjana Perubatan UM• Program Sarjana Perubatan USM

      • Program Sarjana Perubatan UKM

      • Program Sarjana Perubatan UNIMAS

      • Program Sarjana Perubatan UPM

      • Program Sarjana Perubatan IIUM (UIAM)

      • e-Panduan Aplikasi Dalam Talian

      • e-Panduan Mengisi Borang Permohonan BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Mencetak Borang BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Menghantar Borang BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Hebahan

  • Pemohon perlu membeli Nombor Unik ID di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM 25.60 sebelum membuat permohonan.

Syarat

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan IPTA yang terbabit berkaitan dengan permohonan ini boleh diteliti di dalam panduan di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 ini ditutup pada 25 Oktober 2011.
  • Sekiranya calon tidak menerima sebarang tawaran dari IPTA/KKM selepas empat minggu program pengajian bermula dianggap permohonan tidak berjaya.

Temuduga

Calon yang mengemukakan permohonan dalam bidang pengkhususan tertentu di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak dikehendaki menghadiri satu penilaian kemasukan/temu duga yang ditetapkan oleh IPTA masing-masing dalam bulan Januari 2012.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 dijangka akan diumumkan pada awal bulan April 2012.
  • Mereka yang mendapat tawaran dijangka akan mendaftar di IPTA pada awal Jun 2012.

Pertanyaan

  • Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk portal Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai masalah permohonan dalam talian,sila hubungi ke alamat berikut :-
    • Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
      Jabatan Pengajian Tinggi
      Kementerian Pengajian Tinggi
      Aras 4, No 2, Menara 2,
      Jalan P5/6, Presint 5,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62200 Putrajaya
      Tel : 03-8870 6755/6766/6777
      Faks : 03-8870 6864
      E-mail : upu@mohe.gov.my
  • Pegawai-pegawai Perubatan sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan di alamat berikut:
    • Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
      Bahagian Pegurusan Latihan
      Kementerian Kesihatan Malaysia
      Aras 6, No.26,
      Persiaran Perdana Presint 3,
      62675 PUTRAJAYA
      Tel.: 03-88850686 Faks:03-88850746
  • Pertanyaan-pertanyaan lain seperti kandungan program, struktur program boleh diperoleh terus daripada IPTA yang menganjurkan program di alamat yang disediakan dalam panduan di atas.

Sumber: Eputra.Com

Blogger Idola,Perlu @ Tidak?

Posted: 29 Sep 2011 08:39 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Persoalan ini pernah ditanyakan di group FB Rakan Blogger 2dayblogger dan mendapat pelbagai reaksi daripada ahli group berkenaan.Mempunyai idola atau mempunyai blogger yang kita kagumi amatlah penting supaya dapat memotivasikan diri sendiri.

Contohnya,saya mengkagumi Hongkiat.Com dan Paultan.Org kerana ini antara blog yang sangat berjaya didalam dunia blogging.Jadi saya bercita-cita ingin berjaya seperti mereka.Oleh sebab itu saya perlu berusaha gigih untuk jadi seperti mereka.Disitu akan lahirnya motivasi diri untuk saya terus berusaha dan berjaya.

Alhamdulilah,sekarang ini sedikit sebanyak saya sudah dapat apa yang saya mahukan.Cuma selepas ini saya ingin membina blog yang mempunyai niche yang lebih spesifik.Insya-Allah.

Bagaimana pula dengan anda semua?siapakan idola anda?

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar