Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Rabu, 12 Oktober 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 10 Oct 2011 07:10 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Mudah Ke Buat Duit Dengan Blog?

Posted: 10 Oct 2011 07:45 AM PDT

“Create a blog that makes money” tidaklah semudah yang disangkakan.Ramai blogger bercita-cita untuk menghasilkan duit melalui blog tetapi gagal.Kenapa?kerana untuk berjaya didalam apa jua bidang,kita perlukan usaha yang gigih dan juga ilmu mengenai bidang yang kita sedang ceburi itu.

Sepanjang saya berblogging,buat duit dengan blog adalah benda terakhir yang harus berada di dalam senarai.Yang pertama sekali adalah menulis artikel yang menari dan keduanya adalah trafik.Tanpa artikel yang menarik dan berkualiti,blog tidak akan maju.Sebab itulah setiap blogger harus menjaga gaya penulisannya supaya menarik dan mudah difahami oleh para pembaca.

Setelah mempunyai artikel yang menarik,perkara yang seterusnya yang harus diberi tumpuan adalah trafik.Ada banyak cara untuk meningkatkan trafik seperti blogwalking,beriklan dan lain-lain.Untuk meningkatkan trafik tidaklah sesukar mana tetapi yang paling sukar adalah mengekalkan trafik yang masuk ke blog.Itu adalah yang paling sukar untuk dibuat.

Jika target anda untuk menghasilkan income dari blog,anda perlukan usaha yang kuat untuk meningkatkan kualiti blog anda.Contohnya,setelah lama berblogging,barulah sekarang saya dapat income yang banyak daripada blog.Alhamdulilah.Sebab itu untuk menjayakan sesuatu blog,saya target 1 tahun untuk berjaya dengan blog itu.Jika anda baru berblogging beberapa bulan tetapi dah nak income sama macam yang lama berblogging,anda memang silap lah.

Untuk berjaya ini perlukan masa jadi gunalah masa yang ada itu untuk meningkatkan ilmu pasal blogging,ilmu penulisan,edit-edit theme blog dan lain-lain.Jangan mengeluh jika anda tidak dapat income sekarang ini,rezeki itu ada dimana-mana sahaja.Mungkin sekarang bukan rezeki anda,esok lusa siapa tahu kan.

Insya-Allah,teruskan menulis dan berblogging.Jangan putus asa kerana matlamat anda masih tidak tercapai sekarang ini.Sekian.

Jadual Dan Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

Posted: 10 Oct 2011 05:24 AM PDT

Malam ini akan berlansungnya perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang melibat empat perlawanan iaitu diantara Kelantan vs Terengganu,Selangor vs Perak,Felda United vs N.Sembilan dan Sabah vs T-Team.

Pasukan mana yang akan menang pada malam ini??Adakah pasukan pilihan anda???

Sama-sama kita nantikan perlawanan ini sekejap nanti.Dua perlawanan akan ditayangkan secara live iaitu di Astro Arena 801 dan di RTM 2.

Insya-Allah,nanti saya akan update keputusan perlawanan diatas selepas perlawanan tamat.

Keputusan Penuh:-

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA – 10/10/2011 (ISNIN)
Terengganu 3 – 1 Kelantan
Selangor 3 – 1 Perak
Felda United 1 – 0 Negeri Sembilan
Sabah 1 – 2 T-Team
* Perlawanan Suku Akhir Kedua pada 14/10/2011 (Jumaat)

Keputusan Terkini Terengganu vs Kelantan Malam Ini,10 October 2011

Posted: 09 Oct 2011 10:14 PM PDT

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan diantara dua kuasa besar bola sepak Malaysia iaitu Terengganu vs Kelantan bagi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Ismail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu.

Perlawanan ini diibaratkan seperti perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 kerana kedua-dua pasukan ini adalah pasukan pilihan tetapi sayangnya kedua pasukan bertemu di suku akhir.Hanya satu pasukan sahaja yang akan layak ke pusingan seterusnya.Sama ada Terengganu @ Kelantan.

Siapakah yang akan menang malam ini?sama-sama kita saksikan perlawanan hebat ini malam ini.Pada pendapat anda,pasukan mana yang akan menang malam ini?

Ini Baru Pasangan Bahagia!

Posted: 09 Oct 2011 09:59 PM PDT

What do you think about this picture???

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar