Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Selasa, 02 Agustus 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Posted: 01 Aug 2011 07:05 AM PDT

Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Link to Belajar Ngeblog di BLOG

Membalas Komentar Blog Secara Otomatis

Posted: 31 Jul 2011 06:12 PM PDT

Blog itu adalah sarana berbagi, berkomunikasi. Oleh sebab itulah hadir kotak komentar, untuk berkomunikasi antara pembaca dan pemilik blog. Sesuatu yang kita share atau bagi di blog yang berupa tulisan, photo atau video tak jarang mendapatkan komentar dari yang melihat. Komentar itu bisa berupa pertanyaan mengenai tulisan kita, pendapat lain dari pembaca mengenai topik yang ditulis atau

Cafe Bisnis Online

Posted: 01 Aug 2011 01:35 AM PDT

Cafe Bisnis Online


Cafezine telah Terbit dan Selamat Berpuasa

Posted: 31 Jul 2011 06:56 PM PDT

Alhamdulillah, di awal Ramadhan yang penuh berkah ini kami berhasil menyelesaikan pembuatan majalah bisnis online Indonesia Cafezine untuk edisi 8 / Agustus 2011. Anda bisa langsung mendownloadnya di http://cafezine.im Selain itu saya secara pribadi beserta seluruh kru yang bertugas baik di cafezine maupun di cafebisnis online juga menghaturkan permohonan maaf yang sebesar-besarnya jikalau dalam penyajian [...]

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 31 Jul 2011 07:21 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Kes Tukar Jantina Punca kematian Mohd Ashraf a.k.a Aleesha Farhana

Posted: 31 Jul 2011 07:06 PM PDT

Keputusan bedah siasat punca kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonan menukar nama dan status jantinannya dalam MyKad, awal pagi kelmarin mungkin diklasifikasikan sebagai kes yang perlu dibuat rujukan dan penilaian perundangan.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Terengganu belum menerima laporan hasil bedah siasat dibuat ke atas mayat Mohd Asyraf Hafiz di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata banyak perkara perlu dibuat penelitian untuk menentukan punca sebenar kematian Mohd Ashraf.

Sebab itulah, katanya, kumpulan pakar perubatan yang terbabit dalam bedah siasat belum mengemukakan laporan masing-masing kepada jabatan.

"Kes ini (punca kematian Mohd Ashraf) kita ambil sebagai 'potential medical legal'.

"Ia akan mengambil masa untuk menyiapkan laporan. Apabila selesai, laporan (bedah siasat) itu pula perlu dihantar kepada Kementerian Kesihatan terlebih dulu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam, tetapi tidak mendedahkan punca kematian Mohd Ashraf berdasarkan laporan bedah siasat.

Akhbar kelmarin melaporkan Mohd Ashraf meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kira-kira jam 5 pagi kelmarin selepas dimasukkan ke hospital itu pada jam 3 pagi sehari sebelumnya selepas muntah-muntah dan pitam sehingga tekanan darahnya dilaporkan menurun hingga 80/40 lewat petang kelmarin.
Penurunan mendadak tahap kesihatan lelaki itu bermula dengan kemurungan selepas gagal dalam permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana, menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Jenazah Mohd Ashraf dimandi dan disembahyangkan di Unit Forensik HSNZ pada jam 3.30 petang kelmarin sebagai seorang lelaki selepas selesai bedah siasat sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, pada jam 4.30 petang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat meinta individu yang mengalami kecelaruan identiti sehingga berhajat untuk menukar jantina merujuk kepada Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum membuat pembedahan menukar jantina.

Beliau berkata, Mahkamah Syariah akan membantu mereka bermasalah dengan membuat pertimbangan menerusi penelitian dokumen peribadi asal individu termasuk laporan kesihatan disahkan doktor.

Khazan berkata, Mahkamah Syariah akan memberi pertimbangan sewajarnya, terutama kepada kalangan khunsa dengan mendapatkan pengesahan daripada doktor.

"Selepas mahkamah mendapat butiran sahih daripada pakar termasuk doktor, barulah keputusan membenarkan penukaran jantina mengikut kecenderungan pemohon sama ada menjadi lelaki atau wanita diputuskan," katanya.

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Khairul Fahmi & Kemelut Cintanya Dengan Jejari Runcing,Kerana Orang Ketiga!

Posted: 31 Jul 2011 06:58 PM PDT

Kisahnya bermula dengan penyebaran gambar ini:-

aimie Khairul Fahmi & Kemelut Cintanya Dengan Jejari Runcing,Kerana Orang Ketiga!

Kemudian ditambah pula dengan penyebaran gambar-gambar yang dikatakan kekasih baru Khairul Fahmi atau skandal Khairul Fahmi:-

skandal baru Khairul Fahmi & Kemelut Cintanya Dengan Jejari Runcing,Kerana Orang Ketiga!skandal 2 Khairul Fahmi & Kemelut Cintanya Dengan Jejari Runcing,Kerana Orang Ketiga!Namun begitu,Khairul Fahmi menjelaskan bahawa gambar diatas bukanlah skandal barunya tetapi adalah rakan lamanya dan Khairul Fahmi juga menafikan dia mengambil keputusan untuk putus tunang disebabkan oleh orang ketiga.

Hari ini,Elia pula mengeluarkan kenyataan berlainan iaitu:-

"Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya," dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

Jika dibaca kedua-dua kenyataan mereka,nampaknya mereka sebenarnya tidak berbincang mengenai masalah yang membelenggu mereka dan mengambil jalan mudah dengan memutuskan pertunangan.Sekiranya mereka duduk berbincang dan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini,Insya-Allah boleh dijernihkan.

Cuma diharapkan Khairul Fahmi bijak mengatasi masalah ini dan disebabkan masalah peribadi seperti ini akan mengganggu dia ketika beraksi di padang.

Sekian.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Salih Yaakob Ditipu Mendapat Tajaan RM400,000

Posted: 31 Jul 2011 06:41 PM PDT

"Saya kecewa apabila majlis meraikan empat isteri saya 24 September ini dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan sedangkan tujuan asal saya menganjurkan majlis itu sebagai amal jariah sepanjang 50 tahun saya hidup di muka bumi Allah," kata pengacara terkenal, Salih Yaakob, 50.

Kekecewaan itu diluahkan Salih sejurus dia memberitahu Majlis Malam Mesra Salih Yaccob dan Keluarga Tersayang yang dirancangnya pada September ini dipolitikkan dan diniagakan pihak penganjur untuk kepentingan mereka.

gambar saleh yaakob Salih Yaakob Ditipu Mendapat Tajaan RM400,000

Menurut Salih, awal Julai lalu dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Shafie, 50-an mendakwa pemilik kedai emas di Johor dan menawarkan diri sebagai penaja majlis itu dengan nilai anggaran kos keseluruhan kira-kira RM400,000. "Lelaki terbabit sanggup mendapatkan saya di Astro Bukit Jalil dan memberitahu mahu menaja majlis saya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Persada. Pada mulanya saya enggan menerima kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku namun sesudah lelaki itu tidak henti memujuk saya, akhirnya saya menerimanya.

"Namun, yang peliknya apabila Shafie enggan menandatangani sebarang perjanjian dan tiada surat hitam putih dimeterai biarpun puas saya memintanya mewujudkan perjanjian bersama. "Lelaki terbabit seolah-olah cuba merancang sesuatu sejurus meminta menangguhkan perjanjian sehinggalah semalam (kelmarin)," katanya.

Kata Salih, sepanjang sebulan berurusan dengan Shafie melalui lima kali pertemuan di ibu kota, lelaki itu berperangai pelik dan bersifat kurang ajar apabila memasuki bilik hotel penginapannya di Jalan Ampang, di sini, sesuka hati dan meminta isteri keduanya menjadi pembantu peribadi sepanjang menguruskan majlis terbabit.

Menurutnya, dua minggu lalu ketika datang ke hotel penginapannya, lelaki terbabit menghampiri isteri kedua dan anak perempuannya dengan mengeluarkan kata-kata lucah iaitu "tidak dapat anak, emak pun jadilah".

"Saya geram dan mula mencurigai lelaki terbabit. Sesudah memeriksa latar belakangnya barulah saya tahu saya ditipu kerana Shafie bukanlah pemilik kedai emas, tidak bekerja dan banyak menipu orang ramai termasuklah terbabit satu kes penipuan pertandingan karaoke di Johor," katanya.

Menurut Salih, seminggu lalu dia mendapati lelaki itu mengiklankan majlis malam mesra di Internet tanpa persetujuannya termasuk menjual meja tempahan bernilai RM5,000 dengan menawarkan 150 meja keseluruhannya.

"Saya tidak merancang untuk 'menjual' majlis saya kerana majlis dirancang adalah untuk meraikan empat isteri, sambutan Aidilfitri, rumah terbuka untuk peminat dan majlis penyampaian sumbangan kepada mereka memerlukan," katanya.

Katanya lagi, lelaki terbabit mensasarkan 'perniagaan' itu dengan menawarkan meja tempahan kepada seluruh rakyat Johor selain turut menghasilkan baju, topi, cenderahati dan logo menggunakan namanya selain menyebarkan tandatangannya di blog seterusnya mencemarkan namanya.

"Saya meminta kepada seluruh rakyat Johor supaya tidak terpedaya dengan iklan itu dan kepada mereka yang sudah membuat tempahan supaya segera berurusan dengan lelaki berkenaan. Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah menyetujui tempahan meja itu," katanya.

Kata Salih, menyedari ditipu, dia kini merancang menganjurkan majlis makan malam itu menggunakan wang sendiri dengan memperuntukkan RM500,000.

"Saya mengimpikan menderma RM100,000 kepada isteri dan anak artis (artis yang sudah meninggal dunia) dan saya sudah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk kegunaan mereka," katanya.

p/s:Berhati-hati ketika berurusan dengan orang yang tidak dikenali.Apa yang boleh saya katakan adalah Shafie itu seorang yang bijak mengambil peluang walaubagaimanapun caranya adalah salah kerana menipu orang lain.Dia mungkin kaya di dunia tetapi akan terseksa di akhirat nanti.Renung-renungkan.

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Penjelasan Aimie Harmelia,Tunang Khairul Fahmi Mengenai Putus Tunang!

Posted: 31 Jul 2011 06:25 PM PDT

Berita mengenai putus tunang diantara Khairul Fahmi dan Elia begitu hangat diperkatakan dan berita ini  rasanya sudah mengalahkan gosip seorang artis.Memang kuat pengaruh Khairul Fahmi ini di media-media massa.Sudah dua hari HMetro mengeluarkan cerita mengenai mereka berdua ini dan hari ini HMetro mengeluarkan kenyataan balas daripada bekas tunang Khairul Fahmi pula.

khairul fahmi putus tunang Penjelasan Aimie Harmelia,Tunang Khairul Fahmi Mengenai Putus Tunang!

Cuma ada satu kata-kata yang saya agak tertarik iaitu:-

"Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini," katanya.

Dibawah ini adalah kenyataan penuh daripada Elia berhubung mengenai putus tunang:-

"Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam)," kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

"Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya," katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

"Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya," dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

"Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

"Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi," katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

"Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya," katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. "Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini," katanya.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Hilang Fokus Akan Menganggu Anda Untuk Berblogging!

Posted: 31 Jul 2011 12:59 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk berjaya didalam sesuatu bidang bukanlah satu perkara yang mudah.Begitu juga dengan berblogging.Banyak perkara yang akan mempengaruhi kita untuk berjaya didalam dunia blogging ini.Antara satu sebab yang boleh mengganggu kita untuk berblogging adalah hilang fokus.

hilang fokus Hilang Fokus Akan Menganggu Anda Untuk Berblogging!

Bagaimana fokus kita boleh hilang?Ada banyak sebab yang boleh mempengaruhi kita untuk hilang fokus.Antaranya adalah sibuk dengan perkerjaan lain,terasa penat untuk menulis,tekanan emosi dan perkara-perkara lain.

Benda ini juga berlaku pada saya dan blog ini.Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini saya tidak update blog ini seperti sediakala dan pengurusan blog ini kian merosok.Kenapa ia berlaku?

Sebenarnya saya berasa penat untuk menulis dan berkongsi untuk seketika,saya jadi malas untuk update blog.Selain itu saya sedang merancang beberapa projek lain untuk meluaskan network 2dayblogger.com.Disebabkan terlalu banyak benda yang ingin dilaksanakan menyebabkan saya kekurangan masa untuk menumpukan perhatian kepada blog ini.

Berblogging ini memerlukan ketenangan supaya kita boleh menulis dengan baik.Blog sangat bergantung kepada penulisan dan jika kita abaikan penulisan kita ini akan menyebabkan penulisan kita akan jadi kurang menarik dan  kurang bermutu.

Walaubagaimana pun,kita tetap harus menulis di blog kerana bagi seorang blogger tegar @ full time blogger,sumber pendapatan mereka adalah datangnya daripada blog.Jika diabaikan terlalu lama maka hilanglah periuk nasi mereka.

Sekiranya anda jadi seperti saya,hilang fokus,saya sarankan agak anda berfikir kembali kenapa anda berblogging dan cuba lihat semula artikel-artikel yang pernah ditulis sebelum ini.Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kembali semangat anda untuk berblogging semula.

Sekarang ini saya sedang merancang untuk berblogging secara serius semula dan kembali mengejar trafik supaya blog ini terus berkembang.Alhamdulilah walaupun tidak berblogging,blog ini masih boleh dibanggakan kerana masih mengekalkan earning harian yang sepatutnya.Alhamdulilah.

Hilang fokus untuk berblogging ini biasa berlaku kepada blogger dan sekiranya kita terus hanyut maka memang sukar untuk kita berjaya didalam dunia blogging ini.Jika perkara ini berlaku kepada anda,cepat-cepatlah mengembalikan motivisi diri supaya blog anda tidak jatuh ditimpus oleh blog lain.

Sekian

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Panduan Solat Sunat Tarawih Daripada JAKIM

Posted: 30 Jul 2011 09:40 PM PDT

panduan solat tarawih Panduan Solat Sunat Tarawih Daripada JAKIMAssalamualaikum dan salam sejahtera….

Saya ingin kongsikan panduan sembahyang sunat tarawih yang telah disediakan oleh JAKIM.Anda boleh mendownload panduan berkenaan di:-

Terima kasih kepada Pihak JAKIM kerana menyediakan panduan yang cukup berguna ini.

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Rosmah Dakwa Beli Cincin RM24 Juta Adalah Fitnah!

Posted: 30 Jul 2011 09:18 PM PDT

Rasanya ramai sudah mengenai mengenai perkara ini dan ramai yang terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat di Internet.Bagi menjawap kenyataan mengenai Cincin RM24 juta,akhirnya Rosmah tampil untuk memberikan kenyataan balas.

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

rosmah cincin Rosmah Dakwa Beli Cincin RM24 Juta Adalah Fitnah!

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah…. apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

"Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya Pokok Sena, Kedah, semalam.

Adakah melalui kenyataan ini sudah menyelesaikan masalah ini?Saya rasanya tidak dan kenyataan ini hanyalah untuk menutup kes yang telah dibongkarkan ini.Jika betul ianya adalah Fitnah,bagaimana pula dengan bukti-bukti @ gambar-gambar yang telah tersebar di Internet mengenai pembelian cincin berkenaan?Rasanya pihak SPRM harus membuat siasatan untuk mengesahkan perkara ini.Tetapi adakah SPRM berani untuk membuat siasatan mengenai kes ini?Rasanya tidak!.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?Adakah ia sudah selesai setelah kenyataan ini dikeluarkan?

 

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Gambar Kekasih Baru Khairul Fahmi?-”Saya Bukan Playboy”

Posted: 30 Jul 2011 08:57 PM PDT

“Saya Bukan Playboy”.Itulah satu ungkapan yang diberikan oleh Khairul Fahmi Che Mat mengenai kemelut cintanya dengan bekas tunangnya.Jika dibaca kenyataan akhbar di Khairul Fahmi Che Mat Sah Putus Tunang Dengan Aimie Harmelia!,Khairul Fahmi telah menjelaskan kesemuanya mengenai perkara ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Namun begitu,saya akan terkilan mengenai menyebaran gambar-gambar yang dikatakan punca keretakan hubungan mereka berdua.Dibawah ini saya kongsikan gambar yang diperkatakan itu.

dahliateck3 Gambar Kekasih Baru Khairul Fahmi? Saya Bukan PlayboySiapa yang harus disalahkan?Pada pendapat saya,saya tidak menyalahkan Khairul Fahmi didalam hal ini tetapi saya salahkan mereka yang menyebarkan gambar ini sebelum ini.Tetapi mengambil keputusan untuk memutus hubungan bukan satu penyelesaian yang terbaik.

Ini hanyalah khabar angin dan jika kedua-duanya setia dan percaya antara satu sama lain,Insya-Allah,hubungan mereka boleh dijernihnya.Orang kata didalam perhubungan mesti ada perasaan tolak ansur dan saling memahami.Betul tak?

Khairul Fahmi sendiri sudah mengeluarkan kenyataan untuk putus tunang dan menurutnya itu yang terbaik diantara mereka.Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

Posted: 30 Jul 2011 08:34 PM PDT

Tertarik dengan gambar-gambar majlis bercukur rambut anak Jimmy Shanley dan NurSuhaila Eliani baru-baru ini.Pelbagai isu-isu hangat mengenai rumah tangga mereka tetapi diharap dengan kehadiran baby baru mereka ini dapat mengembalikan kebahagian rumah tangga mereka.

Jom layan gambar yang diupload oleh Ohbulan dibawah ini…

DSC01942 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

DSC01973 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

DSC01974 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

DSC01981 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

DSC01993 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

DSC01995 Gambar Majlis Cukur Rambut Anak Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Ashraf @ Aleesha Selamat Dikebumikan Dan Semoga Rohnya Dicurahi Rahmat!

Posted: 30 Jul 2011 08:27 PM PDT

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

“Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu,” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke hospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan mengalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with ardiogenic shock’ dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.-MalaysiaKini

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Khairul Fahmi Che Mat Sah Putus Tunang Dengan Aimie Harmelia!

Posted: 30 Jul 2011 08:17 PM PDT

Perbualan hangat mengenai Khairul Fahmi Che Mat ini bermula dengan penyebaran beberapa keping gambar yang dikatakan Kekasih Baru Khairul Fahmi Che Mat.Banyak blog yang telah menyiarkan gambar berkenaan dan gambar itu mendapat liputan yang sangat meluas dan kisah cinta antara Khairul Fahmi dan tunangnya begitu mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA dibawah ini:-

SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan."-MetroAhad

Inilah yang dikatakan takdir.Kita hanya mampu  merancang dan Tuhan yang menentukan.Diharap apa yang berlaku ini akan mendewasakan mereka berdua.Lagipun mereka masih lagi muda dan perjalanan mereka masih jauh.

Kami mendoakan yang terbaik kepada mereka berdua.

Sekian.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar