| Harga Terkini Kereta Proton Saga FL Posted: 09 Aug 2011 12:00 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Saya mencari maklumat mengenai harga terkini Kereta Proton Saga FL ini.Dan jika dilihat harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu untuk dibeli.   Proton Saga Facelift price - 1.3 Standard M/T RM37,998
- 1.3 Standard A/T RM40,998
- 1.3 Executive M/T RM40,698
- 1.3 Executive A/T RM43,298
Saya teringin membeli sebuah kereta kerana kereta saya sekarang ini sudah rosak.Sebab itu terpaksa mencari maklumat mengenai harga-harga terkini kereta-kereta. Mana tahu sedikit masa lagi saya mampu mempunyai kereta baru.hehe… Baca Artikel Yang Berkaitan:  |
| Gambar Terkini Keluarga Rita Rudaini & Aidil Posted: 08 Aug 2011 11:43 PM PDT Tertarik dengan gambar-gambar keluarga Rita Rudaini dan Aidil yang dikongsikan oleh Blog BeautifulNara.Terdapat 30 keping gambar keluarga mereka dibawah ini. Memang kagum melihat sebuah keluarga yang bahagia macam ini.Semoga ia kekal sehingga akhir hayat.Insya-Allah.                              Photo:BeautifulNara.Com Baca Artikel Yang Berkaitan:  |
| Remaja Berani Hina Al-Quran Di Facebook! Posted: 08 Aug 2011 07:58 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca sekalian. Jika semalam kami kongsikan pendedahan mengenai Remaja Singapura yang menghina Allah dan Keluarga Nabi Adam serta Pendedahan identiti sebenar Hajjah Sitt Al-Wuzara,hari ini kami ingin kongsikan satu lagi penghinaan yang dilemparkan oleh remaja yang sama di facebook. Jika sebelum ini mereka menghina ciptaan dan kekuasaan Allah dengan kejadian Nabi Adam dan keluarganya,kali ini mereka terus terang menghina Al-Quran.  Dah besar nanti dia akan murtad.Kami dulu pun dari kecik khatam Quran banyak kali. Itu merupakan kata-kata yang sangat hina dan malahan lebih hina lagi dari khinzir @ babi.Ya,mereka akan rasa gembira di dunia ini kerana dapat meluahkan pendapat mereka di Facebook tetapi adakah mereka berfikir kemana mereka akan pergi selepas mereka mati nanti?adakah mereka akan dilahirkan semula menjadi binatang mengikut kepercayaan agama lain? Jawapan sudah tentu tidak.Mereka akan terus berada di alam kubur menunggu hari kiamat.Masa itu sudah tidak ada Facebook untuk meluahkan kata-kata kerana masa itu kita semua akan berhadapan dengan Para Malaikat dan Yang Maha Pencipta. Yang lebih menyedihkan sekali adalah yang terlibat itu adalah orang melayu.Tapi kita sedar,walaupun melayu tidak semestinya Islam.Betul tak? Hidup didunia ini hanya sementara dan jangan terlalu angkuh dengan diri sendiri.Fikirkan siapa Pencipta anda dan satu hari nanti anda akan kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Sekian. Baca Artikel Yang Berkaitan:  |
| Gambar Tanah Runtuh Di Cameron Highlands (Perkampungan Orang Asli) Posted: 08 Aug 2011 07:31 PM PDT Setelah negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat pada bulan Mei lepas, kali ini,negara sekali lagi dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameroon Highlands.  Anda boleh ikuti luahan mangsa kejadian yang terselamat didalam kejadian ini disini:- Mangsa Tanah Runtuh Yang Terselamat Menceritakan Detik Cemas! Sekian. Baca Artikel Yang Berkaitan:  |
| Mangsa Tanah Runtuh Yang Terselamat Menceritakan Detik Cemas! Posted: 08 Aug 2011 07:21 PM PDT  Begitu sadis membaca luahan perasaan mereka yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Cameran Highland semalam.Walaupun cedera tetapi mereka sanggup mengorbankan tenaga dan nyawa mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus. "Kami bergilir mengusung mangsa, Normadiah Lasik, 69, yang parah dan masih hidup ketika itu, tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat meredah banjir lumpur kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans gagal memasuki kawasan kejadian akibat banjir lumpur. Makcik yang berusia 69 tahun ini membantu mangsa yang lain tanpa menghiraukan keselamatan dirinya.Namun begitu,Tuhan lebih menyayanginya. "Mangsa itu meninggal dunia disebabkan parah di muka,” kata Minah Bahu, 50, antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini, petang kelmarin.Menceritakan detik cemas itu, Minah berkata, ketika kejadian hujan lebat antara jam 4 hingga 6 petang disusuli dengan petir. Kejadian tanah runtuh ini berlaku petang semalam di perkampungan orang asli di Pahang.Berita mengenai kejadian ini telah mengemparkan seluruh Malaysia.Alhamdulilah,semalam saya dengar berita dimana kerajaan dan pihak berwajib telah bersepakat untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh ini. Dibawah ini antara luahan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh yang lain:- “Ketika itu saya memasak juadah petang dan terdengar letupan kuat di luar rumah. Saya terus menjerit meminta 11 penghuni rumah saya keluar menyelamatkan diri. “Sebaik keluar, saya mendapati tiga rumah berdekatan sudah tertimbus, manakala semua penduduk mula bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Minah berkata, dia dan penduduk lain berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tiga rumah itu. “Ada mangsa yang berdarah di muka dan tersepit di celah akar pokok serta timbunan tanah. Kami bergilir-gilir mengendong mereka kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans tidak boleh masuk kerana laluan utama ke kampung kami dinaiki lumpur,” katanya. Seorang lagi mangsa, Balas Babin, 73, berkata dia bersama seorang anak dan dua cucu di dalam rumah ketika kejadian serta sempat melihat pergerakan tanah bersama aliran air yang deras. “Kejadian berlaku sangat pantas menyebabkan tiga rumah jiran kami tertimbus. Sudah hampir empat bulan tiada hujan tetapi hujan lebat semalam (kelmarin) terus mengorbankan rakan-rakan kami,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Brinchang di sini, semalam. Sekian Baca Artikel Yang Berkaitan:  |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar