Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Rabu, 24 Agustus 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


Cafe Bisnis Online

Posted: 23 Aug 2011 01:56 AM PDT

Cafe Bisnis Online


Fakta Tidak Cukup, Sales Letter Harus Bisa Membangkitkan Emosi Visitor

Posted: 22 Aug 2011 09:29 AM PDT

Sales letter biasanya gagal bukan disebabkan karena halaman penjualan tersebut itu tidak berisi data-data teknis yang cukup, melainkan karena susunan kalimat yang tidak menarik. Perhatian kali ini kita fokuskan kepada bagaimana membangun serangan untuk menggenggam pikiran pembaca. Mungkin Anda gagal melibatkan jiwanya sehingga gagal mendapatkan respons terbaiknya. Coba kita ingat-ingat lagi ucapan populer dari David [...]

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 22 Aug 2011 08:21 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Gambar Seksi Luna Maya Berbikini Di Pantai

Posted: 22 Aug 2011 08:19 PM PDT

Berikut adalah koleksi gambar seksi luna maya yang sedang berbikini di tepi pantai:

Kelebihan Si Tangan Kidal

Posted: 22 Aug 2011 08:08 PM PDT


Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal. 

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

Saintis Mencadangkan Kapal Angkasa Untuk Menyelamat Bumi Daripada Asteroid Apophis

Posted: 22 Aug 2011 08:05 PM PDT

Sekumpulan saintis China daripada Universiti Tsinghua telah mencadangkan cara untuk menghalang Apophis menghemtam bumi, sebuah asteroid 46 juta tan pada 2036.

Shengping Gong, Junfeng Li dan Xiangyuan Zeng daripada Universiti Tsinghua di Beijing, China, telah menerbitkan artikel ‘Kajian dalam Astronomi’ dan ‘Astrofizik (RAA)’, mencadangkan untuk meletakkan kapal angkasa kecil sebagai pemandu kepada asteroid itu daripada menghentam Bumi pada 2036.

Astroid Apophis, berdiameter 270 meter akan mendekati Bumi 37, 000 hingga 38,000 pada 2029. Pada 2036, Apophis akan kembali dan menghentam Bumi pada 13 April 2036. Dengan menggunakan ‘solar sail’, kumpulan itu dapat mengubah kedudukan dan haluan astroid daripada menghentam Bumi.

Daripada jasil kajian mendapati, ‘solar sail’ yang beratnya 10 KG itu yang dilepaskan ke angkasa setahun awal bergerak pada kelajuan 90 km/saat dimana jika berjaya, dia akan mengubah haluan Apophis 600m ke kawasan kurang merbahaya pada 2029 untuk mengelakkan ia kembali ke Bumi pada 2036.

Astroid yang ditemui 2004 itu merupakan ancaman merbahaya terhadap planet kita, NASA memberitahu berkemungkinan asteroid itu akan berkecai dan menyerang bumi dalam bentuk kecil.

 

Tarikh Perkahwinan Ezlynn

Posted: 22 Aug 2011 07:50 PM PDT

 

pix_gal0

TARIKH 11.11.11 semakin hampir. Buat insan lain barangkali ia sekadar angka menarik namun berbeza dengan penyanyi, Ezlynn apabila pada tarikh itulah dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan sekaligus mengucapkan 'bye, bye' kepada zaman solonya.

Sejak tahun lalu sememangnya penyanyi lagu lagu Hi! Hi! Bye, Bye itu secara terbuka sudah memilih tarikh untuk hari keramatnya cuma hingga kini masih belum bersedia mendedahkan siapa bakal suaminya.Puas memujuk, si jelita yang bakal menyambut ulang tahun ke-30, September ini masih berahsia malah mengakui hanya bersedia merungkai segala persoalan sebaik kad undangan perkahwinan siap.Adakah si dia jejaka yang sentiasa berada di sisinya sejak dulu atau Ezlynn sudah menemui insan baru? Hanya tawa kecil kedengaran sebaik persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.

"Ya! Perancangan ke arah (kenduri) itu sedang berlangsung sebab harinya sudah semakin hampir. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga banyak membantu terutama ibu yang menjadi perancang utama majlis.

"Begitupun, siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian… apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan," katanya ketika ditemui selepas majlis peragaan fesyen hari raya di sebuah pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Harga Emas terus Melonjak Tinggi Di Pasaran Dunia

Posted: 22 Aug 2011 07:34 PM PDT

 

Melonjak ke paras RM180 segram

HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.
Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.
Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

"Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi," katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

"Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu," jelas seorang penganalisis pasaran.

"Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini," tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya

Haiwan Peliharaan Nanu Bahruddin adalah ANJING

Posted: 21 Aug 2011 11:11 PM PDT

Gempar apabila seorang artis memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan di rumahnya. Artis tersebut ialah Nanu Bahruddin yang mengambil anjing sebagai haiwan kesayangan di rumah nya.Memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan adalah HARAM di sisi agama ISLAM.


Azwan Ali Dan Didie Alias Bergaduh Di Twitter

Posted: 21 Aug 2011 11:05 PM PDT

Berikut adalah status twit di twitter diantara Azwan Ali dan Didie Alias yang bergaduh di laman sosial Twitter.

 








 

Kolam Renang Paling Padat di Dunia

Posted: 21 Aug 2011 10:59 PM PDT

 

DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.

Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.
Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati

Allah Maha Kaya Apabila Seorang Lelaki Ditikam lapan kali, namun masih hidup

Posted: 21 Aug 2011 10:56 PM PDT

KUALA PILAH 21 Ogos – Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang.

Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini.

Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.

Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.

“Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang ‘mayatnya’ di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.

“Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai.

“Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya,” ujarnya.

Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.

Marion Mengandung Anak SM Nasarudin

Posted: 21 Aug 2011 10:50 PM PDT

 

Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Pasti comel dan 'meletop' wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini. Maklumlah gabungan acuan berdarah campuran, si ibu yang jelita dan tampan pula bapanya.

Marion sangat gembira apabila dirinya disahkan mengandung kerana dia memang berharap terus mengandung selepas berkahwin. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Marion jugak dikatakan sangat 'enjoy' melalui proses kehamilannya yang tidak banyak ragam.

Kami berharap Marion selamat melahirkan bayi sulungnya kelak dan kehadiran permata hati mengukuhkan lagi cintanya dan suami. Tahun depan, Aidil fitri pastinya disambut lebih ceria dengan kehadiran anak. Tahniah!

 

Arsene Wenger Tidak Akan Tinggalkan Arsenal

Posted: 21 Aug 2011 10:44 PM PDT

 

Wenger tidak tertekan, anggap kekalahan belum mencetuskan rasa panik

LONDON: Selepas Arsenal dimalukan Liverpool 2-0 di laman sendiri kelmarin, pengendalinya Arsene Wenger tampil menegaskan dia tidak berasa sebarang tekanan tambahan dan tidak akan sesekali meninggalkan kelab berkenaan.

Wenger mula dikritik selepas kegagalannya membawa masuk pemain sepanjang jendela perpindahan, dan bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein memberi amaran minggu lalu yang rakan baiknya itu (Wenger) mungkin ditunjuk pintu keluar Stadium Emirates.Namun Wenger yang agak kecewa tewas dengan dua gol lewat permainan selepas Emmanuel Frimpong dibuang padang, menafikan sebarang kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu. “Saya tidak akan berganjak dari sini,” kata Wenger.”Saya akan terus memberikan usaha terbaik kepada kelab ini. 

Kita masih di permulaan musim dan memang mengecewakan apabila kalah. Tetapi belum ada gempa bumi (untuk saya panik).

“Kita berada dalam persekitaran di mana setiap kekalahan dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. Saya sentiasa merasai tekanannya, tetapi ia tidak lebih daripada biasa. Cuma saya setuju keputusan itu (buang padang) agak keras.”

Wenger tetap menurunkan Samir Nasri dalam kesebelasan utama walaupun ada laporan mengatakan pemain tengah Perancis itu hanya beberapa hari daripada menyempurnakan perpindahannya ke Manchester City.
Laporan dari Perancis mengatakan rundingan terhenti sementara kelmarin, walaupun Wenger menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai status rundingan berkenaan.

“Saya sudah cuba untuk mengekalkan Samir Nasri dan saya tidak pernah berubah fikiran,” kata Wenger. “Dia sukakan kelab ini. Kami mungkin perlu menjualnya juga tetapi buat masa ini, dia gembira.” – AFP

Akhbar Indonesia Kompas Meminta Maaf

Posted: 21 Aug 2011 10:36 PM PDT

NAJIB menerima kunjungan Harianto yang menyampaikan permohonan maaf secara lisan, di Putrajaya, Khamis lalu.

NAJIB menerima kunjungan Harianto yang menyampaikan permohonan maaf secara lisan, di Putrajaya, Khamis lalu.

Akhbar Indonesia akui fitnah PM, isteri beli cincin AS$24j, isu beli kapal selam, keluarga menantu ada hubungan mafia

KUALA LUMPUR: Akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan pada 4 Ogos lalu.

Permohonan maaf itu berkaitan tulisan yang mengaitkan Rosmah dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membeli kapal selam Scorpene, membelanjakan AS$24 (RM72 juta) untuk membeli cincin berlian serta bakal menantu Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Russia.Ia disampaikan secara peribadi oleh sidang redaksi Kompas, diketuai Pengarang Berita Antarabangsa, Jimmy S Harianto, dalam pertemuan di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis lalu. Akhbar itu juga menyiarkan ucapan maaf pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bagu pada Sabtu lalu.Dalam pertemuan khas dengan wartawan politik, Iwan Santosa yang diterbitkan secara elektronik dan cetak akhbar itu, Najib menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila membaca artikel itu yang disifatkannya sebagai tidak benar.

"Saya terperanjat dengan kandungan tulisan itu, sebab faktanya saya tahu tidak benar sama sekali. Tambahan pula ia mengaitkan nama ketua kerajaan negara jiran yang hubungan kita itu amat penting sekali," kata Najib.

Laporan fitnah mengaitkan Perimekar Sdn Bhd dengan Rosmah adalah tidak benar. Selain itu, laporan kononnya Rosmah menghabiskan AS$24 juta untuk sebentuk cincin juga tidak benar dan cincin itu tidak pernah dipesan sama ada untuk dibeli atau sebagai bahan pameran. Tulisan yang mengaitkan keluarga atau calon keluarganya sebagai mafia Russia juga disifatkan Najib sebagai tidak berasas.

"Atas laporan itu, pemimpin redaksi Kompas di Jakarta, Rikard Bagun, secara khusus menyatakan permohonan maaf kepada 'ketua negara dan keluarga'," kata laporan itu.
Harianto yang dihubungi Bernama, berkata beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf kepada Perdana Menteri ketika pertemuan itu dan Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan itu.

Pada pertemuan itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Perdana Menteri yang ditanya mengenai harapan Malaysia terhadap Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat dari segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan unik. Kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini dan saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," kata Najib.

Perdana Menteri juga yakin isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara dapat diselesaikan, namun kedua-dua pihak harus berkompromi jika mahu mencari penyelesaian politik.

Gaji Bawah RM3000 akan Mendapat Imbuhan

Posted: 21 Aug 2011 09:05 PM PDT

 

 

PEMANDU jalankan kajian dalam Bajet 2012 bantu rakyat miskin

IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan."Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012."PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci," katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

"Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.
"Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana," katanya.

 

sumber:BeritaHarian

Isi Ulang Indosat Penuh Senyum

Posted: 22 Aug 2011 07:40 PM PDT

Isi Ulang Indosat Penuh Senyum

Link to Operator Seluler Indonesia

Isi Ulang Indosat Penuh Senyum

Posted: 22 Aug 2011 02:13 AM PDT


Untuk semua pelanggan Indosat selama bulan Ramadhan dan Lebaran ini, nikmati promo Isi Ulang Indosat Penuh Senyum. Setiap pembelian pulsa Indosat di Indomaret, Yomart, Bright Store, Hypermart, Alfamart, Alfamidi, Alfa Ekspress, SB Mart & Carrefour akan mendapatkan hadiah – hadiah menarik sebagai berikut :

Beli Pulsa Indosat di INDOMARET

  • Berhadiah 1 kotak Buavita 250ml tiap isi ulang pulsa Rp 50.000
  • Berhadiah 3 kotak Buavita 250ml tiap isi ulang pulsa Rp 100.000

Beli Pulsa Indosat di YOMART

  • Berhadiah voucher Yomart Rp 5.000 tiap isi ulang pulsa Rp 50.000
  • Berhadiah voucher Yomart Rp 10.000 tiap isi ulang pulsa Rp 100.000

Beli Pulsa Indosat di BRIGHT

  • Dapatkan harga khusus (hanya Rp 52.500) setiap pembelian pulsa Indosat Rp 50.000 dan Mizone
  • Promo hanya berlaku di Bright Managed by Pertamina

Beli Pulsa Indosat di HYPERMART

  • Berhadiah Del Monte Extra Hot 200ml tiap isi ulang pulsa Rp 50.000
  • Berhadiah Marjan Squash 600ml (Orange/Cocopandan) tiap isi ulang pulsa Rp 100.000

Beli Pulsa Indosat di ALFAMART, ALFAMIDI & ALFAEXPRESS

  • Berhadiah 2 Botol Mizone 500ml tiap isi ulang pulsa Rp 50.000
  • Berhadiah 4 Botol Mizone 500ml tiap isi ulang pulsa Rp 100.000

Beli Pulsa Indosat di SB MART

  • Bisa beli Teh Celup Jasmine Sosro isi 25 dengan harga khusus tiap isi ulang pulsa Rp 50.000
  • Bisa beli gula lokal ukuran 1 kg dengan harga khusus tiap isi ulang pulsa Rp 100.000

Beli Pulsa Indosat di CARREFOUR

  • Dapat bonus bicara 20%, diterima sehari setelah pembelian atau pengisian pulsa dan berlaku untuk pemakaian jam 00.00-17.00

Syarat & ketentuan:

  1. Program berlaku mulai tanggal 1 Agustus samapi dengan 30 September 2011
  2. Berlaku untuk setiap pengisian pulsa minimal Rp 50.000 dan Rp 100.000
  3. Jenis hadiah ditentukan oleh jumlah pulsa yang dibeli dan toko tempat pembelian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar