Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Jumat, 08 Juli 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 06 Jul 2011 07:04 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


LIVE STREAMING KELANTAN VS SABAH 6 Julai 2011

Posted: 06 Jul 2011 07:07 AM PDT

Perlu Ke Kita Jadi Top Blogger Untuk Berjaya Dalam Berblogging?

Posted: 06 Jul 2011 02:12 AM PDT

topBlogger1 Perlu Ke Kita Jadi Top Blogger Untuk Berjaya Dalam Berblogging?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ini bertanya kepada rakan-rakan sekalian.Perlu ke menjadi Top Blogger untuk berjaya didalam berblogging ini?Jika ditanyakan pada saya tak perlu pun.Siapa yang layak digelar Top Blogger?Ia terlalu subjektif.Betul tak?

Orang yang seperti saya yang amat menitikberatkan kepada trafik dan juga earning blog,seseorang yang mempunyai trafik yang tinggi serta mendapat earning bulanan yang tinggi daripada blog diklasifikasikan sebagai Top Blogger.Itu bagi saya lah tetapi pendapat korang mungkin lain.

Ada yang mengatakan blog yang mempunyai peminat yang ramai adalah Top Blogger.Tulis satu perenggan pun dah cukup setiap hari,nak bagi tahu masuk jari terluka sahaja,tetapi komen berpuluh-puluh.Itu penangan blogger popular.Saya lebih minat memanggil Top Blogger kepada orang yang memang betul-betul layak dipanggil.Dengan kata lain,orang yang expert dalam sesuatu bidang.

Untuk berjaya didalam dunia blogging ini,kita tak perlukan populariti tetapi kita perlukan kualiti.Di Internet orang tak kisah korang ini handsome ke,cantik ke,cute ke,apa yang orang kisahkan adalah apa yang kita ingin sampaikan kepada orang lain.Baik yang kita sampaikan,baiklah kita.Buruk yang kita sampaikan,buruklah kita.

Dibawah ini antara feedback yang dapat di Facebook 2DayBlogger.Com.Banyak isu-isu menarik yang dibincangkan setiap hari di Facebook berkenaan.Jika berkesempatan,silalah join perbincangan berkenaan.

Feedback Pertama:-

berjaya itu subjektif.same macam dalam blogging

ada orang die anggap berjaya bile dapat duit ribu2 dari blog

ada orang die da rasa berjaya bile orang dapat banyaaakkkk manfaat dari tulisan die

ape2 pon,bile kite jadi ‘top’ jangan lupe siapa kite di permulaan

sebenarnya x de perkataan top,cuma dikenali ramai..ade blogger top ( hebat ) tapi rendah diri,tak nak orang tahu blog die

Feedback kedua:-

ramai yang top ( dikenali ramai ) tapi sampah.die sebar fitnah,die sebar gambar seksi

adekah itu top yang kite carik ?

lebih baik menjadi picisan tetapi sedar akan soal tanggungjawab serta nilai2 islam..

perbanyakkan artikel islamik,semoga blog anda dapat banyak manfaat darinya

Cuba jauhi daripada menggunakan blog untuk menyebarkan fitnah @ menulis benda-benda yang memalukan diri sendiri atau orang lain.Kalau boleh jadi ikut cara blog-blog politik diluar sana yang menggunakan bahasa kesat,bahasa lucah.Tak kiralah kita suka @ tidak suka,gunalah bahasa yang sopan.Nak mengata orang pun,ada bahasa yang sopan.Berbudi bahasa amalan mulia.

Tak kisahlah dimana pun kita,berblogginglah secara sihat dan berilmiah.Banyak benda yang boleh kita lakukan di blog ini.Hebat @ tidak hebat blog itu bergantung kepada artikel dan penulisannya.Bukannya header blog mahupun rupa paras blogger berkenaan.Teruskan berblogging dan sebarkan lebih banyak benda-benda yang bermanfaat diblog masing-masing.Insya-Allah.

Sekian.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:

20 Perkara Yang Membuatkan Perempuan Benci Lelaki?Betul Ke Ni?

Posted: 05 Jul 2011 09:58 PM PDT

 

20 perkara 20 Perkara Yang Membuatkan Perempuan Benci Lelaki?Betul Ke Ni?Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Saya suka membaca tip-tip yang dikongsikan dibawah ini.Jadi rasa ingin memberikan sedikit komen mengenai point-point yang telah dinyatakan dibawah dan pada masa yang sama,cuba menilai diri sendiri.=)

20 Perkara Yang Membuatkan Perempuan Benci Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Meninggikan suara?tak kot..saya tak suka marah-marah dan tak suka juga dimarahi.Saya pun akan melenting jika marah tak tentu pasal.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Tak pernah lagi main kayu tiga,kayu empat penah lah kot..haha..gurau je.Tak pernah buat tetapi pernah terkenalah satu masa dulu…haha

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Perkara biasalah ni rasanya..cuci mata bukannya cuti hati @ perasaan.Betul tak?perempuan pun sama.Pantang dengan lelaki handsome,terus puji-puji.Entah baik entah tidak.

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

Mungkin bukan mengongkong tetapi prihatin @ terlebih sayang takut awek dikebas orang..

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Ego tu mmg sifat manusia.Tapi terlebih ego memang rasa nak bagi Rider Kick sekali kan?haha..

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Adakalanya terpaksa menipu juga untuk menjaga hati masing-masing.Tetapi perempuan pun sama je..Suka menipu juga.Dalam bilik message sayang,sayang dengan orang lain.Esok padamlah message tu.Takut pakwe baca.Tak gitu?

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

Perempuan pun perasan juga.Kalau tak perasan,takkan letak gambarkat header blog besor-besor kot?hahaha…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

No komen lah sebab lelaki perempuan semua ada sikap ini.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Menarik point ini.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

Bukan cemburu tetapi risau..tol tak?haha

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

Ini jauh sekali lah.Saya memang mata duitan tapi hasil daripada kerja keras sendiri lah.Tak mainlah minta duit dengan perempuan.Nak beli rokok pun minta duit dengan awek.Apa kes bro?Awek pun tanpa segan situ hulur duit kat pakwe.Itu baru pakwe,lum jadi suami agi.Nak ke suami macam tu?

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

Kerjaya saya adalah blogging.haha..Leh dikira sebagai kerjaya tak tu?Oneday saya ingin mempunyai syarikat sendiri.Nak jadi businessman =)

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Ini perempuan yang bodoh lah jika dapat bertahan dengan lelaki jenis ini.Baru  jadi pakwe tetapi dah suka tampar dan sepak terajang.Kalau kahwin nanti macam mane?Handsome mane pun kalau panas baran,tak bahagia rumah tangga.Tak gitu?

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

Kalau dah tahu yang korang tak suka lelaki merokok,kenapa nak gi kapel dengan perokok.Bodoh tol.”Dia handsome,kacak.Saya terima dia seadanya”.Kalau dah terima seadanya tu,tanggung sendiri lah.Point ini tak boleh diterima sebab menonjolkan kebodohan perempuan…haha..

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Ini memang pengotor,tapi ada je kawan saya yang jenis macam ini.Meludah merata-rata tapi ada awek cun.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

Mungkin ini lelaki tak tahu malu…

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Selagi tak bergelar suami isteri,kawan-kawan harus diutamakan sebabnya belum tentu lagi si dia akan menjadi isteri kita nanti.Baik kita luangkan masa bersama rakan-rakan daripada si dia..haha..

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Lelaki perempuan sama sahaja.Tiada bezanya..

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Perempuan pun suka putar belit jugak

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Tak ada bezanya,perempuan pun sama.Suka kontrol comel or cantik.Lepas tu suka buat pose2 yang dirasakan comel dan upload kat Facebook.Lepas tu suka bila orang like dan kata dia comel.tak gitu?

Bagilah banyak mana pun sikap yang korang tak suka pada lelaki,semua itu akan balik kepada diri korang juga.Kalau korang dah tak suka sikap lelaki tu,nasihat lah dia.Betul kan dia.Tak guna kalau merapu kat blog cerita pasal pakwe or awek korang tu tetapi tegur secara direct pada mereka masalah takkan selesai juga.Tak gitu?

Kesimpulannya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kelebihan itu kita gunakan sebaik mungkin dan jika terdapat kekurangan itu,tegurlah dan nasihat lah supaya kekurangan itu boleh dibetulkan.Insya-Allah.

Tip Diatas ditulis oleh http://ilaisnila.blogspot.com

Baca Artikel Yang Berkaitan:


blog kisah kuat main dengan awekperempuan suka tgk apa pada lelaki

Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011:Steven Gerrard Tidak Akan Bermain!

Posted: 05 Jul 2011 08:32 PM PDT

malaysia vs liverpool Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011:Steven Gerrard Tidak Akan Bermain!
Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Berita kurang menarik bagi peminat pasukan Liverpool dimana untuk perlawanan Malaysia vs Liverpool pada 16 Julai 2011 nanti,kapten pasukan Liverpool,Steven Gerrard tidak dapat beraksi di Stadium Bukit Jalil.

Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.

"Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China," kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. "Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat."-BHarian

Memang satu kerugian bagi peminat Liverpoor kerana tidak dapat melihat secara dekat permainan Steven Gerrard kali ini.Insya-Allah,mungkin kita akan dapat menyaksikan Steven Gerard menentang pasukan Malaysia pada masa akan datang.

Malaysia dijadualkan akan menentang Liverpool pada 16 Julai di Stadium Bukit Jalil dan ini merupakan latihan yang bagus sebelum menentang pasukan Singapura pada 23 Julai nanti.

  • Date: 16 July 2011 (Saturday)
  • Venue: Bukit Jalil National Stadium
  • Time: 5.45pm

Mari kita nantikan perlawanan yang menarik diantara pasukan Malaysia dan juga Liverpool nanti.Sekian.

Baca Artikel Yang Berkaitan:


mas vs liverpoolsteven gerrard in malaysia

Perhimpunan Bersih 2.0: Berjayakan Perhimpunan Ini Nanti?

Posted: 05 Jul 2011 07:48 PM PDT

perhimpunan bersih 2 0 Perhimpunan Bersih 2.0: Berjayakan Perhimpunan Ini Nanti?Sekarang ini heboh tentang perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 nanti.Setelah berbincang dengan Sultan Mizan,Yang Dipertua Agong semalam,penganjur menerima cadangan YDPA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di stadium.

Yang bermain didalam fikiran saya adalah adakah perhimpunan ini akan berjaya nanti?Berjaya bukan bermaksud ada orang ramai turun ke stadium memakai baju berwarna kuning tetapi berjayakah matlamat dan objektif perhimpunan itu nanti?

  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Bagi pendapat saya semua tuntutan diatas boleh dicapai dengan cara aman.Tak perlu nak berdem0-demo,tak perlu nak buat perhimpunan besar sebegini.Dulu kita merdeka pun dengan cara toleransi,bukannya kita menang berperang dengan komunis @ British.Betul tak?Kita hantar rombongan ke England untuk berjumpa dengan Ratu England untuk menuntut kemerdekaan.Adakah korang lupa tentang sejarah itu?

Samalah dengan situasi hari ini.Jika kita berfikiran terbuka dan bersikap toleransi antara satu sama lain,Insya-Allah,kita mampu kekalkan keamanan negara.Kerajaan ada peranannya dan pembangkang ada peranannya.Kedua-dua pihak harus bijak menggunakan kuasa masing-masing supaya Malaysia terus maju ke depan bukannya berlumba-lumba mengedarkan video lucah ahli politik,menfitnah satu sama lain @ berebut-rebut menjadi Perdana Menteri.

Besar tanggungjawap menjadi pemimpin ni.Diakhirat nanti Allah akan tanya sepanjang menjadi pemimpin apa yang telah dilakukan untuk Agama dan rakyat jelata.Pedihnya.Seksaan Api Neraka itu lebih pedih daripada hukuman sebak di penjara.Mungkin kita lupa perkara ini,mungkin kita ingat menjadi pemimpin rakyat,menjadi Perdana Menteri ini,kita akan menjadi kaya raya,hidup mewah tetapi itu cuma sementara.Betul tak?

Kembali kepada topik hari ini,apa yang saya maksudkan dengan berjaya adalah adakah perhimpunan ini akan disertai oleh kaum majmuk yang lain,cina dan india?atau kemungkinan yang datang adalah 80% melayu.Adakah itu akan dikira berjaya?Jika kedatangan pada 9 julai 2011 itu,kaum melayu melebihi 50%,rasanya perhimpunan ini gagal sebaliknya jika 50% melayu,20% cina,20% india dan 10% lain-lain,barulah perhimpunan ini akan berjaya.Disitu kita akan nampak sokongan daripada semua bangsa di Malaysia ini.

Kenapa saya berkata demikian?sekarang nanti jika berlaku pergaduhan semasa perhimpunan itu @ perkara-perkara di luar jangkaan kita,orang lain akan ketawakan kita.”Tengoklah tu orang melayu,bergaduh sama sendiri”.Orang lain pun berkata,”Biarlah melayu bergaduh dengan melayu,janji ekonomi kita pegang,janji kita yang jadi kaya”.Pernah tak korang berfikir benda itu?

Jika tak pernah,mulakan berfikir mengenai perkara itu mulai sekarang ini….

Sekian…

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:


india bergaduh dengan melayutentang perhimpunan bersih 2011

KL Gangster 2011 Movie Download

Posted: 05 Jul 2011 07:11 AM PDT

KL Gangster Poster KL Gangster 2011 Movie Download

Download KL Gangster 2011

MEDIAFIRE

AVI (699MB)
Part 1 –>> DOWNLOAD KL Gangster VIA MEDIAFIRE
Part 2 –>> DOWNLOAD KL Gangster VIA MEDIAFIRE
Part 3 –>> DOWNLOAD KL Gangster VIA MEDIAFIRE
Part 4 –>> DOWNLOAD KL Gangster VIA MEDIAFIRE

 

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


download kl gangster full moviekl gangster movie downloadkl gangster full movie free downloadkl gangster part 1 full moviekl gangster 2011 full movie downloadKL Gangster 2011 Full MovieKL Gangster Full Video Downloadkl gangster mediafirekl gangster movie download media firekl gangster movie download mediafirekl gangster part 1kl gangster part2KL-Gangster-2011-movie-downloadblogspot kl gangster full moviekl gangster full movie mediafire

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

LIVE STREAMING MALAYSIA VS LIVERPOOL 16 JULAI 2011

Posted: 03 Jul 2011 08:46 PM PDT

malaysia vs liverpool LIVE STREAMING MALAYSIA VS LIVERPOOL 16 JULAI 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Berita kurang menarik bagi peminat pasukan Liverpool dimana untuk perlawanan Malaysia vs Liverpool pada 16 Julai 2011 nanti,kapten pasukan Liverpool,Steven Gerrard tidak dapat beraksi di Stadium Bukit Jalil.

Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.

"Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China," kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. "Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat."-BHarian

Memang satu kerugian bagi peminat Liverpoor kerana tidak dapat melihat secara dekat permainan Steven Gerrard kali ini.Insya-Allah,mungkin kita akan dapat menyaksikan Steven Gerard menentang pasukan Malaysia pada masa akan datang.

Malaysia dijadualkan akan menentang Liverpool pada 16 Julai di Stadium Bukit Jalil dan ini merupakan latihan yang bagus sebelum menentang pasukan Singapura pada 23 Julai nanti.

  • Date: 16 July 2011 (Saturday)
  • Venue: Bukit Jalil National Stadium
  • Time: 5.45pm

Mari kita nantikan perlawanan yang menarik diantara pasukan Malaysia dan juga Liverpool nanti.Sekian.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar