Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Sabtu, 16 Juli 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


[vitta-q.com]Reminder: Indonesia International Motor Show 2011

Posted: 15 Jul 2011 02:36 AM PDT

Mr. Mazlan,


IIMS 2011 yang ke-19 sebentar lagi akan diselenggarakan.

Pameran yang akan diadakan pada 22 - 31 Juli 2011 di JIExpo Kemayoran ini kembali menawarkan beragam fasilitas dan acara pendukung agar para pengunjung merasa nyaman.

"Acara tahun ini selain diisi oleh beragamnya mobil yang diperlihatkan di pameran, IIMS juga akan diisi dengan berbagai kegiatan pendukung yang mencerminkan kepedulian industri otomotif dengan isu-isu di luar otomotif," ujar Johnny. Acara sosial ini diharapkan akan mampu menarik pengunjung untuk datang ke acara the 19th Indonesia International Motor Show.

Acara-acara yang telah disiapkan panitia, diantaranya seperti acara Kunjungan Penyandang Cacat, Sumbang Buku, Students Day, Kunjungan Anak Yatim serta Donor Darah. Tour for the Disabled akan diselenggarakan pada Senin, 25 Juli 2011. Sedang pada Kamis, 28 Juli 2011 IIMS akan oleh beberapa program acara, yakni Students Day, Kunjungan Anak Yatim, dan Sumbang Buku yang pada tahun ini akan di berikan kepada mobil pintar SIKIB (Solidaritas Istri Kabinet Indonesia Bersatu). Program acara Donor Darah IIMS pada tahun ini akan berlangsung dua kali, yakni pada 28 & 30 Juli 2011. Kegiatan-kegiatan tersebut merupakan bagian dari program tanggung jawab sosial IIMS.

Selain itu, pihak penyelenggara juga memberikan berbagai dukungan kepada beberapa lembaga seperti Dukungan terhadap Mobil Nasional dimana mobil yang akan berpartisipasi di acara ini antara lain Tawon, Fin Komodo, dan Gea. Booth mobil nasional berada di Hall C dan juga pada Test Drive area. "Kami juga memberi apresiasi kepada beberapa organisasi non-profit seperti WWF, dan UNICEF serta dukungan kepada berbagai universitas seperti ITB, UI, dan Trisakti. Mereka akan menempati booth Semi Permanent Hall B" tambah Johnny. Di tempat yang sama, pihak penyelenggara menyediakan satu tempat khusus untuk Persatuan Penyandang Cacat Indonesia (PPCI) untuk display program mereka.

Penyelenggaraan IIMS tahun ini juga didukung oleh berbagai macam acara promosi menarik yang diharapkan akan meningkatkan minat masyarakat untuk datang dan menikmati rangkaian acara IIMS. Program-program promosi yang baru antara lain program penyediaan paket travel Jakarta-Bandung bekerjasama dengan DAYTRANS travel yang memberikan promo "Beli 2Tiket PP dengan rute menuju IIMS, akan mendapatkan 1 tanda masuk IIMS secara gratis".

Biasanya pada acara ini tersedia diskon dan hadiah menarik bagi pengunjung yang ingin melakukan pemesanan kendaraan di lokasi.
Jadi selain bisa melihat langsung kendaraan incaran Mr. Mazlan, insentif diskon dan hadiah tambahan menjadikannya lebih menarik.

The 19th IIMS 2011 yang akan berlangsung pada 22 - 31 Juli 2011 di di JIExpo Kemayoran juga menyediakan grandprize berupa 1 unit mobil Toyota dan 1 unit Ford Fiesta bagi pengunjung yang beruntung.



Selamat berburu kendaran idaman, Mr. Mazlan!

Psst... saya juga sedang menabung untuk mendapatkan kendaraan idaman :-).


Go GREEN with VITTA-Q

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 14 Jul 2011 07:26 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Gambar Anak Rita Dan Aidil Yang Baru Dilahirkan Baru-Baru Ini

Posted: 14 Jul 2011 04:50 AM PDT

Hai semua….

Sungguh comel gambar anak Rita Dan Aidil yang dilahirkan baru-baru ini.Bagi siapa yang belum pernah tengok gambar anak terbaru Rita dan Aidil boleh layan dua keping gambar dibawah ini.

Layan…..

gambar anak rita dan aidil 2 Gambar Anak Rita Dan Aidil Yang Baru Dilahirkan Baru Baru Ini

gambar anak rita dan aidil 1 Gambar Anak Rita Dan Aidil Yang Baru Dilahirkan Baru Baru Ini

Macam-macam?comel kan?Yang lelaki boleh jadi pemain bola sepak nanti,yang perempuan boleh jadi pelakon..hehehe

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Penyokong Pasukan Malaysia Begitu Mengecewakan.Adakah Anda Tidak Bangga Dengan Malaysia?

Posted: 13 Jul 2011 09:52 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Malang tidak berbau bagi pasukan Malaysia dimana tewas ditangan Arsenal semalam dengan jaringan 4-0.Tapi yang lebih malang adalah sokongan daripada pihak penyokong yang hadir ke stadium dimana lebih ramai penyokong memakai Jersey Arsenal berbandingan Jersey Harimau Malaya.

Perkara ini turut dibincangkan di AM Krew Radio Hot FM pagi takdi.Bila saya membuat blog ini,terdapat beberapa komen peminat bola sepak negara yang kecewa dengan apa yang berlaku di Stadium tempoh hari hari.

Dibawah ini,saya kongsikan komen-komen daripada para pembaca blog 2dayblogger yang kecewa dengan apa yang berlaku semalam.

Komen 1

Assalamualaikum.

Sayang seribu kali sayang…Malaysia tertewas kepada pasukan Arsenal. Tetapi terlebih malang, mentaliti sebahagian rakyat Malaysia yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi mereka lebih menyokong kepada pasukan luar negara. Jangan lupa mereka menentang pasukan negara Malaysia, dan kita adalah rakyat Malaysia bukan rakyat Arsenal. Sebusuk-busuk pun pasukan negara kita, pasukan itu mewakili negara Malaysia dan kita sebagai rakyat. Semakin lama, semakin pupus semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia. Kepada pasukan Malaysia, jangan putus asa! Teruskan perjuangan menaikkan martabat sukan boia sepak kita di mata dunia. Buktikan pasukan Malaysia adalah pasukan yang hebat! Dan kepada pasukan Arsenal, jika kamu berkunjung lagi ke sini di lain waktu, kemungkinan kamu takkan layak bermain dengan pasukan Malaysia lagi kerana ketika itu Arsenal hanya bertaraf kelab atau negeri saja di Malaysia. Di saat itu, pasukan Malaysia hanya layak bermain dengan pasukan negara England bukan Arsenal! Maju Pasukan Malaysia! Maju Sukan Untuk Negara! Pasukan Malaysia Tetap Hebat!

Kata lagenda bola sepak Malaysia,Datuk Mokhtar Dahari, "If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag".

Komen 2

Saya amat menyokong 110% akan komen ini! Sedih juga tengok lebih ramai penyokong Arsenal yg guna jersi Arsenal ketika negara sendiri menentang mereka. Adakah mereka suka pasukan negara mereka sendiri Malaysia kalah 10-0 di tangan Arsenal?? mungkin mentaliti mereka perlu dirawat..dan jangan lupa pula untuk rawat hati2 mereka yang telah rosak…walluhualaam..

Komen 3

aku sokong 100 percent apa yang dikomen oleh Pasukan Malaysia tu..sepatutnya semua rakyat Malaysia yg pergi menonoton tu kena bagi sokongan padu kepada pasukan Malaysia..tak kira la awak tu fanatik fan arsenal ke..apa ke…yg penting tanah air sendiri..tanah tumpahnya darahku…

Komen 4

aku sokong malaysia…..tapi x salah nak pakai baju arsenal kan???,,,,kowang pergi ker stadium semalam??? walau ramai yg pakai baju arsenal hati tetap malaysia….kowang ingat senang ker nak pgl diowang dtg malaysia…..peminat sudah bagi full comitment untuk sokong malaysia…sebenarnye pihak fam yang x menyuburkan semangat patriotik penyokong kite…mana lagu NEGARAKU mase match semalam???? kemon laa….benda mcm ni la yg patot ader,,,,rata2x peminat sendiri masuk awal coz nak nyanyi lagu negaraku bagi sokongan padu,,,,walau luar pakai jersi arsenal,,,,dalaman masih terdengar ngauman harimau malaya!!!!

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?Sila kongsikan….

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Semak Keputusan UPU Lepasan STPM/Matrikulasi Dan Setaraf Online Dan SMS

Posted: 13 Jul 2011 09:30 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Rasanya sekarang ini pasti mereka yang menunggu keputusan UPU lepasan STPM Dan Matrikulasi sedang berdebar-debar kan?Jika dilihat dari feedback di Portal Pendidikan Malaysia,ramai yang sudah gelisah untuk menantikan hari esok.

Seperti biasa,semakan boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui SMS dan juga Online.Dibawah ini kami nyatakan kedua-dua cara untuk membuat semakan untuk esok:-

Semakan boleh dibuat melalui SMS dengan menggunakan arahan seperti dibawah ini:-

Taip UPU <jarak> RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan <jarak> dan hantar ke 15888

Contoh: UPU RESULT 960520115491 hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat secara online menggunakan link yang disediakan dibawah:-

*Server diatas hanya boleh digunakan selepas jam 12 tengahari!!!

Kesahihan mengenai masa untuk membuat semakan masih tidak diketahui.Mengikut sebelum ini,biasanya keputusan sudah boleh disemak mulai 12 tengahari.Tetapi kemungkinan besar akan berlaku server down,jadi anda dinasihatkan agak membuat semakan pada sebelah malam selepas jam 12 tengahmalam.

Jadi,bagaimana dengan perasaan anda sekarang ini?Pasti berdebar-debar menantikan 15 Julai 2011 kan?Baikkan berdoa.Insya-Allah,jika ada rezeki anda semua pasti akan dapat menyambung pelajar ke IPTA kelak.

Sekian.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:


esok boleh semak upu 15 julaimasa semakan keputusan upusemakan 15 julaisemakan keputusan upu lepasan stpm dan setaraf 2011semakan upu lepasan stpm dan setarafsemakan upu resultupu online stpm matrikulasiurl utk semak keputusan upu esok lepasan stpm

Permohonan Skim Pinjaman JPA Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2011

Posted: 13 Jul 2011 09:05 PM PDT

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.

Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

JENIS PINJAMAN

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:

  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

BIDANG PENGAJIAN

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;

  1. Bidang Krital
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)

Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 2011.
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu sampai di JPA selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2011.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA pada 23 September 2011.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA ini adalah 30 Julai 2011.

MAKLUMAN

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2011 atau di sini untuk maklumat yang lebih terperinci.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)Tel :03-8885 3436/ 3892/ 3564
    Faks :03-8889 2172
    E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

Sumber:Eputra

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar