Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Rabu, 13 Juli 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


DAW - XP

Posted: 12 Jul 2011 07:05 AM PDT

DAW - XP


Cheat CrossFire - F-CF MOD V4.6

Posted: 12 Jul 2011 01:13 AM PDT

Sebelumnya Saya pernah share Cheat CrossFire - F-CF MOD V4.5. Lalu ada request dari seorang blogger (anonymous) untuk share Cheat CF Terbaru, maka kali ini saya akan share Cheat Crossfire - F-CF MOD V4.6 yang di-update untuk melengkapi kekurangan dari versi sebelumnya. Cheat CF 12 Juli 2011 ini sudah dicoba dan work. F-CF MOD V4.6 ini adalah versi terbarunya dari hari ini dan di update hanya untuk pengunjung DAW-XP.

Cheat CrossFire - F-CF MOD V4.6

Cara Pake F-CF MOD V4.6:
- Pertama Extract di folder CrossFire Anda
- Buka kemudian klik "ok" ketika akan muncul pop-up
- Klik [get activation key]
- Klik Skip Ad, lalu klik get key di kiri bawah, copy kodenya dan paste di kolom cheat tadi..
- Kemudian buka CrossFire.

Keterangan:
Caranya sama saja dengan versi yang kemaren, namun jika sobat kesulitan dalam menggunakannya dan tidak work maka ikuti cara di bawah ini:
1. Buka F-CF MODZ.exe (Jika windows 7 gunakan dengan klik kanan > run as administrator)
2. Jalankan game seperti biasa, lalu login ke akun CF kamu.
3. Untuk tidak terputus dari game, keluar dari server selama 2 menit. PENTING!
4. Setelah 2 menit, silahkan masuk lagi dan selamat mencoba!

Features:
No Fall Damage
No Nade Damage
No Recoil
No Delay
Jump Hack
Shot Gun Spread
WallHack
Full Bright
CrossHair
Reload Time
Master Ghost
Speed
Walk Through Walls
Fly Hack
Spy
One Hit Kill
teleport hacks ( press [space] and w s a d to get to places in a moment )
mass attack ( zombie mode )
super zombie
super long-attack ( kill enemies from distance )

Result: Undetected

Ket: Untuk hotkeysnya, akan ada muncul sewaktu Anda bermain CrossFire, untuk menghilangkannya tekan home, untuk memunculkannya tekan insert.Gunakan panah atas dan panah bawah untuk melihat isi featuresnya.


Video Tutorial


Semoga cheat ini bisa bermanfaat bagi sobat semuanya. Tunggu lagi versi terbaru cheat crossfire lainnya hanya di http://daw-xp.blogspot.com.

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 11 Jul 2011 07:13 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku Di Facebook.UMT Buat Laporan Polis

Posted: 11 Jul 2011 06:45 PM PDT

hina lagu negaraku Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku Di Facebook.UMT Buat Laporan PolisAssalamualaikum dan salam sejahtera…

Seorang pelajar UMT telah mengubah lirik lagu Negaraku seperti yang boleh anda lihat didalam gambar diatas.Tindakan pelajar ini telah membuatkan rakyat Malaysia marah dan sebagai langkah tindakbalas,pihak UMT sendiri telah membuat laporan kepada pihak polis mengenai perkara ini.

Ini merupakan satu tindakan yang kurang ajar dan jelas tidak menunjukkan kematangan sebagai seorang mahasiswa.Sebelum membuat sesuatu berfikirlah secara rasional dan bijak pandai.Facebook itu dilayari oleh berjuta-juta orang di dunia ini.

Jika kita menunjukkan kebodohan kita di situ,maka bodohlah orang akan pandang kita,jika kita menunjukkan kita bijak,maka bijaklah orang akan pandang kita.Betul tak?

Renung-renungkan bersama…

Sekian..

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Kelebihan Bulan Syaaban,Islam Itu Indah!

Posted: 11 Jul 2011 06:18 AM PDT

NISFU SYAABAN Kelebihan Bulan Syaaban,Islam Itu Indah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Saya mencari kelebihan bulan Syaaban kerana ingin mengetahui kelebihannya.Benda-benda ini pernah diceritakan oleh ustaz/ustazah sejak daripada sekolah rendah lagi tetapi itulah,manusia mudah lupa..hehe..saya dah lupa akan kelebihan bulan syaaban ini,jadi saya gunakan si cantik molek,Mrs Google untuk mendapatkan maklumat yang saya mahukan dan terjumpa satu artikel yang bertajuk Kelebihan Bulan Syaaban….

Jom kita baca artikel mengenai kelebihan bulan syaaban dibawah ini….

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu pada-Nya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Bagi siapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, Allah haramkan tubuhnya dibakar oleh Api Neraka.Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Sumber:http://dakwah.org/blog/?p=299

Lihatlah berapa banyakkan kelebihan bulan Syaaban ini.Saya pun mahu mula berpuasa sunat.Mungkin tak mampu untuk berpuasa penuh tapi insya-Allah,akan cuba untuk berpuasa sunat sebanyak yang mampu mulai sekarang.Insya-Allah.

Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya.

Sekian

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


kelebihan bulan syaabankelebihan bulan islam/syaabankelebihan nisfu syaabankelebihan puasa bulan syaabannisfu syaban 2011puasa nisfu syaaban 2011rahsi nisfu syaaban

Gambar Neelofa Yang Seksi Dan Mendabik Dada

Posted: 10 Jul 2011 10:38 PM PDT

Nak tergelak membaca apa yang dituliskan oleh Bro Nara di blognya itu…

Penulis Harian Metro memang sangat-sangat sarcatik. Tajuk untuk entri Neelofa ialah Neelofa tidak mendabik dada, tetapi gambar photoshott yang diambil ….. Kepada penulis tersebut, Abang Nara suka dengan double meaning tajuk anda tersebut. Good job~~~-BeautifulNara.

neelofametro3 Gambar Neelofa Yang Seksi Dan Mendabik Dada

neelofametro Gambar Neelofa Yang Seksi Dan Mendabik Dada

neelofametro4 Gambar Neelofa Yang Seksi Dan Mendabik DadaMacam mana?cuba perhatikan gambar pertama diatas.Mendabik dada tak?hahaha..Lawak tol ar…

Kredit:BeautifulNara Dan MediaMalaya

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


gambar neelofaneelofa seksigambar neelofa seksigambar seksi neelofadada neelofaNeelofa hmetroneelofa facebookneelofa danneelofa bogneelofa blogspotneelofa blogneelofagambar sensasi neelofagambar nealofaNeelofa Tidak Mendabik Dada

Video Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu [Official Video HD]

Posted: 10 Jul 2011 10:09 PM PDT

Seorang Penyokong BERSIH Meninggal Dunia Ketika Perhimpunan BERSIH Di KLCC

Posted: 10 Jul 2011 09:43 PM PDT

bersih mati Seorang Penyokong BERSIH Meninggal Dunia Ketika Perhimpunan BERSIH Di KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Malang tidak berbau.Ajal boleh menemui kita dimana-mana sahaja.Semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada hari sabtu yang lepas,seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan setelah terkena gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.Menurut Isteri mangsa:-

“Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri,” cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitan dengan kematian ini,mungkin mangsa terjatuh selepas terkena water canon dan terhantuk di jalan raya atau juga mangsa sesak nafas setelah terkena semburan gas pemedih mata.

Walau apa pun,kita diakan rohnya dicurahi rahmat.Insya-Allah.Al-Fatihah.

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


bersih matibersih meninggalkematian di perhimpunan bersihbersih meninggal duniamati ketika perhimpunan bersihmeninggal semasa perhimpunan bersihmeninggal bersihkematian semasa bersihpenyokong bersih meninggalmati di Bersihseorang mati bersihmati di perhimpunan bersihmangsa perhimpunan bersihmati perhimpunan bersihpengkebumian penyokong bersih

Tindakan Buang UiTM Jika Ada Pelajar Terlibat Dalam Perhimpunan BERSIH!

Posted: 10 Jul 2011 09:08 PM PDT

logo uitm Tindakan Buang UiTM Jika Ada Pelajar Terlibat Dalam Perhimpunan BERSIH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Berkaitan dengan berita KPT tunggu senarai siswa berdemo ini,sebelum Perhimpunan BERSIH itu,saya ada terima email daripada Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dimana didalam emailnya itu terdapat seruan meminta agak para pelajar UiTM tidak terlibat dengan perhimpunan BERSIH hari sabtu yang lepas.

Email itu sebagai amaran kepada para pelajar UiTM dan sekiranya terdapat pelajar UiTM yang terlibat didalam perhimpunan itu akan dikenakan tatatertib seperti buang daripada UiTM.

Saya sebenarnya bercadang nak ke perhimpunan Bersih itu juga tapi bukan nak join perhimpunan itu,cuma nak tengok keadaan di perhimpunan itu dan update berita-berita dan gambar-gambar terbaru semasa perhimpunan berlangsung.Baru lah best.Baru blogger sejati..hehe

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.-MalaysiaKini

Saya tertarik dengan satu komen yang ditinggalkan di Malaysiakini.com yang berbunyi:-

Dalam bilik dekan..
Dekan UITM: kenapa kamu join demo BERSIH?
Pelajar UITM: saya xjoin saya terperangkap kat kl sentral.
Dekan UITM: abis tu kenapa kamu pakai baju kuning?
Pelajar UItm: oh.. saya nk join konsert GIG@TV9 , dG sponsor.
Dekan UITM: ….

Kelakar tetapi ada betulnya juga kata-katanya.Betul tak?Walau apa-apa pun,bila arahan dah dikeluarkan oleh VC,maka semua pelajar kena akur.Jika tak setuju,silakan isi borang berhenti UiTM.Ramai lagi nak masuk ke UiTM ini…

Saya tinggalkan satu persoalan kepada anda semua…Sila fikir-fikirkan…

Pelik aku. Belajar kat sekolah dan Universiti yg ditubuhkan oleh Kerajaan BN/UMNO, tapi menyokong pembangkang. Kenapa tak pergi belajar kat sekolah dan university yg ditubuhkan oleh pembangkang? Barulah adil, barulah bersih. Berapa ramai penyokong pembangkang menuntut ilmu di sekolah dan university yg ditubuhkan oleh BN? Selain sibuk menghambur duit kerajaan negeri dgn berpolitiknya, berapa banyak sekolah dan university yg ditubuhkan oleh pihak pembangkang?-MalaysiaKini.Com

Ada ke universiti yang ditubuhkan oleh pembangkang?

Sekian…

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


perhimpunan bersih berita terkini 11/07/2011berapa ramai perhimpunan bersihdemo uitm vs bersihhukuman kepada mahasiswa perhimpunan bersihsenarai nama pelajar yang hadir ke bersih

Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading.Forex Adalah Haram?

Posted: 10 Jul 2011 07:38 PM PDT

Hukum Forex Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading.Forex Adalah Haram?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bagi mereka yang bermain Forex,rasanya screen diatas sudah tidak asing lagi.Betul tak?Apabila ia berkaitan dengan wang ringgit,pasti kita akan bertanya halal haram wang berkenaan.Betul tak?

Saya membaca Entri yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin berkaitan Hukum Forex ini dan saya tertanya sendirian.Jika Forex itu haram,bagaimana dengan Bank?Bank juga menggunakan Money Exchange @ Forex untuk menambahkan pendapatan wang di bank mereka.Macam mana tu?

Soalan yang seterusnya adalah berkaitan dengan bank juga.Bank dengan kita sudah tidak boleh lari lagi.Betul tak?Pinjaman wang daripada bank akan dikenakan interest.Interest itu bukan riba ke?ke servis cas?Pinjam RM 10 ribu tetapi kena bayar RM 11 ribu or RM 15 ribu.Bukankan disitu ada unsur riba?Atau disebabkan taknak dipanggil riba,ia ditukar kepada servis cas..ke macam mana?Aduyai pening memikirkan semua ini…

Apa-apa pun,mari kita baca artikel Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading yang telah disediakan oleh Ustaz Zaharuddin dibawah ini:-

Setelah berhempas pulas melayan sebahagian bantahan, komentar dan tidak puas hati pedagang matawang asing ( Forex Trader) sejak tahun 2008, iaitu sejak dari awal saya menyediakan kajian ringkas yang dipaparkan di web ini, boleh dirujuk artikel tersebut di link berikut :-

1.    Hukum melabur dan berniaga Forex
2.    Hukum Leverage Haram.
3.    Perosak Forex Trader

Saya bersyukur kerana semalam telah diadakan satu muzakarah besar yang dihadiri  oleh lebih 200 orang ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, bankers dan peguam. Tiga kertas kerja dibentangkan.

Kertas kerja pula bukanlah disediakan oleh individu tetapi dibuat secara berkumpulan. Ini bermakna kertas kerja tersebut wajar diberikan lebih kredit kerana merupakan buah fikiran dan kajian secara kolektif yang sememangnya akan lebih kukuh berbanding kajian dan pandangan dari seorang individu. Bukan sekadar itu, malah kumpulan pengkaji juga telah mencuba sendiri berdagang melalui salah satu platform forex bagi mendapatkan kejelasan maksimum sebelum menyimpulkan sebarang hukum. Selain itu, mereka juga telah bertemu dengan penyedia platform FOREX itu sendiri di samping beberapa siri temubual dengan pedagang FOREX yang berpengalaman. Justeru, saya kira, perdagang FOREX tidak boleh sama sekali mempertikaikan kefahaman para pengkaji kerana penyelidikan mereka jauh lebih dalam dari hanya sekadar ‘pengalaman’, tambahan pula penyelidik juga menrima informasi rasmi dari pihak Bank Negara Malaysia selaku ‘regulator’.

KUMPULAN PERTAMA

Hasil daripada kajian kumpulan pengkaji pertama yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Kesimpulan mereka mencatatkan seperti berikut :-

"1.  Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi'ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay' alSarf)."

KUMPULAN KEDUA

Manakala satu kumpulan lagi datangnya dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-

"Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan 'pinjaman' dan jual-beli'.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep 'darurat' bagi transaksi 'bonafide'.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay' al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka."

PERANAN SAYA

Saya hanya berfungsi sebagai pengulas dalam majlis semalam. Secara dasarnya hampir kesemua kesimpulan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan adalah sama dengan kesimpulan yang telah saya simpulkan sejak tahun 2008 yang lalu, dengan itu, saya menyeru kepada semua pedagang matawang yang tidak berpuas hati dan menolak pandangan yang mengharamkan pedagangan matawang ini untuk berfikir kembali demi kebaikan iman dan pendapatan masing-masing.

DOWNLOAD KERTAS KERJA

Bagi mereka yang ingin mendapat kejelasan bagaimana kesimpulan tersebut dicapai, pembaca boleh download kertas kerja mereka ( yang belum diedit selepas muzakarah) untuk bacaan asas. Sebarang permasalahan bolehlah terus disampaikan kepada mereka.

Kertas Kerja Pertama (Kumpulan Pengkaji ISRA) – 735 KB

Kertas Kerja Kedua (Kumpulan pengkaji UUM) – 415 KB

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
1 Jun 2011

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?…

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading

Khidmat Negara PLKN 2012 Name List,National Service List Name 2012

Posted: 09 Jul 2011 06:38 AM PDT

Check status for Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012 name list can be check starting today. Candidates who was born on 1994 can check khidmat negara 2012 name list here. Here is the steps how to check khidmat negara 2012 name list.

Check PLKN 2012 status by SMS

Type: PLKN SEMAK [IC Number] and send to 15888

For example: PLKN SEMAK 940823065127 and send to 15888

If you are short-listed, you will receive SMS similar to the below:

PLKN Tahniah! 940823065127 MUHAMMAD HAFIZA BIN ABDULLAH terpilih menyertai PLKN Siri 9/2012

If you are not short-listed, you will receive SMS similar to the below:

Maaf! 940823065127 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012.
Terima Kasih.

*Each SMS sent will cost you RM0.35

Check PLKN 2012 via Online

To check status name list for PLKN 2012 online, please check via official khidmat negara website.

Thank you.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:


khidmat negara 2012 name listnational service 2012 name listkhidmat negara 2011 name listplkn check 2012plkn checknational service 2012nasional service 2012 name listhow to check plkn name list 2012check plkn 2012 name listnational service 9/2012national service name list 2011khimat negara list 2012Check PLKN 2012 via Onlinenasional service 2011 name listnama dipilih oleh khidmat-negara2012

Senarai Nama Calon PLKN 2012 & Semakan Keputusan Ke PLKN 2012

Posted: 09 Jul 2011 02:03 AM PDT

plkn Senarai Nama Calon PLKN 2012 & Semakan Keputusan Ke PLKN 2012

Semakan Program Latihan Khidmat Negara PLKN 2012.

Semakan calon bagi mengikuti program latihan khidmat negara  sesi 2012 boleh disemak mulai hari ini. Berikut adalah cara semakan bagi calon akan yang terpilih program khidmat negara 2012 .

Semakan boleh dibuat secara online ataupun melalui semakan sms.

Semakan Online PLKN 2012

  1. Sila layari laman web Khidmat Negara (Jika Tak Boleh Buka,Maknanya Server Down.Harap Maklum)
  2. isi nombor kad pengenalan anda
  3. Kemudian buat semakan.

Semakan PLKN melalui SMS

PLKN <space> SEMAK <space> IC Number dan hantar ke 15888

Kami ucapkan tahniah bagi mereka yang berjaya.

Baca Artikel Yang Berkaitan:


senarai nama plkn 2012senarai plkn 2012senarai semak plkn 2012senarai semakan plkn 2012Senarai nama calon plkn 2012plkn 2012 senarai namasemakan ke plknsemakan senarai nama plkn 2012semakan ke plkn 2012plkn 2012 semakan calonsemakan nama calon plkn 2012nama calon plkn 2012semakan nama plkn 2012calon plkn 2012senarai calon plkn 2012

Tidak ada komentar:

Posting Komentar