Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Ramai yang sudah menyertai Kontest SEO dan kebanyakkan memilih kategori Aku Seorang Blogger kerana ia lebih general berbanding kategori lain.Sangat-sangat menarik saya membaca entri yang telah dihantar oleh para peserta dan saya pun tertarik untuk menulis dan berkongsi pengalaman mengenai dunia blogging.
Maaf,entri agak panjang jadi sila baca sambil minum Tea-O panas dengan biskut k =)
KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2007

Saya mula berblogging sejak 2007 selepas saya tamat SPM.Dulu,saya suka bermain games dan semasa memasuki MRSM semasa tingkatan 4,saya sudah jarang bermain games dan minat untuk bermain games jadi kurang.Semasa di MRSM tu,saya tidak pernah sentuh komputer kecuali kena buat assignment.
Selepas tamat SPM itu,saya tidak tahu nak buat apa jadi saya hanya bermain Internet.Masa itu benda yang paling fames di dunia Internet adalah Investment Skim Cepat Kaya.Saya juga pernah bermain benda itu tetapi jujur saya katakan bukan senang nak dapat pulangan beribu-ribu @ beratus-ratus dengan mudah.Banyak duit habis ketika itu tetapi bukanlah guna duit saya tetapi duit ayah saya…huhu….
Setelah pengharaman investment berkenaan,saya mula menyertai Forum dan juga mula mengenai blog serta Google Adsense.Baru-baru ini,saya ada terjumpa satu blog yang berkata “Eh,sekarang ini 2DayBlogger.Com nak main Google Adsense pulak ke?”.Haha.Tergelak saya membaca statement itu.
Sebenarnya,dari mula lagi saya bermain dengan Google Adsense dan blog ini juga pernah memaparkan iklan Google Adsense tetapi telah dibuang kena akaun berkenaan kena Ban sebab mendapat klik yang begitu tinggi setiap hari.Blog ini boleh dapatkan lebih dari $10 sehari walaupun berbahasa melayu.Kalau tak silap saya,iklan berkenaan hanya bertahan selama seminggu.Mungkin mereka tidak percaya akan kemampuan blog ini dan menyangkakan ia adalah Fraud Click.
Semasa 2007 itu,saya hanya menggunakan platform blogspot dan masa itu belum tahu pun akan kewujudan WordPress.Org.Masa itu,tujuan utama saya berblogging @ mempunyai blog adalah semata-mata untuk menjana wang.Macam-macam jenis teknik pemasaran yang saya pelajari tetapi semuanya hampa.Masa itu saya ada banyak blog dan ada pelbagai jenis niche.
Tetapi nak dapatkan 1 klik sehari pun susah.Apatah lagi nak cashout dari Google Adsense.Lepas itu,saya pun give-up dan kebetulan masa itu,saya mendapat tawaran ke Matrik,jadi saya sambung belajar ke Matrik dan meninggalkan dunia blogging yang memberikan 1001 pengalaman pahit.haha
KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2008

Walaupun gagal mencapai matlamat pada tahun 2007,tetapi saya telah banyak belajar mengenai dunia blogging.Terima kasih kepada pada senior-senior blogger.Pada tahun 2008,misi Aku Seorang Blogger tidak tamat disitu sebaliknya bersambung pada tahun berikutnya.Blog berbahasa melayu yang satu adalah blog Faisaludeen.Com.Diblog ini saya banyak menulis mengenai tutorial programming dan sedikit mengenai kisah hidup.Walaubagaimana pun,selepas domain itu tamat tempoh,saya tidak renew domain berkenaan kerana bagi saya nama domain berkenaan tidak sesuai untuk dikomersialkan.Itu adalah blog pertama saya menggunakan wordpress.
Masa itu,sumpah saya masih tidak mengenali Nuffnang mahupun Advertlets apatah lagi Innity.Tetapi pernah membacanya di blog-blog orang lain tetapi tidak berminat untuk mengetahui benda-benda itu sebab tidak yakin dengan syarikat pengiklanan tempat.
Sebabnya dari dulu lagi,dilaporkan oleh rakan-rakan blogger,syarikat pengiklanan tempatan ini bermasalah dan susah nak membuat bayaran kepada publisher.Yang paling banyak dikritik adalah Advertlets.Tetapi saya tidak pernah terbuka untuk membuka laman web Advertlets dan pada masa itu,saya masih mempercayai Google Adsense.
Disebabkan saya menulis didalam bahasa melayu,jadi sukar untuk apply akaun Google Adsense dan disebab itu juga,saya menulis blog kerana ingin berkongsi ilmu yang saya ada.Masa itu saya sambung belajar di UiTM Terengganu dan mengambil sains komputer.Semasa saya decide mengambil Sains Komputer,saya ingatkan saya boleh mendalami lagi mengenai Internet dan menjadi seorang yang hebat mengenai dunia Internet.
Saya teruja melihat orang-orang puteh dimana walaupun masih kecil,umur antara 12 – 18 tahun tetapi sudah berjaya di Internet dan berjaya menghasilkan template,buat plugin,boleh buat flash,leh jadi expect dalam coding,mahir segala dalam bidang IT,boleh hasilkan blog yang berinformasti mengenai tech dan macam-macam lagi.Tapi realitinya indah khabar dari rupa.Apa yang dipelajari tidak menghala ke tujuan utama saya memilih Sains Komputer tetapi saya tetap yakin bahawa satu hari nanti,saya pasti berjaya dengan Internet.
Disebabkan kepercayaan untuk membuat duit dengan Adsense,jadi saya mula belajar untuk menjadi seorang blogger yang bagus.Mari terfikir ketika itu,apa sebenar blogger?dan bagaimana ingin menjadi seorang blogger hebat?Masa itu saya mula mendalami cara untuk menulis blog yang betul dan cara bagaimana ingin menulis supaya pembaca menyukainya.Banyak tip-tip yang saya baca mengenainya sehingga jemu dan tepu untuk membaca tip-tip blogging.
KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2009
Pada akhir tahun 2009,saya tertarik dengan nama blog 2day.Saya jumpa beberapa blog yang menggunakan nama 2day di Internet dan mereka menceritakan bagaimana mereka membuat duit dan income yang diperolehi sungguh membanggakan.Jadi saya berminat untuk memiliki blog yang mempunyai perkataan 2day dan last-last saya terfikir dengan nama 2dayblogger.com. 2day + blogger dan lahirlah blog ini di dunia Internet dan pertama kalinya saya menggunakan servis dari NetKL.Com.
Masa itu,saya hanya menggunakan pakej termurah dari NetKL tetapi terpaksa mengubah pakej dari semasa ke semasa sehinggalah saya menggunakan pakej paling mahal mereka ketika itu.Large Biz jika tidak silap.Masa itu plan VPS dan Dedicated Server masih tidak ada didalam senarai hosting mereka.Disebabkan blog ini kehabisan bandwidth dan tidak larat nak top-up RM 20 sehari walaupu menggunakan Large Biz yang mempunyai bandwidth 110 GB sebulan,akhirnya mereka tawarkan saya plan baru iaitu VPS plan dengan bayaran RM 110 sebulan disebabkan terlalu banyak menggunakan bandwidth serta masalah 500 error.Opppsss,silap-silap.Benda itu berlaku pada tahun 2011.Tapi ini cerita mengenai tahun 2009.hehe….
Tak banyak cerita pada tahun ini kerana tahun ini saya mula masuk ke UiTM dan kebanyakkan masa digunakan untuk belajar.Maklumlah baru masuk U katakan.hehe..Tapi pada masa itu saya belajar bermain Forex.Fuh,dah macam investment analysis dah masa tu.Tapi seriously,bukan mudah untuk berjaya dengan Forex jika tidak mempunyai asas yang kukuh.
The domain 2dayblogger.com was registered on December 7, 2009
KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2010
Pada tahun 2010 ini,saya masih tidak aktif lagi berblogging kerana awal tahun itu saya menjadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UiTM Terengganu dan kebanyakkan masa habis dengan persatuan pelajar ini.Blog pun jarang di update tetapi ia masih bergerak.Pada bulan Mac @ Mei,satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan berlaku dimana semasa saya sedang mengedit blog ini,tiba-tiba saya terbuang files Confiq.php dan menyebabkan blog saya down.Tak tahu nak buat apa masa itu dan pada masa itu ranking Alexa adalah dalam 700,000++.Disebabkan itu,saya terpaksa mulakan semula dari kosong.
Walaupun terpaksa memulakan semula tetapi ia tidak melunturkan semangat saya untuk terus berblogging.Semuanya berubah semasa saya mula mengenai perkataan Blogwalking.Entah apalah benda alah itu.Saya mula mencari mengenai blogwalking dan barulah saya tahu blogwalking adalah cara untuk meningkatkan trafik dengan melawat blog orang lain.Dulu tak pernah dengar pun perkataan itu.huhu..
Kemudian saya mula kenal dengan GengBlogger dan baru saya tahu dalam masa beberapa tahun ini,rupanya sudah terdapat ramai blogger di Malaysia.Dulu susah nak cari blog berbahasa melayu.Jika ada,itu pasti blog mereka-mereka yang sudah otai.Saya masih ingat bagaimana fenomena blogger ini berkembang.
Dari pemerhatian saya,fenomena berblogging ini berkembang pada tahun 2008 iaitu semasa pilihanraya.Masa itu nama blogger naik kerana ramai orang mengatakan parti politik tercabar disebabkan oleh pendedahan banyak isu-isu di blog.Yelah,kalau kita tengok berita di TV @ membaca surat khabar,kebanyakkan beritanya sudah ditapis dan kebanyakkan berita-berita itu akan berat sebelah.Maksud saya berpihak kepada parti politik kerajaan.
Selepas peristiwa itu,orang ramai mula berminat dengan blogging dan ditambah pula pada masa itu berita mengenai cara buat duit dengan blog.Tak silap saya ada sebuah company itu,GengStarz?Bloggerstaz?.Entahlah lupa dah nama benda tu…haha..Dimana syarikat ini membuat marketing besar-besar dan hebohkan disurat khabar pasal buat duit dengan blog.Jika nak join syarikat ini dan buat duit dengan blog,mereka kena mendaftar dan kena bayar plan-plan yang ditawarkan.Memang hutung buta-buta lah kat situ.Last-last company itu lingkup dan dikatakan SCAM.
Kemudian,saya baru mengenai Nuffnang dan akhirnya saya daftar juga dengan Nuffnang.Masa itu tak tahu apa-apa pasal Nuffnang,tak tahu apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings kerana saya cuma tahu CPC,CPA dan CPM.Tiba-tiba dapat term baru lak Buffered Earnings.haha..Lama juga saya pasang Nuffnang ini sebelum mendapat Buffered Earnings pertama saya.Tak silap ia mengambil masa 3 bulan baru dapat 1st BE.
Selepas dapat Buffered Earnings pertama,saya mula nampak jalan semula untuk membuat dengan blog dan saya mula mempraktikkan semua ilmu yang saya pelajari dulu untuk meningkatkan trafik blog ini.Pada masa saya,saya mula menjalankan experiment-experiment untuk meningkatkan trafik blog ini dengan cara saya yang tersendiri dan teknik SEO adalah salah satu komponen yang saya titikberatkan.
Walaupun saya menggunakan wordpress dan ada yang kata,pengguna WordPress ini hebat dalam SEO sebabkan menggunakan plugin SEO,sebenarnya tanggapan itu silap.Jika betulkan pengguna WordPress ini hebat disebabkan plugin,rasanya sudah ramai orang berjaya dengan blog mereka kerana menggunakan wordpress.Betul tak?Walaupun kita berguru dengan orang yang paling hebat didunia pun tetapi kita tidak tahu cara untuk menggunakan ilmu yang diberikan itu,ia seperti mencurah air didalam keladi ataupun seperti tin kosong yang hanya berbunyi nyaring.Semuanya perlukan ilmu.Benda alah itu hanyalah median untuk memudahkan kita.
Walaupun blogspot itu tidak mempunyai plugin SEO seperti wordpress tetapi mereka sebenarnya dibina untuk menjadi friendly dengan search engine kerana Blogger.Com itu adalah milik Google.Sebab itulah jangan hairan jika blog-blog blogspot ini boleh berada di 1st page search engine.Mungkin korang tidak tahu mengenai perkara ini.Tapi ia berbeza dengan wordpress,wordpress sebenarnya tidak mesra search engine sebab itulah plugin-plugin dibina untuk membantu supaya menjadi lebih Friendly.
Mengenai experiment-experiment yang dibuat itu telah dimuatkan didalam ebook yang saya sedang tulis sekarang ini.Tetapi ia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ebook berkenaan kerana saya ingin memastikan pembaca ebook berkenaan betul-betul berpuas hati.
KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2011
Semuanya berubah sepenuhnya pada tahun 2011 ini.Ingin mengetahui apa yang berlaku pada tahun 2011 ini?Haaa..ikuti sambungan cerita mengenai Aku Seorang Blogger untuk siri yang ke-2 pula nanti.
Entri ini terlalu panjang untuk menceritakan pengalaman saya.Tetapi entri ini saya just ceritakan secara general sahaja.Taklah berkongsi mengenai tip-tip.Just santai-santai sahaja.
BERSAMBUNG……..
Baca Artikel Yang Berkaitan:
