Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Minggu, 26 Juni 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 24 Jun 2011 07:35 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Pinjaman PTPTN: Kenapa Sukar Untuk Membayar Balik Pinjaman?

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

logo ptptn Pinjaman PTPTN: Kenapa Sukar Untuk Membayar Balik Pinjaman?

PTPTN merupakan institusi pinjaman yang paling penting kepada para pelajar IPTA dan IPTS.Jika tiada PTPTN ini,rasanya sukar bagi para pelajar IPT untuk menyambung pelajar mereka.Hampir 80% daripada pelajar IPT pasti akan membuat permohonan pinjaman PTPTN dan mereka begitu excited untuk membuat pinjaman berkenaan.Baguslah kerana dengan adanya PTPTN ini,para pelajar boleh menampung kos pengajian mereka di IPT masing-masing.

Tetapi malangnya,pelajar IPT @ peminjam PTPTN ini diibaratkan kacang lupakan kulit kerana telah mereka tamat belajar,mereka seoleh-oleh lupa akan pinjaman yang telah dibuat dahulu semasa mereka belajar.Mereka abaikan surat-surat dan notis-notis yang dikeluarkan oleh PTPTN.

Aduhai,apa nak jadi…Tahukan bahawa dengan bayaran balik wang pinjaman itulah yang akan digunakan untuk membiayai pinjaman kepada adik-adik kita nanti.Mereka pun seperti kita,mereka juga mempunyai keinginan untuk melangkah ke IPT tetapi kita begitu liat untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan?

Walaupun kita sudah berjaya tetapi kita masih di bebani oleh hutang,hidup kita takkan aman juga.Betul tak?Jangan terlalu mementingkan diri dan lari daripada membayar pinjaman PTPTN ini.Cubalah fikirkan nasib adik-adik kita yang akan memasuki IPT nanti.Mahukan kita melihat mereka tidak dapat memasuki IPT kerana tidak mempunyai wang?kena tidak mendapat pinjaman PTPTN?

Kita mungkin memandang ringan mengenai perkara ini kerana ia tidak kena pada kita.Cuba bayangkan suatu hari nanti perkara ini berlaku kepada anak-anak kita @ adik kandung kita sendiri.Apa korang rasa?nak sambung belajar tetapi tidak dapat membuat pinjaman daripada PTPTN.Sedih kan?

Jadi,bagi mana-mana yang masih belum membuat bayaran balik PTPTN tu,cepat-cepatlah menunaikan kewajipan korang itu.Pesanan ini bukan untuk kebaikan saya @ ahli keluarga saya tetapi untuk kebaikan bangsa kita juga.Insya-Allah.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Aku Seorang Blogger: Hala Tuju Didalam Dunia Blogging

Posted: 24 Jun 2011 02:50 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Ramai yang sudah menyertai Kontest SEO dan kebanyakkan memilih kategori Aku Seorang Blogger kerana ia lebih general berbanding kategori lain.Sangat-sangat menarik saya membaca entri yang telah dihantar oleh para peserta dan saya pun tertarik untuk menulis dan berkongsi pengalaman mengenai dunia blogging.

Maaf,entri agak panjang jadi sila baca sambil minum Tea-O panas dengan biskut k =)

KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2007

2007 1 Aku Seorang Blogger: Hala Tuju Didalam Dunia Blogging

Saya mula berblogging sejak 2007 selepas saya tamat SPM.Dulu,saya suka bermain games dan semasa memasuki MRSM semasa tingkatan 4,saya sudah jarang bermain games dan minat untuk bermain games jadi kurang.Semasa di MRSM tu,saya tidak pernah sentuh komputer kecuali kena buat assignment.

Selepas tamat SPM itu,saya tidak tahu nak buat apa jadi saya hanya bermain Internet.Masa itu benda yang paling fames di dunia Internet adalah Investment Skim Cepat Kaya.Saya juga pernah bermain benda itu tetapi jujur saya katakan bukan senang nak dapat pulangan beribu-ribu @ beratus-ratus dengan mudah.Banyak duit habis ketika itu tetapi bukanlah guna duit saya tetapi duit ayah saya…huhu….

Setelah pengharaman investment berkenaan,saya mula menyertai Forum dan juga mula mengenai blog serta Google Adsense.Baru-baru ini,saya ada terjumpa satu blog yang berkata “Eh,sekarang ini 2DayBlogger.Com nak main Google Adsense pulak ke?”.Haha.Tergelak saya membaca statement itu.

Sebenarnya,dari mula lagi saya bermain dengan Google Adsense dan blog ini juga pernah memaparkan iklan Google Adsense tetapi telah dibuang kena akaun berkenaan kena Ban sebab mendapat klik yang begitu tinggi setiap hari.Blog ini boleh dapatkan lebih dari $10 sehari walaupun berbahasa melayu.Kalau tak silap saya,iklan berkenaan hanya bertahan selama seminggu.Mungkin mereka tidak percaya akan kemampuan blog ini dan menyangkakan ia adalah Fraud Click.

Semasa 2007 itu,saya hanya menggunakan platform blogspot dan masa itu belum tahu pun akan kewujudan WordPress.Org.Masa itu,tujuan utama saya berblogging @ mempunyai blog adalah semata-mata untuk menjana wang.Macam-macam jenis teknik pemasaran yang saya pelajari tetapi semuanya hampa.Masa itu saya ada banyak blog dan ada pelbagai jenis niche.

Tetapi nak dapatkan 1 klik sehari pun susah.Apatah lagi nak cashout dari Google Adsense.Lepas itu,saya pun give-up dan kebetulan masa itu,saya mendapat tawaran ke Matrik,jadi saya sambung belajar ke Matrik dan meninggalkan dunia blogging yang memberikan 1001 pengalaman pahit.haha

KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2008

2008 300x225 Aku Seorang Blogger: Hala Tuju Didalam Dunia Blogging

Walaupun gagal mencapai matlamat pada tahun 2007,tetapi saya telah banyak belajar mengenai dunia blogging.Terima kasih kepada pada senior-senior blogger.Pada tahun 2008,misi Aku Seorang Blogger tidak tamat disitu sebaliknya bersambung pada tahun berikutnya.Blog berbahasa melayu yang satu adalah blog Faisaludeen.Com.Diblog ini saya banyak menulis mengenai tutorial programming dan sedikit mengenai kisah hidup.Walaubagaimana pun,selepas domain itu tamat tempoh,saya tidak renew domain berkenaan kerana bagi saya nama domain berkenaan tidak sesuai untuk dikomersialkan.Itu adalah blog pertama saya menggunakan wordpress.

Masa itu,sumpah saya masih tidak mengenali Nuffnang mahupun Advertlets apatah lagi Innity.Tetapi pernah membacanya di blog-blog orang lain tetapi tidak berminat untuk mengetahui benda-benda itu sebab tidak yakin dengan syarikat pengiklanan tempat.

Sebabnya dari dulu lagi,dilaporkan oleh rakan-rakan blogger,syarikat pengiklanan tempatan ini bermasalah dan susah nak membuat bayaran kepada publisher.Yang paling banyak dikritik adalah Advertlets.Tetapi saya tidak pernah terbuka untuk membuka laman web Advertlets dan pada masa itu,saya masih mempercayai Google Adsense.

Disebabkan saya menulis didalam bahasa melayu,jadi sukar untuk apply akaun Google Adsense dan disebab itu juga,saya menulis blog kerana ingin berkongsi ilmu yang saya ada.Masa itu saya sambung belajar di UiTM Terengganu dan mengambil sains komputer.Semasa saya decide mengambil Sains Komputer,saya ingatkan saya boleh mendalami lagi mengenai Internet dan menjadi seorang yang hebat mengenai dunia Internet.

Saya teruja melihat orang-orang puteh dimana walaupun masih kecil,umur antara 12 – 18 tahun tetapi sudah berjaya di Internet dan berjaya menghasilkan template,buat plugin,boleh buat flash,leh jadi expect dalam coding,mahir segala dalam bidang IT,boleh hasilkan blog yang berinformasti mengenai tech dan macam-macam lagi.Tapi realitinya indah khabar dari rupa.Apa yang dipelajari tidak menghala ke tujuan utama saya memilih Sains Komputer tetapi saya tetap yakin bahawa satu hari nanti,saya pasti berjaya dengan Internet.

Disebabkan kepercayaan untuk membuat duit dengan Adsense,jadi saya mula belajar untuk menjadi seorang blogger yang bagus.Mari terfikir ketika itu,apa sebenar blogger?dan bagaimana ingin menjadi seorang blogger hebat?Masa itu saya mula mendalami cara untuk menulis blog yang betul dan cara bagaimana ingin menulis supaya pembaca menyukainya.Banyak tip-tip yang saya baca mengenainya sehingga jemu dan tepu untuk membaca tip-tip blogging.

KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2009

Pada akhir tahun 2009,saya tertarik dengan nama blog 2day.Saya jumpa beberapa blog yang menggunakan nama 2day di Internet dan mereka menceritakan bagaimana mereka membuat duit dan income yang diperolehi sungguh membanggakan.Jadi saya berminat untuk memiliki blog yang mempunyai perkataan 2day dan last-last saya terfikir dengan nama 2dayblogger.com. 2day + blogger dan lahirlah blog ini di dunia Internet dan pertama kalinya saya menggunakan servis dari NetKL.Com.

Masa itu,saya hanya menggunakan pakej termurah dari NetKL tetapi terpaksa mengubah pakej dari semasa ke semasa sehinggalah saya menggunakan pakej paling mahal mereka ketika itu.Large Biz jika tidak silap.Masa itu plan VPS dan Dedicated Server masih tidak ada didalam senarai hosting mereka.Disebabkan blog ini kehabisan bandwidth dan tidak larat nak top-up RM 20 sehari walaupu menggunakan Large Biz yang mempunyai bandwidth 110 GB sebulan,akhirnya mereka tawarkan saya plan baru iaitu VPS plan dengan bayaran RM 110 sebulan disebabkan terlalu banyak menggunakan bandwidth serta masalah 500 error.Opppsss,silap-silap.Benda itu berlaku pada tahun 2011.Tapi ini cerita mengenai tahun 2009.hehe….

Tak banyak cerita pada tahun ini kerana tahun ini saya mula masuk ke UiTM dan kebanyakkan masa digunakan untuk belajar.Maklumlah baru masuk U katakan.hehe..Tapi pada masa itu saya belajar bermain Forex.Fuh,dah macam investment analysis dah masa tu.Tapi seriously,bukan mudah untuk berjaya dengan Forex jika tidak mempunyai asas yang kukuh.

The domain 2dayblogger.com was registered on December 7, 2009

KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2010

Pada tahun 2010 ini,saya masih tidak aktif lagi berblogging kerana awal tahun itu saya menjadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UiTM Terengganu dan kebanyakkan masa habis dengan persatuan pelajar ini.Blog pun jarang di update tetapi ia masih bergerak.Pada bulan Mac @ Mei,satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan berlaku dimana semasa saya sedang mengedit blog ini,tiba-tiba saya terbuang files Confiq.php dan menyebabkan blog saya down.Tak tahu nak buat apa masa itu dan pada masa itu ranking Alexa adalah dalam 700,000++.Disebabkan itu,saya terpaksa mulakan semula dari kosong.

Walaupun terpaksa memulakan semula tetapi ia tidak melunturkan semangat saya untuk terus berblogging.Semuanya berubah semasa saya mula mengenai perkataan Blogwalking.Entah apalah benda alah itu.Saya mula mencari mengenai blogwalking dan barulah saya tahu blogwalking adalah cara untuk meningkatkan trafik dengan melawat blog orang lain.Dulu tak pernah dengar pun perkataan itu.huhu..

Kemudian saya mula kenal dengan GengBlogger dan baru saya tahu dalam masa beberapa tahun ini,rupanya sudah terdapat ramai blogger di Malaysia.Dulu susah nak cari blog berbahasa melayu.Jika ada,itu pasti blog mereka-mereka yang sudah otai.Saya masih ingat bagaimana fenomena blogger ini berkembang.

Dari pemerhatian saya,fenomena berblogging ini berkembang pada tahun 2008 iaitu semasa pilihanraya.Masa itu nama blogger naik kerana ramai orang mengatakan parti politik tercabar disebabkan oleh pendedahan banyak isu-isu di blog.Yelah,kalau kita tengok berita di TV @ membaca surat khabar,kebanyakkan beritanya sudah ditapis dan kebanyakkan berita-berita itu akan berat sebelah.Maksud saya berpihak kepada parti politik kerajaan.

Selepas peristiwa itu,orang ramai mula berminat dengan blogging dan ditambah pula pada masa itu berita mengenai cara buat duit dengan blog.Tak silap saya ada sebuah company itu,GengStarz?Bloggerstaz?.Entahlah lupa dah nama benda tu…haha..Dimana syarikat ini membuat marketing besar-besar dan hebohkan disurat khabar pasal buat duit dengan blog.Jika nak join syarikat ini dan buat duit dengan blog,mereka kena mendaftar dan kena bayar plan-plan yang ditawarkan.Memang hutung buta-buta lah kat situ.Last-last company itu lingkup dan dikatakan SCAM.

Kemudian,saya baru mengenai Nuffnang dan akhirnya saya daftar juga dengan Nuffnang.Masa itu tak tahu apa-apa pasal Nuffnang,tak tahu apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings kerana saya cuma tahu CPC,CPA dan CPM.Tiba-tiba dapat term baru lak Buffered Earnings.haha..Lama juga saya pasang Nuffnang ini sebelum mendapat Buffered Earnings pertama saya.Tak silap ia mengambil masa 3 bulan baru dapat 1st BE.

Selepas dapat Buffered Earnings pertama,saya mula nampak jalan semula untuk membuat dengan blog dan saya mula mempraktikkan semua ilmu yang saya pelajari dulu untuk meningkatkan trafik blog ini.Pada masa saya,saya mula menjalankan experiment-experiment untuk meningkatkan trafik blog ini dengan cara saya yang tersendiri dan teknik SEO adalah salah satu komponen yang saya titikberatkan.

Walaupun saya menggunakan wordpress dan ada yang kata,pengguna WordPress ini hebat dalam SEO sebabkan menggunakan plugin SEO,sebenarnya tanggapan itu silap.Jika betulkan pengguna WordPress ini hebat disebabkan plugin,rasanya sudah ramai orang berjaya dengan blog mereka kerana menggunakan wordpress.Betul tak?Walaupun kita berguru dengan orang yang paling hebat didunia pun tetapi kita tidak tahu cara untuk menggunakan ilmu yang diberikan itu,ia seperti mencurah air didalam keladi ataupun seperti tin kosong yang hanya berbunyi nyaring.Semuanya perlukan ilmu.Benda alah itu hanyalah median untuk memudahkan kita.

Walaupun blogspot itu tidak mempunyai plugin SEO seperti wordpress tetapi mereka sebenarnya dibina untuk menjadi friendly dengan search engine kerana Blogger.Com itu adalah milik Google.Sebab itulah jangan hairan jika blog-blog blogspot ini boleh berada di 1st page search engine.Mungkin korang tidak tahu mengenai perkara ini.Tapi ia berbeza dengan wordpress,wordpress sebenarnya tidak mesra search engine sebab itulah plugin-plugin dibina untuk membantu supaya menjadi lebih Friendly.

Mengenai experiment-experiment yang dibuat itu telah dimuatkan didalam ebook yang saya sedang tulis sekarang ini.Tetapi ia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ebook berkenaan kerana saya ingin memastikan pembaca ebook berkenaan betul-betul berpuas hati.

KISAH AKU SEORANG BLOGGER YANG BERLAKU PADA TAHUN 2011

Semuanya berubah sepenuhnya pada tahun 2011 ini.Ingin mengetahui apa yang berlaku pada tahun 2011 ini?Haaa..ikuti sambungan cerita mengenai Aku Seorang Blogger untuk siri yang ke-2 pula nanti.

Entri ini terlalu panjang untuk menceritakan pengalaman saya.Tetapi entri ini saya just ceritakan secara general sahaja.Taklah berkongsi mengenai tip-tip.Just santai-santai sahaja.

BERSAMBUNG……..

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Keputusan Maharaja Lawak Akhir Dan Video Maharaja Lawak Akhir Online

Posted: 24 Jun 2011 06:58 AM PDT


JUARA MAHARAJA LAWAK ADALAH SEPAH!!!!!!!!

Sekarang ini sudah ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan keputusan Maharaja Lawak Akhir.Beberapa hari sebelum ini,ramai blogger-blogger telah menulis serta membuat ramalan siapa yang akan menjadi Juara Maharaja Lawak Akhir pada malam ini.

Ramai yang meramalkan Jozan mahupun Sepah mempunyai peluang yang lebih besar berbandingan Nabil dan Jambu.Jika diimbas kembali video-video rakaman Maharaja Lawak yang lepas,Sepah mempunyai persembahan yang konsisten dan lawaknya adalah lebih kepada kemasyarakatan @ memberikan masej yang menarik kepada pada penonton.

Tetapi berbeza dengan Jozan.Pesembahan kurang konsisten tetapi jika mereka melakukan pesembahan yang menarik dengan percambahan idea yang menarik,memang tiada pasukan yang mampu menewaskan mereka.Buktinya yang paling jelas adalah pesembahan Maharaja Lawak minggu ke 11 yang lepas.

Adakah persembahan yang lepas akan mempengaruhi keputusan Maharaja Lawak akhir ini?Siapakah yang akan dinobatkan sebagai Maharaja Lawak?Jozan,Sepah,Nabil atau Jambu?

Bagi saya,saya memilih Jozan untuk memenangi Maharaj Lawak Akhir ini.Tetapi tertarik juga dengan persembahan daripada Sepah.Waduh-wahud.Dah terbelah bagi dah untuk meneka siapa pemenang Maharaja Lawak Akhir ini..haha

Usah kita membebel panjang,mari kita tunggukan persembahan Maharaja Lawak Akhir pada malam ini.

p/s:Video in progress

Update:Tahniah diucapkan kepada SEPAH kerana memenangi Maharaja lawak.Kedudukan adalah seperti berikut:-

  1. SEPAH
  2. JOZAN
  3. NABIL
  4. JAMBU

Baca Artikel Yang Berkaitan:


keputusan maharaja lawak akhirkeputusan maharaja lawak finalkeputusan final maharaja lawakkeputusan akhir maharaja lawakmaharaja lawak akhir onlinekeputusan maharajalawak akhirkeputusan maharajalawak finalvideo keputusan maharaja lawak akhirmaharaja lawak akhir keputusanfull video maharaja lawak akhir

Hadiah Kontest SEO 2DayBlogger Kini Bernilai RM2000.00. Jom Rembat Hadiah!

Posted: 24 Jun 2011 12:33 AM PDT

google seo Hadiah Kontest SEO 2DayBlogger Kini Bernilai RM2000.00. Jom Rembat Hadiah!

Kontest SEO 2DayBlogger.Com

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Alhamdulilah,sejak kontest SEO dilancarkan pada dua hari yang lepas iaitu 22 Jun yang lalu,sudah ramai yang menyertai aktiviti ini.Alhamdulilah,terima kasih kepada yang telah menyertai kontest ini.Bagi mana-mana yang belum menyertai kontest ini,jom sertai kontest ini sekarang juga.

Dalam masa dua hari ini juga,Kontest SEO ini berjaya menarik ramai blogger-blogger yang ingin menjadi rakan sponsor dan juga rakan penganjur.Untuk makluman semua,sekarang ini hadiah untuk Kontest ini sudah mencecah RM 2000.00.

Terima kasih tidak terhingga kepada para sponsor kami yang sudi menaja kontest ini.Antara blogger yang telah menjadi penaja adalah:-

Dan dibawah ini adalah hadiah-hadiah yang telah ditaja oleh mereka semua:-

  • Wang Tunai Berjumlah RM 200 Dari 2DayBlogger.Com
  • Top Up RM 10 x 3 Dari upprofits.com
  • Hosting + Free Domain Bernilai RM350 dari NetKL x 1 Dari broframestone.com
  • 2 x Kapersky Internet Security 2011 for 1 user Dari MJ
  • Top Up RM 10 x 3 Dari Muje
  • Performance Drink Shaklee x 5 ( $76×5) Dari Mysuperkids (Premium Sponsor)
  • 1 Domain Percuma Dari Puan Bee (New!)
  • RM 100 dari Ellen (New!)

Jadi jumlah hadiah sekarang ini adalah RM200 + RM 30 + RM 350 + RM 170 + RM 30 + RM1140 + RM 35 + RM 100 = RM 2050.Terima kasih diucapkan kepada rakan penaja.Walaubagaimana pun,saya masih mencari sponsor-sponsor lain untuk menambahkan hadiah Kontest ini.Kalau boleh sponsor HP ke,Laptop ke,IPhone ke,Ipad ke kan best..hehe..Ada ke nak sponsor?

Kepada rakan-rakan blogger yang masih belum sertai kontest ini,cepat-cepatlah sertai kontest ini.

Ramai yang bertanya mengenai pembahagian hadiah.Don’t worry mengenai pembahagian hadiah kerana sekarang ini saya masih mengumpulkan lagi sponsor-sponsor.Insya-Allah,bila dah kumpul semua sponsor-sponsor ini,barulah saya akan maklumkan senarai hadiah yang rasmi.Insya-Allah.

Sekian…

p/s:Kepada rakan penganjur,rakan sponsor dan pembaca entri ini untuk dikongsikan kepada pembaca blog korang semua.Mintak tolong promosikan lagi kontest SEO ini.Terima kasih..

 

 

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Quiz10 Siri 1:Cuba Teka Bilangan Entri & Komen Blog 2DayBlogger.Com

Posted: 23 Jun 2011 11:47 PM PDT

 

kuiz 10 copy Quiz10 Siri 1:Cuba Teka Bilangan Entri & Komen Blog 2DayBlogger.Com

Quiz 10 - Terbaik Untuk Pembaca Blog 2DayBlogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman semua…

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini,2Dayblogger.com memperkenalkan Quiz10 untuk memberi reward kepada pembaca blog ini.Quiz10 ini merupakan aktiviti yang paling mudah dimana korang hanya perlu menjawap soalan @meneka jawapan kepada soalan yang akan diberikan oleh saya.

Baiklah,mari kita mulakan Quiz10 yang pertama ini….

Penerangan:

Setelah lama berblogging,akhirnya blog 2DayBlogger telah berjaya menghasilkan entri yang ke-1000 beberapa hari yang lepas.Alhamdulilah,sejak saya menulis didalam di blog ini,macam-macam benda saya tulis dan kongsikan.Boleh dikatakan blog ini ada macam-macam benda boleh dibaca.

Walaubagaimana pun,didalam berblogging,saya lebih menumpukan kepada penulisan blog berbanding dengan mencari populariti,jadi tidak hairan jika ramai blogger tidak mengenai blog ini walaupun blog ini sudah tersenarai didalam TOP 10 BlOG BAHASA MELAYU sekarang ini.

Mungkin disebabkan saya kurang popular,jadi bilangan komen di blog ini tidak sebanyak blog-blog yang lain.Jumlah komen di blog ini hanyalah 9ooo lebih sahaja tetapi tidak kurang daripada 9200 komen.

Didalam berblogging ini saya utamakan kualiti selain daripada trafik.Saya juga mementingkan income daripada blog kerana income daripada blog adalah gaji dan satu-satunya sumber pendapatan saya.

Soalan:

Berdasarkan penerangan diatas dan hint-hint yang diberikan,sila teka berapakan jumlah sebenar entri dan komen blog 2Dayblogger.com??

Jawapan:

Korang dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan dan jawapan mestilah didalam format berikut:-

Jawapan Pertama: Entri + Komen

Jawapan Kedua: Entri + Komen

Jawapan boleh ditinggalkan di ruangan komen dibawah.Mereka yang berjaya jawap dengan tepat akan dikira sebagai pemenang dan akan dihadiahkan RM10.Quiz10 ini akan dibuka sehingga jam 12 tengahmalam nanti.Jika tak ada pemenang,kita akan sambung esok Quiz10 ini. =)

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.27 Rejab @ 29 Jun 2011

Posted: 23 Jun 2011 11:39 PM PDT

islam itu indah1 Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.27 Rejab @ 29 Jun 2011

Islam Itu sangat Indah

Assalamualaikum….

Semasa di masjid tadi,khutbah Jumaat telah menyentuh dua perkara iaitu mengenai Peristiwa Israk Mikraj dan juga mengenai kartus yang mempersendakan hukum Islam yang dikeluarkan oleh Utusan malaysia.

Dibawah ini,saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca blog ini mengenai Peristiwa Israk Mikraj.Yang baik kita kongsikan bersama-sama,jangan buruk,kita jauhi.Insya-Allah.

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
SUMBER:http://fullfilth.blogspot.comhttp://jalanakhirat.wordpress.com

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


israk mikraj 2011peristiwa israk mikraj 2011malam 27 rejabperistiwa israk dan mikraj 2011peristiwa 24 rejabkisah israk mikraj nabi muhammad sawisrak mikraj nabi muhammadisra mikraj 2011afrit dengan api jamung27 rejab

Misteri Raksasa Laut :Benarkan Ia Benar-Benar Wujud?

Posted: 23 Jun 2011 08:22 PM PDT

monster sea Misteri Raksasa Laut :Benarkan Ia Benar Benar Wujud?

Monster Sea @ Raksasa Laut

Hai semua….

Hari ini saya sangat tertarik dengan berita penemuan Raksasa Laut di China.Saya ada ceritakan mengenai Raksasa Laut ini di post sebelum ini,Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!- Satu Penemuan Baru Di Dunia!.Kerana tertarik dengan misteri ini,jadi saya search di Google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini dan terjumpa satu cerita mengenai Raksasa Laut ini di blog indonesia.

Mari saya kongsikan entri itu disini:-

Kisah-kisah tentang raksasa laut yang diceritakan oleh para pelaut tidak pernah dipandang dengan serius. Dua per tiga dunia ditutupi air. Ini adalah area yang luas untuk ditinggali dan juga tidak bisa dijangkau manusia. Tidak dipastikan apakah nanti laut akan memperlihatkan dirinya seperti akuarium kepada ilmuwan. Jika ini terjadi kita akan bisa melihat gua-gua laut ditinggali sesuatu seperti apa yang kita baca hanya di buku-buku fantastis. Tapi untuk sementara waktu ini, kita hanya bisa membuat perkiraan mengenai kehidupan laut sebenarnya berdasarkan sedikit bukti yang diperlihatkan oleh laut dari waktu ke waktu kepada kita.

April tahun lalu, cumi-cumi sepanjang 15 meter terdampar di Kanada; sebuah trailer dipakai untuk memindahkan moluska raksasa itu. Cumi-cumi ini dikirimkan ke pusat penelitian di mana para ahli mengukur tentakel dan menyimpulkan bahwa ini adalah moluska jenis baru yang belum dikenal oleh ilmu pengetahuan. Para ilmuwan menghabiskan jutaan dolar untuk menangkap atau paling tidak mengambil foto moluska raksasa yang tinggal di kedalaman laut. Tetapi, tidak ada hasil apa pun dari ekspedisi mahal ini. Tidak satu peneliti pun melihat raksasa cephalopoda hidup, hanya ada yang mati terdampar di pantai.

Pelaut beberapa kali menyatakan mereka melihat cumi-cumi raksasa hidup. Cerita ini dianggap seperti dongeng pelaut mabuk. Orang-orang tahu bahwa pelaut menceritakan cerita luar biasa bukan tentang moluska raksasa.

Pada 1955, sebuah koran Kanada mempublikasikan cerita misterius yang didapat dari pelaut. Sebuah kapal yang berlayar menambrak sesuatu yang aneh. Setelah berpisah jauh, benda itu terlihat seperti bukan ikan hiu busuk atau ubur-ubur raksasa mengambang di permukaan air. Ketika kapal mendekati benda itu, pelaut John Squires bersandar di papan untuk mengait benda itu.

Tetapi setelah pengait besi menyentuh benda seperti ubur-ubur itu, sebuah tentakel besar ke luar darinya. Pelaut itu ketakutan dan terjatuh di dek. John kaget dan wajahnya pucat pasi. Dua anggota awak kapal harus menolong dia ke kabin di mana dia menunggu sampai tiba di pelabuhan. Cerita ini muncul tidak jauh dari lokasi tempat moluska besar terdampar musim semi lalu. Pelaut itu sangat terpukul hingga Joh Squires tidak pernah melaut lagi sejak hari itu.

Apa yang diketahui orang tentang monster cephalopoda? Hampir tidak ada dan jika ada yang tahu, hanya tahu sedikit sekali. Cephalopoda besar hidup di kedalaman sekitar 2.000 meter. Mereka menghabiskan seluruh hidupnya berenang dan terus bergerak. Kita bisa memperkirakan ukuran cephalopoda besar melalui ukuran mata dari cumi-cumi besar yang disimpan di musium Amerika sekarang. Mata dari cumi ini berdiamater 40 sentimeter yang hampir sebesar bola basket. Mata ini diambil dari perut hiu besar yang dibunuh oleh pemburu hiu. Cumi adalah makanan favorit dari hiu besar. Biasanya mereka makan cumi yang lebih kecil 4-6 kg dan menelannya dalam kelompok, ketika hiu besar menunjukkan kekuatan mereka. Sebagian besar kasus, kata ilmuwan, hiu adalah pemenangnya dan memakan musuhnya.

Ada lagi satu misteri, baru-baru ini, peneliti Jepang melakukan eksperimen menarik di Teluk Suruga, tidak jauh dari Mariana Trench, tempat paling dalam di samudera dunia. Para peneliti meletakkan sebuah kontainer dengan umpan berbau di dasar teluk. Video kamera khusus ditempelkan di dinding kontainer, lalu peneliti tersebut memperhatikan monitor untuk melihat apa yang akan terjadi dengan kontainer dan umpannya.

Bau dari umpan menarik sekelompok hiu yang tinggal di kedalaman laut. Kemudian peneliti melihat sesuatu yang luar biasa yang membuat mereka tidak bisa berkata-kata. Tiba-tiba hiu-hiu itu lari ke segala penjuru dan para peneliti melihat monster yang sangat besar di layar monitor mereka. Raksasa itu dengan gerak lambat menjauh dari kamera video di kedalaman 1,5 kilometer. Panjang Goliat laut itu lebih dari 60 meter. Tidak jelas raksasa itu apa.

Para peneliti gagal menjawab pertanyaan, hanya bisa menduga makhluk apakah itu. Mereka mengatakan itu mungkin hiu tidur, hiu paling besar. Sampai sekarang orang hanya tahu sedikit fakta tentang hiu ini. Mereka selama ini bersembunyi di kedalaman laut selama jutaan tahun. Orang-orang tidak pernah melihat hiu-hiu tidur hidup dan cumi raksasa. Hanya sekali, pada 1964, beberapa hiu tidur mati terdampar di Indonesia. Itu cuma hiu muda terlihat dari ukurannya yang hanya 26 meter.

Sekarang mari kita pergi ke Skotlandia, Danau Loch, rumah dari satu lagi monster misterius yang dipanggil orang Nessy. Ada sejumlah laporan mengatakan banyak orang melihat monster misterius. Setiap tahun media melaporkan banyak bukti dari saksi mata yang bertemu dengan warga sekitar. Perusahaan Skotlandia mempergunakan kesempatan untuk mencetak banyak uang dari hadiah aneh dari alam ini. Toko kecil dekat danau menjual bertumpuk cindera mata, buku panduan dan barang kerajinan tangan lainnya dengan gambar Nessy. Orang lokal mematok tarif yang sangat masuk akal untuk mengantar anda melalui rute tempat orang lain mengatakan pernah melihat monster itu.

Masih ada skeptisme yang mengatakan monster danau itu hanya imajinasi. Mereka meminta untuk menceritakan spesimen dari monster danau dan mengatakan paling tidak mereka ingin menyentuh mayatnya, setelah itu mereka baru mau percaya fenomena ini benar-benar ada.

Mari kita tinggalkan skeptisme ini. Di tahun 1966, seorang pilot Royal Air Force memberikan pernyataan bahwa monster laut itu ada. Mereka merekam sebuah kejadian dimana salah satu dari makhluk itu menyeberangi danau Loch. Ketika para ahli mempelajari rekaman itu mereka menyimpulkan bahwa ini adalah makluk hidup. Ketika monster itu menyeberangi danau; gerakannya membentuk huruf "V" di permukaan danau. meskipun orang skeptis dan mengatakan ini hanya bongkahan kayu, yang mana pastinya bukan. Bongkah kayu tidak mengapung dalam kecepatan seperti ini.

Diduga bahwa monster Danau Loch adalah presiosaurus hidup. Tidak dipastikan apakah sekelompok presiosaurus hidup di danau dan menganggu para turis dari waktu ke waktu (atau mungkin para turis mengganggu makhluk ini?) Mungkin saja makhluk prasejarah ini bertahan hidup dalam jutaan tahun? Ini adalah hal yang mungkin karena kura-kura, buaya dan hiu hidup di era yang sama dengan presiosaurus dan masih bertahan hingga hari ini.-misteridigital

Menarik apa yang diceritakan didalam entri diatas kan?Adakah Raksasa Laut ini wujud?Mungkin juga wujud kerana lautan itu luas dan manusia masih belum menerokai sepenuhnya dunia di dasar laut.

Rasanya daripada manusia berlumba-lumba untuk terbang di angkasa untuk menerokai dunia bagi,apa kata jika Malaysia pula meneroka dunia dasar laut.Pasti banyak perkara yang menarik akan ditemui di dasar laut.Pasti lebih banyak penemuan-penemuan baru yang akan dijumpai nanti.

Wow,terasa nak menyelam ke dasar laut dan mencari lebih banyak kebesaran Illahi di dasar laut itu..Hebat betul ciptaan Yang Maha Esa.

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!- Satu Penemuan Baru Di Dunia!

Posted: 23 Jun 2011 07:52 PM PDT

monster sea Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!  Satu Penemuan Baru Di Dunia!

Sea Monster @ Raksasa Laut

Semasa membuka website Yahoo.Com tadi,terperasan ada perkataan Sea Monster dibahagian “Trending Now”.Entah apa yang dimaksudkan Sea Monster ini.Ingatkan filem baru ke apa,rupanya-rupanya ada penemuan baru di China.

Bangkai ‘Raksasa laut’ berukuran 55 kaki telah dijumpai dihanyutkan sehingga di pantai di China. Makhluk yang sudah berkeadaan  reput teruk itu  tidak boleh dikenal pasti dan menurut laporan juga Sea Monster ini sekurang-kurangnya seberat 4.5 tan.

Agak-agaknya Sea Monster ini datang dari mana?dan apa sebenarnya Sea Monster ini?Dah macam Sea Monster macam dalam anime One Piece je…hehe..

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


Abdullah @gmail com OR @hotmail com OR @yahoo com -spam

Selamat Tinggal Advertlets – Jom Pakat Buang Iklan Advertlets!

Posted: 23 Jun 2011 07:16 PM PDT

Hai semua….

Setelah beberapa bulan meletakkan iklan Advertlets di blog ini dan telah mengumpulkan sebanyak RM 947.76,akhirnya saya decide untuk membuang iklan Advertlets daripada blog ini mulai hari ini.Saya cuma memasang 1 iklan sahaja daripada Advertlets di bahagian footer tetapi masih berjaya mengumpul hampir RM1 K disebabkan oleh kempen CPM yang disediakan oleh Advertlets.

due payment Selamat Tinggal Advertlets   Jom Pakat Buang Iklan Advertlets!

Hutang Advertlets Pada 2DayBlogger.Com

sebelum Selamat Tinggal Advertlets   Jom Pakat Buang Iklan Advertlets!

Footer Blog Sebelum Dibuang Iklan Advertlets

selepas Selamat Tinggal Advertlets   Jom Pakat Buang Iklan Advertlets!

Footer Selepas Iklan Advertlets Dibuang!

Itulah dia keadaan terbaru footer blog saya ini.Cuma tinggal satu iklan sahaja iaitu iklan dari YMads.Com.Memasang iklan Advertlets ini hanya akan memberatkan blog saya sahaja.Lagi pun iklan Advertlets asyik mengeluarkan message error sahaja.Hampeh tol!.

Btw,sapa lagi diantara korang yang dah give-up dengan Advertlets?Siapa dah buang iklan advertlets?jom kongsikan..mai kita buatkan list…haha….

Senarai Blogger Kecewa Dengan Advertlets!- Boikot Advertlets!

  • Blog 2DayBlogger.Com
  • next?

Baca Artikel Yang Berkaitan:

IchsanX

Posted: 24 Jun 2011 03:41 PM PDT

IchsanX


Download Windows 8 Sistem Operasi Terbaru

Posted: 23 Jun 2011 08:27 PM PDT


Mau Mencoba windows 8?, memang teknologi semakin cepat berkembang, belum apa-apa generasi penerus windows 7 sudah menggeliat yaitu windows 8. Windows 8 adalah sistem operasi terbaru yang dirilis oleh microsoft inc. Meskipun perangkat lunak ini masih dalam tahap pengembangan karena masih banyak kekurangan. Tetapi banyak orang ingin mencoba sistem operasi ini.

Sebenarnya Windows 8 merupakan pengembangan dari versi sebelumnya dari Windows 7. Sistem dasar yang digunakan oleh windows 8 hampir sama dengan sistem yang digunakan oleh Windows 7. Hanya mengalami beberapa perubahan dan beberapa fitur yang dikembangkan. Terutama dari segi tampilan, interface windows 8 yang lebih baik daripada windows 7. Tapi dari sisi yang lain OS yang beru ini tidak jauh berbeda dari versi sebelumnya, yaitu windows 7.

Tweaks yang dimiliki windows 8 antara lain:
Defragmentation Otomatis, File Cmd Baru Klik Kanan, ClearType dan masih banyak lagi. Walaupun sampai saat ini masih lebih hamdal windows 7, tapi tidak menutup kemungkinan, karena masih dalam pengembangan. Windows 8 akan melewati windows 8.

Desain yang banyak ditonjolkan windows 8 antara lain :
* Tampilan atau interface masih banyak mengambil dari Windows 7 Theme Baru.
* Cursor 3D Baru.
* Wallpaper Baru.
* Sistem Ikon Baru Terpadu Pada Sistem.
* Pengguna Pics Account Baru.
* Pengaturan dan skema suara baru.
* Screen Logon Baru.
* Dan masih banyak lagi tampilan yang berubah dari vvevrsi sebelumnya.

Jika anda ingin mencoba windows 8 yang masih dalam tahap pengembangan ini, anda dapat mendownloadnya secara gratis di Download Windows 8 gratis. Anda dapat menilai sendiri kelebihan dan kekurangan OS terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar