Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Rabu, 22 Juni 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Posted: 21 Jun 2011 07:27 AM PDT

Belajar Ngeblog di BLOG kurnia septa

Link to Belajar Ngeblog di BLOG

Menambahkan Button Google Plus One (+1)

Posted: 20 Jun 2011 08:27 PM PDT

Ada twitter dan facebook yang bisa digunakan untuk berbagi, ketika kita suka terhadap suatu tulisan yang dibaca, kita dapat mengklik button (tombol) tweet untuk berbagi di twitter dan button like untuk membagi tulisan ke facebook. Selain itu juga akan muncul dalam button itu data berapa kali tulisan dibagikan. Sekarang Google juga meluncurkan button yang kurang lebih fungsinya sama dengan twitter

Berita Terkini Indonesia

Posted: 21 Jun 2011 01:54 AM PDT

Berita Terkini Indonesia


Download Google Chrome Terbaru

Posted: 21 Jun 2011 01:44 AM PDT

Download Google Chrome terbaru – Google Chrome merupakan salah satu browser yang cukup banyak juga penggunaya di seluruh dunia, selain fiturnya yang juga tak kalah komplit dengan Mozilla firefox terbaru, chrome juga menjadi salah satu browser alternative bagi saya bila mendapati koneksi internet yang lemot, Bila kita mau install google chrome lebih baik melakukan download [...]

2DAYBLOGGER.COM

Posted: 20 Jun 2011 07:56 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Kenapa Karyawan Dan RIM Menyokong SKMM Menyekat Website Download?

Posted: 20 Jun 2011 06:55 PM PDT

karyawan2 Kenapa Karyawan Dan RIM Menyokong SKMM Menyekat Website Download?

Bantahan Daripada Karyawan

Saya baru sahaja membaca berita hiburan di Mstar dan tertarik dengan berita mengenai “Karyawan Sokong SKMM Sekat Laman Web Haram“.Ingin saya memetik beberapa rangkap dari Datuk Freddie Fernandez :-

"Kami mewakili pelbagai pihak dalam industri ini tidak mahu kerajaan menarik balik tindakan yang telah diambil berikutan beberapa bantahan dan ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pengharaman itu.

"Kami sudah terlalu lama menunggu tindakan sewajarnya diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab yang membunuh masa depan industri seni tanah air ini," ujarnya pada sidang media din sini, Isnin bagi menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat beberapa laman portal muat turun haram.

Itu sudah semestinya.Ini adalah masa keemasan yang di tunggu-tunggu oleh pengiat Industri hiburan di Malaysia.Dengan pengharaman @ sekatan keatas laman web download terkemuka dunia,maka ia akan menyusahkan pengguna internet untuk mendownload cerita-cerita @ lagu-lagu yang dipasarkan oleh mereka.Secara tidak langsung,langkah ini akan menguntungkan mereka.

Didalam hal ini,saya juga menyokong kerana untuk menghasilkan sesebuah filem memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat dan ia memakan masa yang lama untuk menghasilkannya.Tetapi dengan mudah,pengguna internet boleh mendownload filem @ lagu yang dihasilkan tanpa membayar apa-apa kepada mereka.Rugi lah mereka kan?

Tetapi didalam situasi yang lain,contohnya Filem KL Gengster baru-baru ini yang mengutip lebih 10 juta,rasanya dari situ mereka sudah untung besar dari filem berkenaan.Tak salah kot buat amal sikit kat rakyat Malaysia…hehehe…

Walaubagaimana pun,itu kenyataannya.Dari tindakan itu ada yang akan untung dan ada yang akan rugi.Ada kalanya kita terpaksa menyakiti hati orang lain untuk menjaga hati yang lain.Betul tak?

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Karakter Sebenar Disebalik Angry Birds

Posted: 20 Jun 2011 06:34 PM PDT

84715 700b Karakter Sebenar Disebalik Angry Birds

Watak Disebalik Game Angry Birds

Tadi saya sempat search di Google untuk mencari info-info menariik mengenai Angry Birds dan saya terjumpa gambar diatas di 9GAG.Com.

Jika diperhatikan betul-betul,memang betul je kan?Ada persamaan.haha..tapi saya tak pastilah betul ke tak. =)

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Perhimpunan BERSIH-Adakah Ia Satu Transformasi Atau Huru-Hara?

Posted: 20 Jun 2011 04:57 PM PDT

himpunan asing Perhimpunan BERSIH Adakah Ia Satu Transformasi Atau Huru Hara?

Himpunan Bersih 2.0

Hai & Hello….

Sebenarnya saya sudah beberapa hari ingin menulis mengenai Himpunan Bersih ini dan satu lagi himpunan yang dirancang oleh Pemuda Umno.Seperti yang saya selalu cakap,saya tidak menyebelahi mana-mana pihak politik dan apa yang saya tulis adalah pendapat saya sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.Insya-Allah.

Sekarang ini kecoh dengan Himpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang nanti.Himpunan Bersih ini diadakan untuk membuat 8 tuntutan kepada pihak pemerintahan negara.Antara tuntutan itu adalah:-

  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Didalam 8 senarai diatas,saya amat setuju dengan tuntutan ke 5,7 dan 8.Rasanya tuntutan itu boleh ditambahkan dengan 1 lagi tuntutan iaitu POLITIK LUCAH.Semalam saya ada menulis mengenai satu lagi Politik Lucah yang membabitkan pemimpin pembangkang iaitu Mat Sabu.Jika masih belum baca entri berkenaan,boleh baca disini,Video Lucah Dan Skandal Mat Sabu Tersebar!.Lepas Ini Siapa Lagi?.

Bagi pendapat saya,tindakan mengadakan Himpunan Bersih ini bukanlah bagus tetapi jika himpunan diadakan di jalan seperti demostrasi yang diadakan sebelum ini @ sama seperti di negara lain,saya sangat-sangat tidak setuju.Bukan apa,ia akan menunjukkan kepada dunia,negara kita bermasalah.Ini akan memberikan gambaran yang teruk kepada pelancong yang berada di Malaysia sekarang ini.

Lebih malang lagi,jika himpunan ini di upload di youtube dan tersebar di negara-negara lain,apa yang akan dikatakan oleh penduduk dunia?Negara kita aman damai,jangan disebabkan politik,negara kita tergadai.Saya sangat-sangat tidak bersetuju.Lantak lah apa pun yang nak dibuat oleh parti politik tapi jangan sesekali mengadaikan keamanan negara kerana kepentingan diri sendiri.

Itu satu perkara tetapi baru-baru ini saya mendengar ura-ura mengatakan Pemuda Umno juga ingin membuat Himpunan seperti Bersih pada hari yang sama bagi menunjukkan protes kepada himpunan Bersih.Tahukan korang apa akan jadi bila kedua-dua ahli fanatik parti politik bertemu?

Masih ingatkan apa yang pernah berlaku di Thailand dulu?Masihkah korang ingat benda tu?Korang nak tengok ke semua itu berlaku?Mahu ke negara kita menghadapi masalah yang sama?Kenapa huru hara berlaku di Thailand ketika itu?Semuanya disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza.

Jujurnya,satu tindakan bodoh jika Presiden Pemuda Umno,(Lupa dah nama dia) meneruskan himpunan ini.Jika pembangkang ingin membuatkan himpunan,biarkan mereka.Jika nak Pemuda Umno nak buat juga himpunan,buatlah di tempat lain @ pada hari yang lain.

Mungkin kita fikir benda ini tak ada masalah.Tapi malang tidak berbau.Pemimpin Umno tak ada kesan apa-apa jika berlaku bergaduhan nanti.Mereka di lindungi oleh pegawai keselamatan masing-masing.Tetapi bagaimana dengan rakyat biasa?Ada yang mati,ada yang cedera dan lain-lain.Adakah pemimpin itu nak bertanggungjawab?Rasanya tak.Betul tak?

Bukan saya nak mempersoalkan tindakan @ kebijaksanaan pemimpin politik tetapi adakalanya kita boleh mempersoalkan tindakan mereka.Betul tak?Rasanya orang muda @ para belia boleh menilai sendiri tindakan pemimpin negara.Yang baik @ memberikan kebaikan kepada rakyat jelata,kita sokong,jika ia memberikan keburukan kita bangkang habis-habisan.

Apa pendapat korang mengenai Himpunan Bersih dan Himpunan Pemuda Umno(Apa nama himpunan mereka eh?saya dah lupa) ini?Mungkin korang ada penilaian sendiri mengenai perkara ini.Jika ada,jangan segan silu untuk memberikan pendapat masing-masing.Ini hanyalah pendapat dan bukannya fakta.Jadi semua pendapat adalah betul dan diterima.

Jom berbincang bersama-sama.

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


perhimpunan bersih 2011

Rakan Penaja & Sponsor Diperlukan Untuk Kontest SEO Bulan Jun 2011

Posted: 20 Jun 2011 07:37 AM PDT

sponsor kontest Rakan Penaja & Sponsor Diperlukan Untuk Kontest SEO Bulan Jun 2011

Sponsor Dan Rakan Penganjur Diperlukan!

Alhamdulilah,aktiviti mingguan untuk minggu lepas sudah selesai dan esok saya akan umumkan pemenang aktiviti berkenaan.Terima kasih bagi mereka yang join.Walaupun tak ramai tetapi bermakna kerana saya dapat membaca komen blogger lain mengenai blog saya ini.Alhamdulilah.

Untuk aktiviti seterusnya,saya bercadang untuk menganjurkan Kontest SEO kerana mendapat permintaan daripada pembaca blog ini yang minat untuk mempelajari Ilmu SEO.Sudah belajar ilmu SEO,pasti nak diujikan?

Dua jenis permainan SEO yang bermain difikirkan saya iaitu Buat Duit Dengan Blog dan Tip Blogging Terbaik.Untuk Buat Duit dengan Blog,kita nak blogger ceritakan pengalaman mereka mendapatkan duit dari blog masing dan suka duka mereka untuk dapatkan duit dari blog. Manakala Tip Blogging Terbaik pula,blogger perlu review entri-entri blogging yang mereka rasa berguna yang terdapat di Internet dan blog ini.Mereka perlu ceritakan apa kebaikan dan kesan setelah mereka membaca tip blogging berkenaan.

Pemenang akan dikira melalui google search engine dan mana-mana entri yang berada di 1st page google menggunakan keyword carian Buat Duit dengan Blog @ Tip Blogging Terbaik akan dikira pemenang.

Insya-Allah,Kontest SEO ini akan memberikan peluang kepada rakan-rakan blogger untuk menggunakan segala ilmu blogging mereka untuk menghasilkan entri terbaik supaya di index di 1st page google.Aktiviti ini akan mengambil masa selama sebulan maka kualiti artikel adalah sangat penting.Jika tidak,artikel korang mungkin akan jatuh.

Untuk aktiviti ini,2dayblogger.com akan menawarkan wang tunai berjumlah RM 200.Jadi untuk memeriahkan lagi aktiviti ini,saya mencari mana-mana rakan sponsor untuk sponsorkan hadiah dan juga rakan penganjur untuk menjadi promoter kepada aktiviti ini.In return,link blog sponsor dan rakan penganjur akan diletakkan di setiap entri blogger yang join kontest ini.Contohnya macam ini lah:-

Kontest SEO Buat Duit Dengan Blog ini Dianjurkan Oleh 2DayBlogger.Com Dengan Kerjasama ……..,……….,……….., & Hadiah Ditaja Oleh …….,……….,…………

Saya memerlukan minimun 1o dan max 20 orang rakan penganjur dan untuk rakan sponsor unlimited.Lagi ramai,lagi banyak hadiah yang boleh diberikan kepada peserta nanti.Betul tak?

Untuk sponsor,tak kisahlah apa jenis hadiah pun tak apa.Janji ada something yang korang nak sponsorkan.Wang tunai ke,top-up ke,hosting ke,baju ke,teddy bear ke,tudung ke,shawl ke.tak kisah..semuanya diterima dengan hati terbuka =)

Lebih lanjut mengenai Kontest SEO ini akan dijelaskan didalam entri yang seterusnya nanti.Sekarang ini saya nak kumpulkan dulu Sponsor Dan Rakan Penaja.Alhamdulilah,blog ini mempunyai trafik 10K sehari,jadi sedikit sebanyak trafik dari blog ini dapat menyumbang trafik ke blog korang nanti.Insya-Allah.

Jika ada yang berminat,boleh berikan nama korang dibawah ini.

SENARAI NAMA SPONSOR:-

SENARAI NAMA PENGANJUR:-

PREMIUM SPONSOR

Bagi mereka yang sponsor dalam jumlah yang banyak @ mahal,saya akan berikan mereka ruang iklan yang bersaiz 125 x 125 selama sebulan di bawah setiap entri.Sebanyak 4 slot untuk diberikan kepada Premium Sponsor.=)

 

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Kenapa Entri 2DayBlogger Tak Pernah Jadi Popular Di GengBlogger?

Posted: 20 Jun 2011 06:47 AM PDT

Sebenarnya saya sudah lama perasan benda ini tetapi malas nak ambil taw sangat lah sebab GengBlogger bukanlah penyumbang utama trafik kepada blog ini.Tetapi rasa terkilan lah sebab perkara ini berlaku.Haha…touching lak dia.=P

Mai tengok apa benda yang saya ingin bagi tahu:-

gengblogger Kenapa Entri 2DayBlogger Tak Pernah Jadi Popular Di GengBlogger?

Senarai Popular Post Hari Ini

gengblogger2 Kenapa Entri 2DayBlogger Tak Pernah Jadi Popular Di GengBlogger?

Entri Yang Mendapat 118 Like

Cuba perhatikan kedua-dua gambar diatas.Tidakkan rasa terkilan bila diskriminasileh GengBlogger.Haha..Saya perasan benda ini sejak entri itu saya ping di GengBlogger jam 12 lebih semalam.Dah dapat banyak like tapi masing tidak tersenarai didalam list entri popular tu.Yang dapat 2,3 like lak yang leh jadi popular post semalam.haha..Hampeh tol.

Sebablah selama ini tak pernah pun keluar di list popular post,rupanya blog ini dah diskriminasi dari GengBlogger.hahahaha…Tapi tak apalah,Macam saya cakap kat atas,GengBlogger tidak menyumbang banyak pun tetapi GengBlogger ini penting untuk memberitahu kepada rakan blogger yang lain mengenai entri terbaru saya.Itu je fungsi GengBlogger kepada saya=)

Sekian.

p/s:Insya-Allah,esok saya akan umumkan pemenang untuk aktiviti mingguan blog 2dayblogger.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

Kelebihan Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Posted: 20 Jun 2011 02:42 AM PDT

upin ipin puasa copy Kelebihan Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Gelagat Upin & Upin Time Puasa

Sekadar pengkongsian dengan pembaca-pembaca blog 2dayblogger.com.Kelebihan puasan sunat hari isnin dan khamis.Biasa jika hanya tahu berpuasa tetapi tidak tahu akan kelebihannya.Jadi entri ini pasti dapat membantu menambahkan pengetahuan kita kepada Islam.Insya-Allah.

Disunatkan juga berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada kedua-dua hari yang tersebut.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)

54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. “(1)

(Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Menurut Imam Nawawi, rahimahullah: Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan tidak menyebutkan tentang puasa. (2)

Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

__________________________

1. Tuhfat al-Ahwazi (3:450).

2. Riyad al-Salihin (hlm. 454).

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

55- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)

55- Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.

Baginda menjawab: “Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.”(1)

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.

Sumber:http://tazkirahawam.blogspot.com/2010/01/puasa-sunat-hari-isnin-dan-khamis.html

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts


puasa sunat isnin

Black Hat vs White Hat SEO:Apa Berbezaan Kedua Teknik SEO Ini?

Posted: 19 Jun 2011 11:27 PM PDT

 

white hat seo vs black hat seo Black Hat vs White Hat SEO:Apa Berbezaan Kedua Teknik SEO Ini?

White Hat SEO vs Black Hat SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wah,hari ini banyak betul entri bagi kategori blogging saya tulis.Banyak benda pulak yang ingin dikongsikan hari ini.Tapi entri kali ini agak serius kerana kita akan berkongsi mengenai teknik SEO.Ini merupakan asas kepada SEO tetapi ramai yang tidak tahu.Apa yang diketahui adalah berjumpa-jumpa untuk membuat entri yang sedang hangat.

Itu bukan teknik SEO,itu SEO SPAM.Itu kata orang lah,bukan saya.hehe..Eh,apa itu SEO SPAM?Kita tunggu entri dari Bro Framestone mengenai SEO SPAM ini sebabnya saya malas nak cerita pasal SEO SPAM.hehe…Bro,bila nak share artikel mengenai SEO SPAM yang bro dapat semasa pergi ke konvensyen blogger tu? =)

Baiklah,sekarang ini kita nak bincangkan mengenai Black Hat & White Hat SEO.Apakah itu topi hitam & topi putih SEO??Mungkin topi yang berwarna hitam dan topi berwarna putih kot?hehe..Eh,tapi apa kaitan topi dengan SEO nya?Entahlah saya pun tak tahu sebab itulah term yang diberikan.hahaha…

White Hat Adalah Berkaitan Dengan kontent.(Kualiti)

Didalam entri Apa Yang Saya Pentingkan Didalam Berblogging Jika Ingin Berjaya @ Dapatkan Trafik 10K Keatas?,saya ada menjelaskan bahawa betapa pentingnya kualiti artikel berbanding dengan trafik.White Hat adalah perkara yang berkaitan dengan kualiti entri kita semua.Lagi berkualiti entri kita @ entri yang original,maka lagi bagus dan lagi berkualiti serta mudah untuk di index di muka utama search engine.

White Hat adalah basic kepada SEO kerana White Hat ini tidak mementingkan kepada kuantiti tetapi kepada kualiti.Tetapi masalah sering berlaku kepada blog yang memberikan tip @ tutorial kerana kebanyaknya adalah copy paste.

Black Hat Adalah Berkaitan Dengan Number.(Kuantiti)

Black Hat ini pula adalah berlawanan dengan White Hat dimana fokus mereka adalah berusaha untuk menulis secepat mungkin berita-berita terbaru supaya mereka menjadi orang pertama yang publish berita berkenaan.Orang begini lebih mengutamakan kuantiti daripada kualiti dan mereka biasanya akan menulis satu @ dua perenggan sahaja.Apa yang mereka pentingkan adalah di index oleh Google tanpa memikirkan kepuasan mereka yang membaca entri mereka.

Pembaca Tidak Sukakan Entri Black Hat

Kita harus ingat bahawa jika kita ingin menggunakan teknik SEO,orang yang membacanya adalah pengguna internet yang tidak mempunyai blog @ Users yang menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat.

Justeru itu,sekiranya ingin menggunakan teknik SEO,pastikan korang menulis sepanjang yang boleh dan penuh berinformasi tetapi terdapat juga pengecualian bagi artikel-artikel tertentu.(maksudnya entri pendek)

Sebab itu jika korang perasan blog ini terbahagi kepada dua kategori pembaca iaitu SEO(normal readers) dan Blogger.SEO ini biasanya saya akan menulis mengenai berita semasa @ isu semasa serta hiburan dan manakala Blogger saya akan menulis mengenai Blogging.

Saya cuba pastikan kedua-dua pihak mendapat kebaikan dengan melayari blog saya ini.Insya-Allah.

Memahami Kehendak Pembaca @ Pengguna Internet

Selain daripada memahami kedua-dua term SEO ini,jika juga harus fikirkan kehendak pembaca @ pengguna internet.Perkara ini sangat-sangat perlu dititikberatkan bagi blog-blog yang mempunyai trafik yang tinggi kerana blog-blog ini akan menjadi rujukan kepada pengguna yang menggunakan SEO engine.

Didalam kita asyik mengejar trafik dan income,kita juga harus ingat responsibility kita sebagai seorang blogger iaitu menyampaikan maklumat kepada pengguna Interent.

Tetapi ini cuma pendapat saya mengenai dunia blogging.Mungkin korang berpendapat lain.Biasalah tu.

Baiklah,kesimpulan dari perkongsian kita hari ini adalah:-

  • White Hat lebih pentingkan Kualiti penulisan
  • Black hat lebih pentingkan masa & kuantiti

Tapi sebenarnya kita semua menggunakan satu lagi term SEO iaitu Gray SEO dimana Gray SEO ini berada ditengah-tengah antara White and Black SEO.

Tak kisahlah mana-mana pun tetapi sebagai blogger,kita harus mengetahui serba sedikit term-term ini semua walaupun ia tidak penting mana..hehe..tapi bila orang tanya boleh lah kita jawapkan?baru nampak blogger ini hebat..=)

Sekian.

p/s:insya-Allah,malam ini @ esok,saya akan umumkan pemenang aktiviti minggu =)

Baca Artikel Yang Berkaitan:
  • No Related Posts

Earning Tertinggi Dari YMads.Com,$ 15++ Sehari.Jom Buat Duit Dengan YMAds.Com

Posted: 19 Jun 2011 10:01 PM PDT

earning tertinggi myads Earning Tertinggi Dari YMads.Com,$ 15++ Sehari.Jom Buat Duit Dengan YMAds.Com

Earning Tertinggi Dari YMads.Com

I don’t know what to say tapi itulah kenyataannya.Saya tak tahu kenapa,tiba-tiba earning daripada YMads.Com meningkat begitu tinggi sedangkan saya bukan letak banyak pun banner mereka.Hairan dan pelik tapi hakikat ini terpaksa di terima juga.hehehe…

Mungkin itu dimanakan rezeki.Ramai yang bertanya mengenai adult ads @ iklan yang seksi dari YMads.Com,saya dah hantar email kepada mereka dan Insya-Allah,mereka akan majukan email saya itu kepada pihak pengurusan mereka.Kita tunggu dan lihat.Diharap korang semua juga boleh berbuat benda yang sama.Hantar email supaya mereka block adults ads ke akaun kita.

Btw,apa yang saya lihat kat blog saya ini jarang keluar adults itu.Mungkin disebabkan saya tak guna iklan saiz 300 x 280.Iklan saiz itu memang banyak iklan adults.Sebab itu saya tak pasang.Jika korang pasang juga n banyak iklan adults yang keluar,jangan salahkan saya pulak k.Pandai-pandai lah fikir =)

Sekian.

Baca Artikel Yang Berkaitan:

IchsanX

Posted: 20 Jun 2011 03:42 PM PDT

IchsanX


Contoh Karya Tulis Ilmiah Tentang Internet

Posted: 19 Jun 2011 08:08 PM PDT

contoh,karya tulis,ilmiah,tentang,internet
Widiatmoko, Mukhammad Luthfi. Karya Ilmiah. Pengaruh Internet Bagi Perkembangan Remaja. SMA Negeri 1 Banjarmasin. Kata kunciInternet, Perkembangan ,Remaja.

Karya tulis ini mengangkat tema pengaruh internet bagi perkembangan remaja. Dalam hal penelitian, penulis menggunakan metode kepustakaan yang relevan dengan bahan penelitian. Tim Berners-Lee yang berjasa menciptakan internet. Arus informasi bisa mengalir dalam hitungan detik ke segala penjuru dunia. Semua bermula ketika ditahun 1989, Berners-Lee membuat proposal untuk proyek pembuatanhypertext secara global, yang nantinya bernama World Wide Web (WWW). Saat itu, lulusan terbaik Fakultas Fisika Queen's College, Oxford University, London ini sedang bekerja di sebuah kantor pendistribusian sistem data ilmiah CERN di Jenewa, Swiss. Pada musim panas tahun 1991, WWW resmi digunakan secara luas pada jaringan internet. Selama rentang tahun 1991 hingga 1993, Berners-Lee terus berupaya membuat web agar bisa tampil maksimal.

Ia mulai membuat perancangan untuk halaman web sekaligus mengoordinir masukan dari para pengguna internet. Ia juga tercatat sebagai orang pertama yang membuat browser, server, dan kunci protocol untuk internet. Hasil karyanya dalam membuat alamat URL, penggunaan HTTP, dan pengodean HTML terbukti berhasil dan menjadi kemajuan besar dalam perkembangan teknologi web



Tidak ada komentar:

Posting Komentar