
Ramai yang bertanya betul ke blog ini boleh dapat duit??Macam mana nak buat duit dengan blog?Senang ke buat duit dengan blog?Boleh ajar saya cara buat duit??dan macam-macam soalan lain.Biasalah tu siapa yang taknak duit kan??Ada kala saya akan jawap dan ada kala saya tidak akan jawap kerana soalan yang sama diajukan.Jadi bagi memudahkan korang semua mengetahui mengenai perkara ini,saya buatkan satu entri khas untuk menjawap persoalan “Bagaimana blog boleh menjana wang?”.
Sebelum korang berjaya membuat duit dengan blog,ada beberapa perkara yang perlu korang titikberatkan iaitu:-
- Kena ada blog
- Kena ada isi blog yang menarik
- Kena ada template blog yang menarik
- Kena ada template blog yang menarik
- Kena ada visitor yang ramai
- Kena sentiasa update blog
- Kena berkawan dengan blogger lain
- Dll-Fikir sendiri lah pulak k =)
Dah ada semua itu barulah kita mula fikirkan cara untuk buat duit dengan blog.Saya cadangkan bagi blogger yang baru agar tidak meletakkan iklan diblog mereka selama tiga bulan pertama supaya kita fokuskan dulu kepada perkara-perkara yang saya senaraikan diatas.Itulah yang selalu saya buat untuk blog-blog saya.Biasanya saya akan biarkan lama dulu barulah saya akan aktif berblogging menggunakan blog baru itu.Biar google menyedari kewujudan blog saya dulu barulah best nak berblogging.Betul tak?
Untuk membuat duit dengan blog ini,korang perlu letakkan iklan daripada syarikat pengiklanan seperti mana yang terdapat didalam blog ini dan blog-blog mereka yang lain.Apa yang korang perlu lakukan adalah mendaftar di syarikat pengiklanan dan letakkan code iklan mereka di blog masing-masing.
Setelah korang meletakkan code iklan di blog korang,nanti akan keluar iklan daripada syarikat pengiklanan yang korang sertai.Sebelum itu,sila pastikan dimana kedudukan iklan yang terbaik untuk diletakkan kerana secara default,semua syarikat pengiklanan menawarkan kempen CPC @ Cost Per Click.Jadi korang akan dibayar berdasarkan klik yang diterima.Selain CPC,ada juga beberapa istilah lain contohnya CPM @ Cost Per Impression dan CPA @ Cost Per Action.Tapi itu semua tak penting pun.Bila dah lama berblogging,korang akan familiar lah dengan term-term kat atas tu.Insya-Allah.
Setelah earning korang mencecah minimun payout,contohnya RM 50,korang boleh cash out wang berkenaan dan syarikat pengiklan akan menghantar cek @ bank in ke akaun bank korang semua.Lepas tu enjoylah dengan duit berkenaan. =)
Dibawah ini saya senaraikan syarikat-syarikat yang korang sertai untuk membuat duit dengan blog dan kesemua syarikat ini telah saya sertai.Antara syarikat-syarikat itu adalah:-
1.Nuffnang
Nuffnang adalah syarikat yang biasa disertai oleh blogger-blogger baru.Syarikat untuk menyertai Nuffnang adalah sangat longgor dan minimun cashout dia adalah RM50.Untuk berjaya dengan Nuffnang,korang perlu dapatkan kempen Buffered Earnings @ juga dikenali sebagai CPM tapi bukan senang untuk dapatkan Buffered Earnings ini daripada mereka.
Saya gunakan Nuffnang ini sekejap sahaja kerana rasa tidak puas hati dengan sistem yang mereka gunakan.Bagi saya Nuffnang tidak sesuai digunapakai pada blog yang mempunyai trafik yang tinggi.
2.Advertlets
Advertlets ini okay juga nak digunakan tetapi masalahnya time nak dapat payment.Bengong sikit Advertlets ini.Begitu liat nak bayar kepada publisher.Saya pun hairan kenapa syarikat-syarikat masih nak beriklan dengan Advertlets ini walaupun sering dikritik hebat oleh blogger.Advertlets yang bodoh atau syarikat yang beriklan itu bodoh??
Kalau korang tidak sabar,janganlah guna Advertlets ini k.Cash out dia pun adalah RM 100.Tapi saya masih letakkan iklan mereka di blog ini…Mungkin one day,kita boleh buat report kerana mereka menipu kita.Mane tahu kan?hehe
3.701Panduan
Sebelum ini saya berpendapat 701Panduan adalah alternative terbaik kepada Nuffnang kerana mereka lebih telus berbandinga Nuffnang dan bayaran untuk satu klik juga agak mahal iaitu RM0.30 berbandingan RM 0.25 bagi Nuffnang tetapi sistem Nuffnang agak bengong.Bila saya pasang 701Panduan,banyak klik yang saya dapat tetapi masih saya letak iklan Nuffnang,nak dapat 1 klik pun payah.Nampak sangat penipuan berlaku disitu.Betul tak?Korang perasan tak benda ini?
Tapi sekarang ini rate untuk 701Panduan sudah menurun iaitu RM0.10/klik.Memang agak murah lah bayaran mereka itu dan kerana itu saya rasa berat hati untuk letakkan iklan mereka.hehe..Walaubagaimana pun saya masih letakkan iklan mereka tetapi tidak berharap sangat untuk dapat income yang banyak daripada mereka seperti dulu.Saya pernah dapat RM699 daripada mereka tapi masa tu ratenya adalah RM0.30.RM 0.10 itu terlalu murah bagi saya.
4.Adsniaga
Yang seterusnya adalah Adsniaga.Saya guna kejap sahaja adsniaga ini kerana bayarannya adalah paling murah diantara syarikat-syarikat lain.RM0.01.Memang korang akan tunggu lama lah untuk cash out.Kalau 701 panduan saya boleh dapat beratus-ratus sebulan tapi untuk Adsniaga ini,nak cash out setiap bulan pun susah.Jadi sebab itu saya buang iklan mereka.Hanya akan memberatkan lagi blog saya sahaja.hehe…
Tapi jika korang tak kisah,korang boleh letak iklan mereka di blog korang.Tak ada masalah pun.Cuma saya ini jenis berkira sikit.Saya taknak mereka untung banyak tetapi kita untung sedikit sahaja.Kita siang malam cari trafik,cari visitor baru,promote iklan mereka tetapi mereka bayar kita murah sahaja.
5.Innity
Last but not least adalah Innity.Kalau trafik korang dah tinggi masa tu,korang boleh apply Innity ini.Dengan innity ini rasanya mudah untuk korang dapat beratus-ratus sehari.Insya-Allah.Ia bergantung juga dengan rezeki korang.
Kesimpulannya,untuk buat duit ada banyak peluang dan caranya.Jangan risau sangat pasal duit ini kerana ia sendiri akan mencari korang apabila blog korang sudah mantap.Diharap entri ini dapat menjawab persoalan korang semua.Bagi yang rasakan entri ini menarik untuk dikongsikan,sila lah kongsikan dan jangan lupa untuk bagi backlik ke entri ini.=)
Sekian.
Related Posts:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar