Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Minggu, 19 Juni 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 17 Jun 2011 07:23 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Jom Buat Duit Dengan YMads.Com-Boleh Dapat RM5 – RM 15 Sehari!

Posted: 17 Jun 2011 02:26 AM PDT

myads Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Interface Dashboad Yang Menarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Sebelum ini saya ada ceritakan peluang-peluang untuk mendapatkan duit melalui blog didalam entri yang bertajuk Buat Duit Dengan Blog – Panduan Untuk Membuat Duit Dengan Blog.

Dan didalam entri bertajuk Betul Ke Blog Boleh Buat Duit?.Cuba Tengok Bukti Ini.Jangan Terkejut!(Bukti Kukuh) ,saya ada menceritakan mengenai syarikat pengiklanan baru yang boleh dicuba oleh para blogger untuk mendapatkan duit dari kerja-kerja berblogging ini.

Berita baik untuk pengguna Nuffnang adalah ini merupakan syarikat daripada Zimbabwe dan ia bukanlah competitor kepada syarikat Nuffnang.Insya-Allah ia takkan menjejaskan status Nuffnang korang.Tapi tak tahulah kalau Nuffnang rasa tercabar dengan YMads nanti…hehe…

YMads.Com menawarkan dua jenis pengiklanan iaitu CPM dan CPC dan bayaran bagi setiap iklan adalah berbeza mengikut negara.Ada negara yang dibayar mahal dan ada negara yang dibayar murah.Dan dari segi bayaran kepada publisher,mereka menggunakan formula NET30 dimana bayaran akan dibuat dalam setelah genap 30 hari.Dengan kata lain setiap akhir bulan.Alhamdulilah,payment pertama dari mereka sudah pun saya terima.

Gambar diatas sana itu adalah screenshot pendapatan saya daripada YMads.Com dan nilainya semakin berkurang kerana saya buang iklan yang bersaiz 300x 280 kerana iklan itu terdapat banyak iklan-iklan yang kurang sesuai dipaparkan disini.Jika tidak blog ini mampu untuk dapatkan antara $8 – $ 10 sehari.Wow,banyak kan?Jadi apa lagi,jomlah daftar YMads.Com

Apa yang menarik mengenai YMads adalah ia menawarkan CPM.Bagi blog-blog yang mempunyai trafik yang tinggi,iklan CPM adalah yang terbaik kerana setiap page impression kita akan dibayar.Tetapi CPM juga sesuai untuk blog yang mempunyai trafik yang rendah juga kerana walaupun mereka sedikit susah(jika dibandingkan dengan blog yang mendapat trafik tinggi) untuk mendapatkan klik pada iklan tetapi earning mereka tetapi bertambah kerana iklan CPM.Itulah sebabnya kepada saya suka YMads dan Advertlets tapi masalah Advertlets adalah mereka susah nak bayar payment kepada bloggers.Pandai buat hutang je Advertlets ini.Macam mana lah syarikat pengiklanan masih yakin dengan Advertlets ini.Aduyai.

ymads earn Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Jumlah Earning Dalam Masa 7 Hari Yang Lepas(Terbaru!)

Diatas itu adalah gambar screenshot earning terbaru dalam masa 7 hari.Seperti yang saya beritahu bahawa earning saya drop kerana saya buang iklan bersaiz 300x 280.Tetapi kita okay lah tu kan?hehe..kalau tidak lagi banyak yang saya dapat.=)

Mengenai dengan payment,mereka akan hantarkan earning yang korang perolehi dalam sesuatu bulan terus ke akaun Paypal korang.Haa tahu tak apa itu PayPal?PayPal in macam sejenis kuih yang rasanya manis-manis sikit….hehehe…Paypal adalah pembankan online seperti Maybank2u dan CIMBClicks.Untuk membuka akaun Paypal adalah percuma dan korang hanya perlu daftar akaun korang disini: http://www.paypal.com

+Kredit kad @ mastercard tidak diperlukan untuk mendaftar di YMads.Harap Maklum!

Semasa korang mendaftar Paypal nanti,mereka akan minta korang verify akaun korang menggunakan kad kredit.Apa yang perlu korang buat adalah abaikan sahaja proses verify itu.Proses verify itu penting kalau korang membuat proses jual beli menggunakan Paypal.Akaun Paypal saya pun tidak di verify lagi…hehe…

ymads earn1 Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Bukti Bayaran Dari YMads Di Paypal

Cuba perhatikan,walaupun earning saya cuma $2.06 tetapi mereka tetapi membuat bayaran.Tak kisahlah berapa banyak yang korang dapat.Kelakar tol,sikit giler saya dapat masa mula-mula join.hehe..itu pun sebab dah nak abis bulan….=P

tranfer duit dari paypal Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Bukti Saya Withdraw Earning Dari Paypal Ke Akaun Bank

Diatas ini pula adalah bukti salah satu transasi dimana saya withdraw duit dari Paypal ke akaun bank saya.Haa percaya tak?Dah yakin dengan YMAds?Kalau dah yakin,jomlah daftar YMads.Com sekarang juga.

tranfer duit dari paypal1 Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Pilihan Untuk Membuat Withdraw-Akaun Bank @ Credit Card

Manakala diatas ini adalah pilihan yang boleh korang buat untuk withdraw wang korang.Saya baru perasan yang kini paypal dah boleh transfer duit ke akaun bank.Time dulu-dulu,susah sikit nak withdraw duit dari Paypal…Agak lama tidak membuat akaun paypal saya ini…sebab itu agak ketinggalan =)

Macam mana sekarang?Dah yakin?semua saya dah tunjukkan kepada korang semua.Diharap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu korang semua untuk mendapatkan wang sampingan di blog masing-masing.

Jika korang berminat nak belajar cara buat duit ini,saya cadangkan korang pergi ke blog Titan.Blog dia memang 100% bercakap mengenai “How to make money with blog”.

APA LAGI?Jomlah Daftar YMads.Com.Sekarang Juga.

Nota Tambahan: Paypal ID

Semasa korang mendaftar akaun YMads.Com,nanti diorang akan minta Paypal ID.Jadi paypal ID adalah email address korang.

Nota Tambahan:Cara Mendaftar Akaun PayPal

1.Mula-mula pergi https://www.paypal.com/my

2.Sign up dan isi borang yang disediakan kemudian klik submit.

3.Lepas itu korang akan dipaparkan dengan skrin seperti dibawah ini:-

paypal Jom Buat Duit Dengan YMads.Com Boleh Dapat RM5   RM 15 Sehari!

Korang tak perlu nak byr apa-apa dan just klik “Go To My Account”.

4.Selepas itu korang akan dibawa ke dashboard akaun korang.Sekarang lihat menu notification di sebelah kanan dan sila buat pengesahan email masing-masing.

5.Siap.Tak perlu buat apa-apa lagi lepas itu dan sign out.Done =)

Terima kasih!

Related Posts:

  • No Related Posts

Korang Sedang Mencari??:

bukti dapat duit online 2011,

Entri SEO,Pakar SEO,Teknik SEO,Semua SEO!-Sila LUPAKAN Semua Itu!

Posted: 16 Jun 2011 09:00 PM PDT

trafik blog melalui image Entri SEO,Pakar SEO,Teknik SEO,Semua SEO! Sila LUPAKAN Semua Itu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Sekarang ini ramai yang mencari-cari mengenai SEO dan dah banyak blog yang menceritakan mengenai SEO.Tetapi apa sebenarnya SEO dan bagaimana ia digunapakai didalam blog?Saya sendiri tidak tahu secara jelas mengenai SEO.Saya lihat ramai yang tersalah anggap mengenai SEO ini.Bagi sesetengah pihak,mereka mengklasifikasikan menulis entri mengenai berita semasa,berita hangat,gosip adalah SEO.Tapi sebenarnya tidak,SEO ini sangat luas dan bukannya hanya dengan menulis berita-berita sensasi.Cuba search di Google untuk mencari lebih detail mengenai SEO.

Mungkin korang melihat saya menulis mengenai berita-berita semasa disini dan lantas korang peranggapan bahawa menulis berita semasa adalah SEO.Betul tak?Sebenarnya apa yang saya kongsikan disini adalah mengenai apa yang tulis di blog ini.Tagline blog ini adalah “Perkongsian Ilmu Dan Berita Terkini Di Malaysia”.Jadi apa sahaja yang saya tulis adalah bersanggut paut dengan tagline blog ini.

Kenapa saya menulis semua itu?kenapa saya menulis mengenai berita terkini,berita hiburan,berita sukan dan lain -lain lagi?Sebabnya supaya saya sentiasa up-to-date dengan situasi yang berlaku sekarang ini di Malaysia dan di Internet.Saya menulis mengenai Berita Semasa dan kesannya,saya tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini dan saya berikan pendapat saya mengenai perkara itu.

Contohnya saya menulis mengenai Bijak @ Bodoh?Facebook Page Visit Malaysia Bernilai RM 1.8 Juta.Sebelum saya menulis,saya membaca artikel mengenai berita itu dan kemudian saya uraikan serta beri pendapat mengenai berita itu.Bukannya main copy paste tetapi berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara dengan para pembaca blog ini.Bila bercakap mengenai pendapat,ia bermaksud apa sahaja yang ditulis oleh kita(Bloggers) adalah betul walaupun benda itu kita fikirkan salah.Tapi bagi penulis ianya betul dan setuju dengan sesuatu perkara.Kita kena terima dengan pendapat dia itu.

Jika kita tidak setuju dengan pendapat yang dikemukan itu,kita bagi pula pendapat kita.Bukannya kita nak hentam penulis blog itu.Hentam,hentam,hentam sebab nak tegakkan pendapat kita.Tak perlu sebab itu adalah pendapat peribadi penulis itu.Jika kita mempunyai pendapat lain dan ingin mengulas perkara yang dibincangkan itu,tulislah diblog sendiri.Kupas perkara yang dibincang itu di blog sendiri.Tak perlu nak komen dan gaduh-gaduh kerana blog adalah tempat untuk kita berkongsi buah fikiran kita.

Malangnya ramai yang tidak faham apa itu fungsi blog dan kenapa mereka menjadi blogger.Blogger bukan tempat untuk membuat duit semata-mata,tempat untuk menjadi femes,tempat untuk mencari kawan tetapi blog adalah tempat untuk kita mengispirasikan pendapat dan pandangan kita dengan orang lain kerana kita adalah penulis.Penulis @ blogger adalah seorang yang suka berkongsi dan memberikan pendapat seperti mana yang dikatakan oleh Blogger Anarm:-

Sebagai seorang blogger, kita lakukan banyak perkara berbeza setiap hari. Ada blogger yang menyampaikan maklumat, ada blogger yang mengajar orang lain, ada yang berbincang tentang sesuatu topik, ada yang bekerja menjual produk dan lain-lain lagi. Aku gembira dengan hidup sebagai seorang blogger yang aku jalani sejak mula-mula blogging dulu sehinggalah ke hari ini.

Blogging dah menjadikan aku seorang penulis, seorang pembaca, seorang pengkritik, promoter macam kat shopping mall, juga dapat berkongsi pendapat dan idea dengan pembaca, berkongsi ilmu pengetahuan, mengajar orang, menyampaikan info tentang sesuatu perkara dan sebagainya. Aku cukup puas dengan apa yang aku buat sekarang. Aku dah jadi seorang blogger yang berjaya! Berjaya tu bukannya menjadi terkenal dalam dunia blogger, atau dapat buat duit dengan blog, tapi berjaya dapatkan kepuasan melalui blogging. Itu juga satu kejayaan!

Begitu bermakna apa yang dikatakan oleh Anarm dan saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Anarm.Dan ini pula adalah pesanan Anarm kepada kita semua:-

Bila kita dah masuk ke dalam dunia blogger, dah jadi tanggungjawab kita untuk buat kerja-kerja blogging. Kalau kita berputus asa dengan blogging, sama juga macam kita berputus asa dengan kehidupan kita. So, jangan sesekali putus asa dengan hidup kita. Jalankan tanggungjawab kita semua sebagai seorang blogger dengan penuh dedikasi sampai kita dapat apa yang dipanggil KEJAYAAN!

Lupakan lah mengenai teknik SEO,pertaruhan SEO dan benda alah-benda alah SEO tu.Fokuskan kepada penulis blog masing-masing.Didalam penulis itu masukkan keyword-keyword penting untuk dijadikan makanan Google.Hebat mana pun permainan SEO kita tetapi tidak mempunyai keyword density yang tinggi,kita tetap tidak akan di index halaman pertama search engine melainkan kita menulis entri yang kurang dicari atau kurang ditulis oleh orang lain.Sekejap je,tak sampai 5 minit dah diindex di 1st page google.Satu cara lain nak dapat trafik cepat adalah dengan menulis benda-benda lucah macam video seks,cerita seks,gambar bogel dan lain-lain.Konfirm dapat carian yang tinggi di Google.Tapi bagi saya ianya useless dan tidak boleh dibanggakan langsung.

Satu pesanan daripada blogger-blogger otai di dunia yang saya pegang  sampailah sekarang adalah “Content is king” dan bukannya “SEO is King” atau pun “Traffic is King”.Kerana hasil yang baik adalah datangnya dari artikel yang bermutu.Jika artikel bermutu,tak perlu belajar tentang SEO,secara automatik ia akan di index di 1st page di Google.

Apa yang penting sekali didalam berblogging ini adalah Be Yourself.Tak perlu nak terikut-ikut dengan trend orang lain dengan bermain SEO ini.Tulis seperti biasa sahaja dan bina kualiti blog masing-masing.Kalau blog korang mengenai hiburan,tulis mengenai hiburan,jika blog korang mengenai personal,tulislah mengenai personal.Ataupun jadi macam blog saya ini iaitu blog campur.Macam-macam ada tetapi semuanya hasil penulisan dan pendapat saya sendiri.

p/s:Nak copy entri orang lain boleh tetapi bagilah backlink pada mereka @ buat seperti yang saya lakukan diatas tu.Ambil entri orang untuk dijadikan sebahagian dari entri saya.@ ambil entri orang lain dan bagi pendapat mengenai entri mereka itu.Banyak cara untuk berjaya didalam dunia blogging ini.Banyak benda yang ingin korang pelajar tapi banyak lagi yang perlu dipelajari.Selami jiwa,selami akal,selami lautan alam.Fikir-fikirkan =)

Related Posts:

Kumpulan cerita motivasi

Posted: 17 Jun 2011 05:46 PM PDT

Kumpulan cerita motivasi


Perjalanan

Posted: 16 Jun 2011 06:43 PM PDT

Terbang dengan merentang kedua sayap membujur diantara hembusan angin yang menerpa,sesekali mengepak sayap memacu bersama tiupan angin, melayang-layang di bentangan alam. Bulu-bulunya begitu halus,sehalus kain sutra, seindah bintang di langit yang memancarkan kemilauan cahaya. Kepakan sayapnya membelah rintangan yang menghadangnya, mengarungi lautan kebebasan, melesat laksana anak panah yang terlepas dari busur, melintasi jazirah alam. Sayap [...]

IchsanX

Posted: 17 Jun 2011 03:17 PM PDT

IchsanX


Tips Cara Mudah Obati Sariawan

Posted: 16 Jun 2011 07:59 PM PDT


ImageMeski bukan tergolong penyakit yang serius, Sariawan kalau tidak segera mendapat penanganan juga sangat menggangu. Terutama saat kita makan, minum dan berbicara.
Sariawan atau biasa disebut stomatitismerupakan peradangan atau pembengkakan pada lapisan mukosa mulut.
Hal ini bisa disebabkan dari beberapa faktor, seperti stres, luka di mulut, alergi makanan, siklus haid, terlalu banyak minum antibiotik atau asam.
Daerah yang bisa terkena sariawan termasuk pipi, gusi, lidah, bibir serta langit-langit mulut. Selain itu sariawan juga bisa menyebabkan perdarahan, bengkak serta warna yang memerah.
Sebenarnya ada cara cepat meredakan sariawan dengan dengan menggunakan bahan-bahan sederhana atau yang dapat kita jumpai dengan mudah dirumah, seperti yang dikutip dari Mayoclinic dan Ehow, senin (4/4/2011), yakni:
1. Berkumur dengan air garamBerkumur dengan air hangat yang dicampur garam tiga kali sehari dapat menyembuhkan luka sariawan dengan cepat. Kandungan garam dapat menarik cairan pada luka sariawan sehingga dapat mempercepat penyembuhan.
2. Minum yogurtYogurt membantu keseimbangan bakteri di mulut dan tubuh. Hal ini akan mempercepat penyembuhan dan membantu mencegah sariawan. Untuk merasakan hasilnya, pastikan yogurt mengandung acidophilus hidup.
3. Bilas mulut dengan obat tradisionalBilas mulut dengan salah satu dari beberapa obat tradisional, seperti lidah buaya, ekstrak biji anggur, peroksida hidrogen, jus plum, tea tree oil dan air hangat dengan garam.
4. Oleskan luka dengan bawang dan pepayaMenerapkan langsung obat ke luka sariawan juga dapat mempercepat proses penyembuhan. Gunakan bawang mentah, pepaya atau kantong teh langsung pada luka sariawan.
5. Coba baking sodaCampur baking soda dengan air yang dijadikan obat kumur atau pasta untuk melapisi luka sariawan. Baking soda akan membantu menghilangkan bakteri di dalam mulut dan mengurangi rasa sakit.
6. Minum vitaminStudi menunjukkan sariawan lebih sering terjadi pada orang yang kurang vitamin B. Vitamin C, zat besi dan asam folat juga berperan dalam mencegah dan penyembuhan sariawan.
Bila sariawan tak kunjung sembuh hingga 2 minggu atau lebih, maka sebaiknya temui dokter. Ini adalah tanda kondisi yang lebih serius yang perlu ditangani.

Bisa juga lihat artikel teman saya tentang cara mnangani sariawan:
3 Cara Mengatasi SariawanCara Sederhana Mengatasi SariawanTips Melenyapkan Bau Mulut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar