Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Selasa, 21 Juni 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 19 Jun 2011 07:15 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Blog-Blog Yang Hebat @ Berjaya Yang Menepati Niche Blog

Posted: 19 Jun 2011 06:41 PM PDT

amanz Blog Blog Yang Hebat @ Berjaya Yang Menepati Niche Blog

Amanz-Blog Yang Mempunyai Niche Teknologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk berjaya didalam dunia blogging ini,kita perlukan niche blog @ kategori blog yang akan menjadi brand kepada blog kita.Tetapi tidak ramai yang berjaya untuk menghasilkan blog yang mempunyai niche contohnya blog saya ini.Semua ada didalam satu blog.

Ini berlaku kerana fokus saya bukanlah untuk menghasilkan blog yang mempunyai niche tertentu tetapi untuk berkongsi pendapat dan ilmu kepada pembaca.Sebab itulah disini ada banyak benda yang dipapar dan di bincangkan.

Niche blog secara mudahnya adalah kategori blog.Ada banyak kategori @ niche blog antarany adalah hiburan, teknologi, kekeluargaan, sukan, personal dan lain lain lagi.Jika korang perasan,jika korang mendaftar di mana-mana syarikat pengiklanan,mereka akan tanya blog korang berada di kategori mana.Betul tak?sebenarnya mereka bertanya mengenai niche blog korang semua kerana biasanya iklan akan dipaparkan mengikut niche blog masing-masing.

Jika blog seperti saya ini ingin mendaftar di mana-mana syarikat pengiklanan contohnya Innity,memang saya akan pening untuk memilih kategori mana blog saya ini sebabnya semuanya ada disini.hehe..Rasanya korang pun pasti akan mengalami masalah yang sama kan?

Walaubagaimana pun,terdapat blog-blog hebat yang berjaya mengekalkan niche blog masing-masing dan kelebihan niche adalah ia memudahkan pembaca mengenali @ mengetahui identiti blog kita.Antara blog yang saya maksudkan itu adalah seperti dibawah ini:-

Blog Hiburan

  • BeautifulNara
  • Ohbulan
  • Ohartis
  • dan lain-lain

Teknologi

  • Amanz

Kekeluargaan

  • Redmummy
  • Eyriqazz

Personal

  • Cik Epal
  • Fatin Liyana
  • Hanis Zalikha

Sukan

  • Sokernet

Pendidikan & Kerjaya

  • Eputra

Okay,mungkin ada lagi blog-blog lain yang menepati niche-niche tertentu.Tapi cuma mengenali blog-blog diatas sahaja.hehe..

Kelebihan blog yang mempunyai sebegini adalah ia memudahkan pembaca mengenali identiti sebenar blog korang semua.Ini akan menambahkan keyakinan kepada pembaca untuk datang ke blog korang.

Sekarang ini saya sedang membina blog-blog lain yang mempunyai niche-niche tersendiri.Saya cuba elakkan daripada membuat blog seperti ini.

Haaa,bagaimana dengan korang?korang tahu tak niche blog korang?haha..tentu tak tahu kan?hehe…Apa kata korang kongsikan niche blog korang bersama-sama saya.Saya akan buatkan satu lagi list kat bawah ini untuk letakkan blog + niche korang.Kita tengok betul ke tak niche yang korang pilih. =)

2dayblogger1 Blog Blog Yang Hebat @ Berjaya Yang Menepati Niche Blog

Contoh Blog Yang Tidak Mempunyai Niche Yang Tersendiri


Related Posts:

Video Lucah Dan Skandal Mat Sabu Tersebar!.Lepas Ini Siapa Lagi?

Posted: 19 Jun 2011 05:00 PM PDT

mat sabu seks skandal video Video Lucah Dan Skandal Mat Sabu Tersebar!.Lepas Ini Siapa Lagi?Selepas video lucah Anuar Ibrahim,sekarang ini keluar lagi video lucah lain pula.Video lucah Anuar Ibrahim pun masih tidak selesai lagi kini datang lagi politik lucah yang lain.Kenapa masalah ini berteruskan?Kenapa tidak undang-undang untuk mengatasi masalah politik lucah ini?

Seriously,memang sangat menjengkalkan apabila politik negara di limbahi dengan video lucah ahli politik.Bagi penyokong sebelah pihak,mereka menyokong penyebaran video lucah sebegini kerana mungkin mereka berpendapat ini untuk menunjukkan kebenaran dan menunjukkan bahawa berapa teruknya lawan mereka.

Dan bagi pihak yang lain,mereka berpendapat bahawa penyebaran video lucah ini adalah untuk mencari undian daripada rakyat Malaysia dengan memburuk-burukkan lawan mereka.

Tapi adakah ini satu perkara yang baik?bagi saya,saya tak kisah pun apa yang berlaku di dalam dunia politik.Kerana perbezaan politik,kita bergaduh antara semasa bangsa dan agama.Masihkah kita ingat peristiwa dimana berpecahan semasa pemerintahan khulifah dahulu?Semasa Saidina Ali?Walaupun kedua-dua pihak adalah beragama Islam,bangsa yang sama tetapi disebabkan pendirian yang berbeza,pemerintahan khulafah berakhir dan berlaku berpecahan dikalangan umat Islam.

Mahukah kita melihat perkara itu berlaku?Saya minat pada sejarah.Mungkin orang berpendapat apa yang berlaku pada masa lepas tidak penting tetapi bagi saya ia memberikan banyak pengajaran kepada kita semua.

Masalah politik wang,politik lucah dan penyelewangan kuasa dan macam-macam lagi telah memberikan gambaran yang buruk dikalangan anak-anak muda sekarang ini.Contoh macam saya sendiri,apabila saya pergi baca blog politik,terasa sangat-sangat sakit hati apabila artikel & komen yang diberikan begitu teruk dan memalukan.Penuh dengan kata-kata yang lucah dan kurang menarik untuk dibaca oleh umum.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak,tetapi politik lucah macam ini boleh memberikan gambaran buruk kepada muda mudi.Hopefully,benda ini dapat diatasi dan dalam Islam sendiri bagi tahu,membuka aib orang lain adalah berdosa.Rasanya semua belajar agama.Betul tak?Nak cari kemenangan sekali pun tidak menghalalkan benda yang diharamkan.

Betul tak?Ini hanyalah pendapat saya.Bagaimana dengan korang semua?semua ada pendapat masing-masing.Mari kita berbincang dengan cara yang bijaksana disini.Insya-Allah.

p/s:Harap lepas ini tak ada lagi berita-berita @ politik lucah ini lagi.

Related Posts:

  • No Related Posts

Korang Sedang Mencari??:

vidio lucah mat sabu,

Godam Website Kerajaan-Adakah Itu Satu Penyelesaian?

Posted: 19 Jun 2011 03:34 PM PDT

godam Godam Website Kerajaan Adakah Itu Satu Penyelesaian?

H4cK3D By Anonymous

Kekecohan yang telah ditimbulkan oleh Cracker yang menyerang dunia Internet telah menjadi satu perkara yang cukup serius.Selepas menyerang laman web kerajaan kini mereka telah mengalih arah untuk menyerang blog-blog terutamanya yang mendaftar di GengBlogger.Com.

Difahamkan bahawa serangan daripada cracker ini adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati kerana kerajaan telah menyekat beberapa laman web files sharing terkemuka dunia.Yang dipersoalkan oleh mereka adalah kenapa website download di blok tetapi laman web lucah tidak pulak di blok.

Walaubagaimana pun,membuat protes seperti itu dengan menyerang laman web kerajaan kemudian menyerang blogger-blogger di Malaysia ini bukanlah satu penyelesaian.Bagi saya yang jarang download @ jarang menggunakan perkhimatan files download ini,ia tidak memberikan banyak masalah kepada saya tetapi ia memang akan jadi masalah bagi yang kaki download.

Tetapi,didunia ini terdapat banyak lagi laman web seperti itu yang terdapat di dunia ini.Jika 1 website download hilang,10 lagi yang akan naik nanti.Benda ini takkan hilang dan takkan ada penyelesaiannya.

Begitu juga dengan mereka yang mengatakan susah buat kerja sebab tak boleh share files kerja.Mereka boleh gunakan servis di laman web lain.So disitu dah ada penyelesaiannya.Setiap masalah adalah untuk diatasi.Insya-Allah.

Satu perkara yang saya setuju dengan apa yang dibuat oleh geng-geng cracker ini adalah menunjukkan masej yang berbunyi “Kena laman web download diblok tetapi laman web lucah tidak pula di blok”.Saya amat-amat setuju dengan protes yang dibuat mengenai perkara ini.

Diakhir cerita,cuba kita lihat apa yang berlaku sekarang ini?Walaupun mereka berjaya untuk mengodam laman web kerajaan tetapi apa tindakan kerajaan?tak ada kan?cuba tengok,masalah ini juga tidak boleh diselesai walaupun kita buat protes yang agrasif begitu.

Betul tak?apa pendapat korang mengenai perkara ini?

Related Posts:

  • No Related Posts

Lagu Tema OST Stanza Cinta – Kisah Hati Alyah

Posted: 19 Jun 2011 03:00 PM PDT

Stanza Cinta Lagu Tema OST Stanza Cinta – Kisah Hati Alyah

 

Lirik Lagu Kisah Hati Alyah – Kisah Kita (Lagu Tema OST Stanza Cinta TV3)

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 

Related Posts:

  • No Related Posts

Korang Sedang Mencari??:

stanza cinta ost,ost stanza cinta,ost staza cints,stanza cinta,

Sinopsis Drama Dewa Cintaku Slot Akasia TV3

Posted: 19 Jun 2011 02:54 PM PDT

Drama Dewa Sinopsis Drama Dewa Cintaku Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Dewa Cintaku TV3

Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.

June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu "Dewa Cinta".

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

VIDEO PROMO DRAMA CINTAKU – KLIK SINI

Sumber:Puan Bee.Com

p/s:jangan lupa untuk saksikan Drama Dewa ini k

Related Posts:

Penipuan Blogger:Hati-Hati Dengan Penipuan User Online Di Blog

Posted: 19 Jun 2011 08:56 AM PDT

penipuan user online1 Penipuan Blogger:Hati Hati Dengan Penipuan User Online Di Blog

Penipuan Users Online Di Blog

Hai semua….

Tadi saya sempat jalan-jalan kat internet ini dah terjumpalah satu blog ini.Wow,bila tengok user online memang hebatlah malahan mengalahkan blog ini.Tapi bila dilihat dari segi content dan alexa rank tak adalah hebat sangat.Jadi teringin juga nak mencari rahsia blog ini.

Kemudian saya pun godek-godek blog itu dan saya dapati blog itu hanya blog biasa sahaja.Komen pun tak banyak mana.Jadi kehairanan bagaimana boleh mempunyai user online yang begitu ramai.

Saya pun klik pada button itu dan ini yang saya dapat:-

penipuan user online2 Penipuan Blogger:Hati Hati Dengan Penipuan User Online Di Blog

Link Yang Terdapat Berbeza Dari Blog Yang Diletakkan Widget

Barulah saya tahu rahsia blog itu.Sebenarnya yang ramai-ramai itu bukannya datang dari blog berkenaan tetapi datang dari blog politik.Mungkin blog politik itu adalah blog lain bagi empunya blog itu.Antara kelima-lima link yang dipaparkan itu,tak ada satu pun link @ entri yang datang dari blog yang saya buka takdi.Semua dari blog politik itu.

Salah ke buat macam ini?Mungkin tak salah jika korang tidak menawarkan pengiklanan di blog.Jika ya,memang korang salahlah sebab menipu pengiklanan anda dengan user online yang datang dari blog lain.

Ini bukanlah satu etika blogger yang bagus.Bagi rakan-rakan yang lain,usah gunakan cara ini untuk memperdayakan orang yang masuk ke blog korang semua.Renung-renungkan dan selamat beramal.=)

 

 

Related Posts:

2DayBlogger.Com Terima 5 Juta Impression,170 Ribu Klik Dari Search Engine Sebulan

Posted: 19 Jun 2011 02:01 AM PDT

impression 2DayBlogger.Com Terima 5 Juta Impression,170 Ribu Klik Dari Search Engine Sebulan
Ini hanya entri ringkas sahaja kerana saya ingin tunjukkan satu benda yang begitu memeranjatkan saya ketika membuka akaun Google Webmaster.Percaya @ tidak rupanya-rupanya blog ini mendapat 5 juta impression dalam masa 1 bulan daripada search engine.Wow.Hehehe…

Manakala klik pula adakah 170 ribu.Jika dilihat dari gambar diatas,impression dan clicks jatuh agak banyak berbandingan sebelum-sebelum ini.Saya baru perasan mengenai Search Queries ini.

Impression adalah sangat penting kepada advertising.Jadi bukan trafik sahaja yang harus dititik beratkan tetapi juga impression dan Bounce Rate.

Jika korang nak tengok impression dan clicks seperti kat atas,korang boleh gunakan servis daripada Google Webmaster.Selamat Mencuba.

Related Posts:

  • No Related Posts

Apa Yang Saya Pentingkan Didalam Berblogging Jika Ingin Berjaya @ Dapatkan Trafik 10K Keatas?

Posted: 19 Jun 2011 12:09 AM PDT

Assalamualaikum….

berjaya dalam blog Apa Yang Saya Pentingkan Didalam Berblogging Jika Ingin Berjaya @ Dapatkan Trafik 10K Keatas?

Resepi Untuk Menjadi Blogger Hebat

Setiap blogger di dunia ini pasti mengharapkan kejayaan didalam dunia blogging.Untuk berjaya untuk menjadi blogger,bukanlah satu perkara yang mudah ABC @ 123 tetapi ia memerlukan kesungguhan untuk berjaya.Tidak ada didunia ini baru bermula semalam tetapi hari ini dah impikan kejayaan.Itu adalah mustahil sama sekali.

Untuk berjaya didalam sesuatu bidang,kita perlukan kemahiran didalam bidang yang kita ceburi.Didalam dunia blogging ini sebenarnya ada banyak bidang yang boleh korang semua kuasai contohnya bidang hiburan,teknologi,berita semasa,tutorial dan lain-lain lagi.

Semua itu memerlukan kemahiran masing-masing untuk menulis mengenai bidang-bidang yang diceburi.Jika ada kemahiran,barulah artikel yang dihasilkan berkualiti.

Bukanlah sukar untuk menguasai semua itu jika korang tumpukan kepada penulis kepada bidang yang korang pilih.Seperti saya sendiri,sebelum saya mampu menulis didalam banyak bidang @ berlainan kategori,saya bermula dengan satu kategori dahulu iaitu blogging.Jadi untuk menguasai bidang blogging,saya mendalami ilmu blogging kemudian saya kongsikan kepada pembaca saya.Alhamdulilah,penulisan saya diterima oleh pembaca saya.

Kemudian,saya menukar tagline blog ini kepada Perkongsian Ilmu & Berita Terkini.Jadi saya mula menulis mengenai perkongsian ilmu,berbincangan dan juga berita terkini.Tetapi sebelum saya boleh menulis sesuatu perkara,saya perlu study dan mencari maklumat mengenai perkara yang saya ingin tulis.Bukannya main copy paste bodoh-bodah je.

Sedih saya melihat beberapa blog mempunyai trafik sehebat blog ini,setinggi blog ini tetapi kebanyakkan entrinya dicopy paste dari surat khabar.Bagi saya disitu hilang satu kepuasan berbloggging kerana berblogging ini adalah All about Writing and Opinion.Bab kata saya sebelum ini,Content is King.Bukannya Traffic is King.

Baiklah,sekarang saya nak kongsikan kepada para blogger @ pembaca blog ini mengenai “Apa Yang Saya Pentingkan Didalam Berblogging Jika Ingin Berjaya?“sehingga saya boleh mendapatkan trafik lebih 10K sehari.Pasti ada rahsia disebalik kejayaan seseorang kan?Jom sambung baca lebih detail dibawah.

1.Gila Trafik @ Gila SEO

Benda yang paling dicari adalah trafik.Begitu juga saya.Dulu memang saya gila-gila cari trafik.24 jam memang saya fokuskan kepada mencari trafik.Bagaimana blog ini bermula dengan trafik beratus-ratus sehari berkembang ke beribu-ribu sehari sehinggalah berpuluh ribu sehari.

Tapi sebenarnya gila trafik @ gila seo ini bukan satu yang boleh membuatkan korang rasa puas sebab bila korang terlalu fikirkan trafik,korang akan abaikan kualiti blog @ kualiti artikel korang sebagaimana yang pernah berlaku pada blog ini dulu.

Sebab itulah,jika korang benar-benar yang belajar mengenai SEO @ buat entri SEO,korang kena faham apa sebenarnya SEO itu dan apa guna SEO itu.Entri SEO adalah untuk pengguna Internet diluar sana.Pengguna Internet yang tidak mempunyai blog.Jadi jika ingin buat entri SEO,pastikan ia berkualiti dan berinformasi supaya bila mereka search di google dan datang ke blog kita,mereka puas dengan informasi yang kita berikan.

Barulah kita rasa puas bila perkongsian kita dibaca dan digunapakai oleh pembaca.Orang tak pernah fikir pun berapa ramai trafik blog kita,orang cuma fikirkan betapa berkualiti dan berinformasinya belum kita.Hanya blogger sahaja yang menilai tinggi @ tinggi trafik sesebuah blog.Betul tak?

2.Gila Glamour

Dulu,teringin juga nak jadi femes macam blogger femes lain tu.Dikenali ramai oleh blogger mahupun bukan blogger.Tapi bila difikirkan balik,sebenarnya ramai lagi yang hebat daripada blogger femes iaitu blogger otai yang memang otai didalam dunia blogging ini.Blogger otai ini biasanya low profile tapi penuh ilmu didada dan mempunyai trafik dan earning yang jauh melebihi blogger femes kat luar sana.Percaya tak?

Jadi,saya lupakan hasrat saya untuk menjadi femes.Tapi alhamdulilah,blog ini pernah dipilih menjadi featured blog didalam Majalah Remaja Edisi 1 Jun 2011 baru-baru ini. =)Masa kita cari untuk jadi femes,tak ada pulak kuar Majalah kan?bila dah tak nak jadi femes,keluar dalam majalah lak.isk2

3.Tapi Sebenar….Kualiti Blog

Tapi sebenarnya bukan itu yang kita harus cari untuk berjaya didalam dunia berblogging ini.Tetapi kualiti blog.Jika korang ingin buat entri SEO,pastikan ia berkualiti dan berinfomatif kepada pembaca blog korang.Tak salah nak buat entri SEO tapi buatlah sebaik-baik mungkin dan jangan seperti melepaskan batuk ditangga.Setiap entri yang dibuat boleh diedit,jadi jika ada yang memberi pendapat @ teguran di entri itu,jika ubah semula supaya ia bertepatan dengan kehendak pembaca kita.

Alhamdulilah,saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pembaca blog ini yang sudi membetulkan typing error di blog ini.Maklumlah,saya biasanya menulis entri yang panjang seperti ini,jadi kebarangkalian untuk berlaku typo adalah tinggi.Terima kasih.

Saya pernah bertanya kepada syarikat pengiklanan saya,kenapa blog saya tidak dapat banyak kempen @ earning?Jawap mereka,”tingkatkan kualiti blog anda”.Mulanya saya tidak faham apa maksudnya.Lepas itu saya check semula blog ini semasa saya dapat banyak kempen dulu.Bila saya perhatikan memang ada perbezaan.Cuba-cubanya blog saya bermasalah.Leak of quality.

Sebelum kejadian itu,saya banyak berkongsi dan membuat perbincangan di blog saya tetapi sejak kebelakangan itu saya kurang menumpukan penulisan saya dan membuat entri-entri yang pendek dan saya buat sedar untuk di index di search engine.YES!-saya dapat trafik tetapi saya hilang trafik.Rugi kan?

Syarikat pengiklanan perlukan dua perkara,pertama adalah trafik dan yang kedua adalah kualiti.Jika korang ada trafik yang tinggi,belum tentu akan berjaya dan jika ada kualitit tetapi trafik tak ada,juga tidak akan berjaya.Jadi dua perkara ini memang tidak boleh dipisahkan.

Jadi renung-renungkan.Agak panjang entri ini,jika korang baca dari mula sampai ayat ini,nescaya korang akan memahami maksud saya.Jika ingin berjaya,ikutlah seperti saya ini.Bukanlah nak bagi tahu saya ini hebat @ otai tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu kepada rakan pembaca sekalian.

Apa pendapat korang mengenai apa yang saya katakan diatas?Komen sikit….Berapa bintang nak bagi untuk entri ini?hehe

Hari Terakhir Untuk Memenangi RM 60 Di Blog 2DayBlogger.Com.Cepat-Cepat Join!

Jom Buat Duit Dengan YMads.Com-Boleh Dapat RM5 – RM 15 Sehari!

Entri SEO,Pakar SEO,Teknik SEO,Semua SEO!-Sila LUPAKAN Semua Itu!

 

Related Posts:

BeautifulNara:Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Posted: 18 Jun 2011 10:54 PM PDT

zamiismailmeninggaldunia BeautifulNara:Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia, Al Fatihah

Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pagi tadi. Punca kematian beliau ialah serangan sakit jantung. Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Cerita Asal:BeautifulNara.Com

p/s:Hilang seorang lagi lagenda pelakon komedi tanah air yang hebat.

Related Posts:

Korang Sedang Mencari??:

zami ismail meninggal dunia,zami ismail meninggal,zami ismail,pak uda meninggal,zami meninggal,zami ismail meninggal dunia?,arwah zami ismail,PAK UDA,certa terkini zami ismail,zami ismail sudah meninggal dunia?,

Kumpulan cerita motivasi

Posted: 19 Jun 2011 05:15 PM PDT

Kumpulan cerita motivasi


Ikhlas untuk Memaafkan

Posted: 18 Jun 2011 10:01 PM PDT

Ikhlas memaafkan kesalahan  orang lain adalah suatu perbuatan yang tidak mudah, apalagi jika kesalahan yang dibuatnya adalah suatu kesengajaan untuk menyakiti hati kita. Tapi percayalah keikhlasan kita memaafkan orang yang berbuat salah pada kita akan membuat kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan ini. Sembilan tahun yang lalu aku adalah seorang ibu muda yang masih belajar [...]

IchsanX

Posted: 19 Jun 2011 03:07 PM PDT

IchsanX


"Tim" Berners-Lee Penemu World Wide Web

Posted: 18 Jun 2011 08:07 PM PDT


Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee, KBE (TimBL atau TBL) (lahir di LondonInggris8 Juni 1955; umur 55 tahun) adalah penemu World Wide Web dan ketua World Wide Web Consortium, yang mengatur perkembangannya.
Pada 1980, ketika masih seorang kontraktor bebas di CERN, Berners-Lee mengajukan sebuah proyek yang berbasiskan konsep hiperteks (hypertext) untuk memfasilitasi pembagian dan pembaharuan informasi di antara para peneliti. Dengan bantuan dari Robert Cailliau dia menciptakan sistem prototipe bernama Enquire.
Setelah meninggalkan CERN untuk bekerja di John Poole's Image Computer Systems Ltd, dia kembali pada 1984 sebagai seorang rekan peneliti. Dia menggunakan ide yang mirip yang telah dia gunakan pada Enquire untuk menciptakan World Wide Web, di mana dia mendesain dan membangun browseryang pertama (bernama WorldWideWeb dan dikembangkan dalam NeXTSTEP) dan server web pertama yang bernama httpd.
Situs web pertama yang dibuat Berners-Lee (dan oleh karena itu ia juga merupakan situs web pertama) beralamat di http://info.cern.ch/ (telah diarsip) dan dimasukkan online untuk pertama kalinya pada 6 Agustus 1991.
Pada 1994, Berners-Lee mendirikan World Wide Web Consortium (W3C) di Massachusetts Institute of Technology.
Hingga kini, Berners-Lee masih tetap rendah hati dan tidak berkeinginan untuk mendapatkan status populer. Banyak yang masih tidak mengetahui kekuatan karya pria ini, World Wide Web.
Salah satu kontribusi terbesarnya dalam memajukan World Wide Web adalah dengan tidak mempatenkannya sehingga masih dapat digunakan secara bebas.
Pada 16 Juli 2004 dia diberi gelar kehormatan KBE oleh Ratu Elizabeth II sebagai penghormatan atas jasa-jasanya.

[sunting] Karya

  • Spinning the Semantic Web: Bringing the World Wide Web to Its Full Potential Tim Berners-Lee (Foreword), Dieter Fensel (Editor), James Hendler (Editor), Henry Lieberman (Editor), Wolfgang Wahlster (Editor) (The MIT Press, 2005) ISBN 0-262-56212-X
  • Weaving the Web: Origins and Future of the World Wide Web, Tim Berners-Lee (Texere Publishing, 1999) ISBN 0-7528-2090-7

[sunting] Referensi

[sunting] Pranala luar

SUMBER WIKIPEDIA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar