Masukkan Kata Kunci Yang Ingin Anda Cari:

Kamis, 16 Juni 2011

Mr. Mazlan

Mr. Mazlan


2DAYBLOGGER.COM

Posted: 14 Jun 2011 07:47 PM PDT

2DAYBLOGGER.COM


Gambar Terbaru Anak Kembar Sazzy Falak

Posted: 14 Jun 2011 07:01 PM PDT

Ini merupakan entri kedua yang ditulis mengenai kembar Sazzy Falak.Cantikkan?Ini adalah gambar yang diambil dari blog Bro Nara.Jika tak silap saya kedua-dua anak kembar ini adalah berbeza jantina.Tak sabar untuk melihat kembar ini membesar dan melihat macam mana rupa kedua-dua kembar ini..hehe…

Rasanya saya baru jumpa satu pasangan kembar yang berlainan jantina semasa belajar di sekolah dulu.Memang lain rupa kedua-dua kembar berkenaan.

Related Posts:

Maharaja Lawak Minggu 12 :Mampukah Ia Menandingi Maharaja Lawak Minggu Ke 11?

Posted: 14 Jun 2011 06:00 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Maharaja lawak Minggu 12 akan berlangsung di Johor Bharu pada hujung minggu ini.Pasti ramai yang ingin menyaksikan secara live persembahan Maharaja Lawak ini kan?jangan lupa untuk dapatkan tiket pada hari jumaat nanti.

Oh ya,korang semua pasti sudah menyaksikan persembahan Maharaja Lawak minggu lepas kan?Persembahan mana yang berjaya menarik perhatian korang semua?

Bagi saya persembahan Jozan adalah yang terbaik dan bagi saya ini lah persembahan yang paling menarik dan terbaik bagi Maharaja Lawak.Kalau korang tak tengok lagi video persembahan mereka,korang boleh tengok disini:-

Persoalan yang sering bermain difikiran saya adalah adakah persembahan pada minggu ke 12 ini akan menjadi sebaik minggu ke 11 @ lebih baik dari itu?

Bukannya apa,cuma saya perhatikan beberapa minggu kebelakangan ini mutu persembahan para peserta kurang menarik dan kurang lawak.Tetapi persembahan minggu lepas memang yang terbaik kerana berjaya mengembalikan keseronokkan menonton Maharaja lawak.

Apa yang diharapkan untuk persembahan Maharaja Lawak minggu ini,mereka dapat melakukan lebih banyak lawak yang menarik dan bermutu tinggi.Nama pun Maharaja Lawak.Betul tak?hehe..All the best untuk semua.

Related Posts:

  • No Related Posts

10 Negara Di Dunia Yang Anti-Blogger,Nasib Baik Malaysia Tidak Begini!

Posted: 14 Jun 2011 01:31 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Didalam dunia ini tidak semua negara yang memberikan 100% kebebasan kepada pendudukannya menggunakan Internet.Begitu juga dengan Malaysia.Sebenarnya Malaysia bukanlah negara yang memberikan 100% kebebasan didalam menggunakan Internet.Sebagai contohnya mengenai website-website download yang telah disekat oleh kerajaan Malaysia.

Tetapi syukurlah kerana ini cubalah sedikit jika dibandingkan dengan beberapa buah negara yang menyekat @ mengawal 100% penggunaaan Internet.Lagi teruk kan?Mari kita lihat 10 negara didunia yang anti-blogger @ internet.Entri ini telah ditulis oleh akumizi.com.Terima kasih http://akumizi.com kerana entri ini sangat menarik.

1. BURMA
Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet.tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe.kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet.bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang.setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.
===============================================================
2. IRAN
Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.Blogger Omidreza Mirsayafi meninggal di penjara Evin pada bulan mac 2009.
===============================================================
3. SYRIA
Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik.para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan.pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi.Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.
===============================================================
4. CUBA
Di cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet.pada umumnya,penduduk cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba.kerajaan cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger.
===============================================================
5. ARAB SAUDI
Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama.kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya.Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.
===============================================================
6. VIETNAM
para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan.namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger.blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai.dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahawa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam.pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet.
===============================================================
7. TUNISIA
Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger.penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia
===============================================================
8. CHINA
hampir 300 juta orang menggunakan internet di china,melebihi negara manapun di dunia.Namun kerajaan china masih mampu mengawasi pengguna online di china.Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di china.Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan china.Pada tahun 2008,Pejabat kementerian yang bertanggungjawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.
===============================================================
9. TURKMENISTAN
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya.namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan.walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telepon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.
===============================================================
10. MESIR
Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan Egypt Telecom.. setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Karim Suleiman, yang dikenali dengan nama karim amer dipenjara selama 4 tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak.

Jadi apa pendapat korang mengenai entri ini??Takut ar tu…hahaha…

Related Posts:

  • No Related Posts

Blog 2DayBlogger.Com Jadi Featured Blog Bulan Jun Majalah Remaja

Posted: 14 Jun 2011 06:46 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Sebenarnya berita ini sudah lama diketahui oleh saya dan berita ini telah diberitahu oleh kawan saya semasa Majalah edisi Jun mula dijual.Tetapi saya tak sempat nak kongsikan perkara ini dengan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih kepada Majalah Remaja kerana telah memilih blog 2DayBlogger sebagai salah satu featured blog di Majalah Remaja.Sebelum ini saya pernah membeli majalah Remaja semata-mata untuk melihat blog Cik Epal dan blog Admirah Hafiz diluar di majalah Remaja.Dan ini kali ke-2 saya membeli Remaja semata-mata untuk melihat ruangan blogspot mereka.hehe..

Ini adalah cover depan majalah remaja 1 jun 2011.

Itu adalah antara post yang mendapat komen dan visitor yang terbanyak-satu masa dulu!

Graf trafik Nuffnang dan Google Analisis Yang Sinonim Dengan Kajian Trafik Dan SEO 2DayBlogger.

Itulah serba sedikit mengenai cerita blog 2dayblogger.com di majalah Remaja.Alhamdulilah tercapai juga akhirnya untuk dipilih untuk menjadi featured blog didalam majalah.=)

Saya ini bukanlah seorang blogger yang popular seperti blogger yang lain dan saya kurang berminat untuk menjadi popular sebabnya saya lebih pentingkan penulisan blog berbanding dengan komuniti.Satu lagi saya lebih utamakan organik trafik daripada search engine daripada referrel trafik.Alhamdulilah,blog ini masih mencatatkan sumber trafik melebihi 80% daripada search engine terutamanya Google.

Ada yang terkejut apabila melihat blog ini mempunyai trafik yang tinggi tetapi mempunyai bilangan komen yang sedikit.Jawapan saya mudah sahaja iaitu saya suka berkongsi ilmu dan pengetahun serta berita semasa,saya tidak mengharapkan orang untuk meninggalkan komen tetapi cukuplah memanfaatkan ilmu serta percaya kepada penulisan saya.Amin.

Tetapi saya ada menganjurkan Top Commentators Awards setiap bulan dan tujuan utama award berkenaan adalah untuk menghargai pembaca setia blog ini kerana saya boleh kenal siapa pembaca setia yang sentiasa datang membaca blog saya ini.Terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi menjejak kaki ke blog ini.

Pembaca setia @ yang selalu datang ke blog kita ini jarang menyumbang kepada earning blog kerana mereka sudah sentiasa melihat iklan dan dah tahu setiap kedudukan iklan di blog kita.Betul tak?hehe..Tapi tak salah kalau mereka ini menyumbang satu klik @ sat engagement(klik reply @ klik move over pada iklan)  kepada saya..hehe..

Akhir kata,banyak ilmu blogging disini.Cubalah terokainya dan itulah sebabnya kenapa pembaca setia saya sentiasa datang ke sini.Untuk mempelajari tentang ilmu blogging.Sekian,Terima kasih.

 

Related Posts:

Korang Sedang Mencari??:

majalah remaja jun,

Blogger Blogspot Tak Hebat Bermain SEO?.Setuju?

Posted: 14 Jun 2011 03:30 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Bertemu kembali kita didalam rancangan kelas blogging sesi petang selasa.hehe..Petang ini saya ingin mengusal satu lagi isu berkaitan SEO yang menarik minat saya.Isu yang saya maksudkan itu adalah Blogger Blogspot Tak Hebat Bermain SEO?.Anda setuju?

Bagi menghurai isu ini,saya tertarik dengan komen daripada salah seorang pembaca blog ini di entri Boleh Ke Entri Kita Jadi Top 5 Dalam Masa 5 Minit?.Katanya:-

tapi kalau mahu compare antara blog WordPress dan Blogspot adalah sangat tidak adil..

Kenapa aku bilang begitu?? Blogspot lebih sukar untuk dimainkan tekniknya… berbanding dengan wordpress… yang disertakan segala pluggin-pluggin yang sedia ada…

Adapun statement aku itu lebih penting untuk dikaji secara mendalam… apa yang aku buat untuk menjadikannya satu kenyataan

Betul ke dengan apa yang dikatakannya??dan kenapa ia mengatakannya tidak adil??Sebenarnya mana-mana platform ada kekuatan ia sendiri.Siapa cakap blogspot tidak boleh bermain SEO dengan baik.Cuba lihat blog melvister,ohdaus,cikgudahlia,enciknakal dan ramai lagi yang masih menggunakan platform tetapi berjaya bersaingan dengan platform wordpress.

Memanglah wordpress itu lebih baik untuk bermain SEO kerana mempunyai plugin-plugin yang banyak membantu.Benda yang berbayar dengan benda yang free pasti ada bezanya kan?Sama lah dengan blogging ini.Nak guna platform wordpress self hosting perlu dibayar untuk memberi hosting dan domain jadi pasti ada kelebihannya.Betul tak?dan ianya pasti tidak sama dengan blogspot.

Ada banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi SEO ini.Cuba selek page sebelum-sebelum ini.Ada banyak tip SEO yang telah dibincangkan.Saya ini suka mengkaji mengenai trafik blog dan SEO jadi banyak benda yang ingin saya kaji dan banyak benda juga yang ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ini walaupu pembaca blog ini tak ramai..hehe..Maklumlah blog ini biasa-biasa sahaja dan tidak sehebat blogger otai yang lain.

Tetapi bagai orang yang sudah lama bersama 2dayblogger dan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini,mereka pasti tahu kemampuan dan kelebihan blog ini didalam berkongsi tip dan nasihat dalam bidang blogging ini.=)

Sebelum kita berakhir,jom kita dengan apa kata Mr Bean mengenai SEO didalam entrinya yang bertajuk “APA ITU SEO DAN APA YANG BEAN MORENO FAHAM TENTANG SEO

p/s:wow Bro Framestone akan join World Bloggers & Social Media Summit 2011.Memang hebat ar bro!

Related Posts:

IchsanX

Posted: 14 Jun 2011 03:27 PM PDT

IchsanX


Hati-Hati...Radiasi Ponsel Bisa Berujung Kanker Otak

Posted: 13 Jun 2011 08:19 PM PDT


Ilustrasi dok: Thinkstock
REPUBLIKA.CO.ID, NEW YORK - Badan Kesehatan Dunia WHO baru-baru ini mengingatkan bahaya radiasi dari ponsel yang diklasifikasikan sebagai "sangat mungkin berisiko kanker". Badan ini sebelumnya telah melakukan peninjauan dari efek gelombang elektromagnetik terhadap kesehatan manusia.
Deklarasi tersebut didasarkan pada bukti dalam penelitian atas mereka yang menggunakan ponsel secara intensif. Diketahui, intensitas tinggi pemakaian ponsel  mengakibatkan peningkatan risiko glioma, sebuah bentuk kanker otak ganas.
Kesimpulan yang diambil International Agency for Research on Cancer (IARC), badan di bawah WHO, berlaku untuk radiasi elektromagnetik frekuensi radio pada umumnya, meskipun sebagian besar penelitian di daerah ini berpusat pada telepon selular.
Temuan adalah puncak dari pertemuan IARC yang diikuti 31 ilmuwan dari 14 negara untuk mengkaji ratusan hasil penelitian sebelumnya yang telah dipublikasi tentang risiko kanker yang ditimbulkan oleh medan elektromagnetik.  
Jonathan Samet, seorang ilmuwan di University of Southern California, yang memimpin grup itu menyatakan, "Mungkin ada beberapa risiko, dan oleh karena itu kita harus tetap mencermati hubungan antara ponsel dan kanker."
Dalam menunjuk bidang frekuensi radio sebagai "mungkin karsinogenik", WHO telah menempatkan mereka setara dengan sekitar 240 agen lain yang merugikan, termasuk medan magnet tingkat rendah, bedak, dan bekerja sebagai dry cleaner.
Laporan tersebut tidak menemukan mekanisme yang jelas bagi gelombang menyebabkan tumor otak. Radiasi dari ponsel terlalu lemah untuk menyebabkan kanker dengan memecah DNA, yang menyebabkan para ilmuwan mencari faktor penyebab lain.
"Kami menemukan beberapa benang merah yang memberitahu kita bagaimana kanker dapat terjadi tetapi ada kesenjangan dan ketidakpastian," kata Samet.
Christopher Liar, Direktur IARC, mengatakan bahwa dalam melihat implikasi potensial untuk kesehatan masyarakat, harus ada penelitian lebih lanjut tentang jangka panjang penggunaan  ponsel. "Menunggu ketersediaan informasi tersebut, penting untuk mengambil langkah-langkah pragmatis untuk mengurangi eksposur seperti perangkat hands-free atau SMS," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar