
Hai rakan-rakan blogger sekalian….
Ramai yang bertanya kenapa saya boleh dapat income banyak daripada blog sedangkan mereka yang lain seperti sukar untuk mendapatkan income seperti saya.Ada yang akan cakap sebab blog saya ini ada ramai pembaca,jadi sebab itu boleh dapat income tinggi.Betul ke?Jawapannya salah.Trafik tinggi bukan syarat untuk berjaya di dunia blogging.
Mari saya jelaskan.Jadi minta tolong sangat-sangat kepada pembaca supaya membaca entri saya dari awal sampai akhir dan tolong sangat-sangat jangan membaca tajuk sahaja.Memanglah entri saya agak panjang tetapi apa yang dikongsikan adalah penting untuk para blogger sekalian.Insya-Allah.
Mula-mula dulu saya pun beranggapan bahawa nak berjaya dan buat duit dengan blog kita perlukan trafik yang tinggi.Tetapi setelah saya memiliki trafik yang tinggi,income saya juga tidak seberapa walaupu menggunakan Innity.Setakat RM 1000 boleh lah sebulan.
Kemudian saya bertanya kepada Innity,kenapa iklan jarang keluar di blog saya?dan kenapa saya tidak dapat banyak kempen di akaun saya?Mereka membalas,tingkatkan kualiti blog anda.Apalah yang dimaksudkan dengan tingkatkan kualiti blog tu.Kemudian saya terfikir dan saya semak semula entri-entri blog saya bulan-bulan sebelum ini.Dari situ barulah saya sedar.
Rupanya-rupanya,didalam saya mengejar trafik,saya telah abaikan kualiti entri saya.Penulisan saya mula berubah dan saya mula menulis entri yang pendek-pendek.Barulah saya sedar bahawa walaupun trafik beribu tetapi jika tidak menjaga kualiti,tiada gunanya jugak.
Jadi bulan ini,saya mula menulis dan cuba memastikan saya sentiasa menjaga kualiti blog saya dengan menulis artikel-artikel yang original dan bukan duplicate dari sumber-sumber lain.Alhamdulilah,walaupun trafik sekarang dah tak setinggi dulu tetapi masih berjaya mencatatkan 8K – 9K sehari.Alhamdulilah.
Yang menariknya,jarang sekali untuk melihat default iklan yang berwarna hijau di blog ini kecuali iklan bersaiz 486 kerana iklan itu tidak banyak iklan.Sekarang ini didalam akaun saya,saya mempunyai berpuluh-puluh kempen yang ditawarkan sekarang ini dan ada iklan yang ditawarkan sehingga akhir bulan Julai.Syukur Alhamdulilah.Rezeki.
Kesimpulannya,jika korang betul-betul ingin berjaya,trafik dan kualiti harus diutamakan.Saya ingin mengajak korang semua supaya berblogging seperti saya.Saya kongsikan cara saya berblogging kepada korang semua.Jika rasa bagus,silalah praktikkan.
Jika korang perasan,saya juga seperti orang lain,giler trafik.Jadi saya akan post entri-entri hot dan cuba pastikan entri saya berada di 1st page di Google.Biasanya berita-berita hot ini kita akan ambil dari sumber lain.Bukan original dari kita kan?tetapi kita boleh jadikan ianya original dengan mengurangkan kadar duplicate rate.
Caranya seperti yang saya selalu buat.Contohnya entri mengenai Maharaja Lawak.Semua blog boleh publish video tu kan.Betul tak?jadi bagi menjadikan ia unik dan tidak berlaku duplicate 100% ,saya tambahkan huraian @ komen saya mengenai video maharaja lawak itu.Jadi bila kita dah membebel panjang mengenai video itu,duplicate rate akan berkurang dan Google takkan mark entri kita sebagai SPAM SEO.Faham maksud saya?
Bagi mengekalkan tahap original @ kualiti blog ini,saya banyak menulis entri-entri blogging.Jika perasan,setiap hari pasti saya akan menulis banyak entri blogging.Kenapa?sebab itulah specialist saya.Jadi saya boleh bercakap panjang mengenai blogging.Bila saya banyak menulis sesuatu artikel yang berada didalam kemahiran saya,sedikit sebanyak saya berjaya menutup entri SEO yang saya buat seperti entri maharaja lawak yang saya jelaskan diatas.
Tapi bukan setakat itu sahaja,saya juga bijak menyusun masa bila entri-entri itu akan keluar.Katakan saya menulis entri SEO seperti Maharaja Lawak dan target saya adalah pengguna internet bukannya blogger.Jadi saya akan publish pada waktu pagi.Jika korang selalu datang kesini,pasti korang perasan bahawa entri-entri Berita Semasa,Hiburan,Sukan Dan Lain-Lain kecuali blogging akan di publish pada waktu pagi.Betul tak?
Kemudian,saya akan publish entri-entri mengenai blogging pada waktu petang sebab entri ini adalah penting untuk menambahkan kehangatan blog saya ini dengan isu-isu blogging.Dari entri blogging inilah saya harapkan komen daripada para blogger yang lain.Apabila orang masuk ke blog saya,mereka cuma akan perasan entri-entri blog yang terbaru tetapi mereka akan abaikan entri yang saya tulis pada sebelah pagi.
Jadi apa yang saya dapat adalah Trafik(Entri sebelah pagi) + Kualiti(Entri sebelah petang).Ini adalah salah satu marketing strategy yang saya praktikkan.=)
Itu adalah cara bagaimana saya menguruskan blog ini.Tapi mungkin korang ada cara tersendiri untuk menguruskan blog korang kan?Saya cuba pastikan bahawa saya akan menulis blog secara konsisten dan teratur.Insya-Allah.Didalam saya mencari trafik,saya juga menjaga kualiti penulisan saya.
Begitu juga dengan kalian.Jika korang ingin membuat entri SEO,pastikan korang selitkan dengan penulisan korang sendiri supaya bila users search di Google,masuk blog korang,mereka baca something yang berinformasi.Informasi ini ada banyak benda,ada yang ilmiah dan ada yang tidak berilmiah.Semuannya informasi namanya.Betul tak?Ke saya silap?
Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan bersama pembaca blog ini.Jika ingin berjaya didalam dunia blogging,cubalah cara saya diatas.Insya-Allah,ia boleh menjawap soalan kepada korang susah nak dapat income walaupun trafik tinggi.Berblogginglah dengan bijaksana dan kurangkan daripada mengumpat blogger lain tetapi tingkatkan usaha,tingkatkan kualiti.
Sekian.
p/s:Dengan jumlah income bulanan saya sekarang ini,rasanya dah layak nak buat ebook pasal buat duit dengan blog ni..hahahaha…
Baca Artikel Yang Berkaitan:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar